The Fairytales

Home about Linkies Stuff
Be Mine 11
Selasa, 31 Julai 2012 | 9:13 PG | 0 Bubles
 



Selepas selesai menjamah makanan, mereka bergerak ke ruang tamu untuk berehat dan berbual. Izzati masih di dapur menolong pembantu rumah mencuci pinggan. Walaupun ditegah oleh pembantu rumah, Izzati tetap bertegas ingin menolong. Dia mula membasuh pinggan dan gelas yang telah digunakan. Farah yang perasan tiada kelibat Izzati di ruang tamu mula bangun dan mencarinya. Auntie Mas meminta diri ke dalam bilik kerana tiba-tiba sakit kepala. Airil, Aidil dan kak Jenny ke ruang tamu berbual rancak sambil menonton televisyen.

 " Mak Wan, nak letak mana pinggan dan gelas yang dah kering ni?" Tanya Izzati apabila siap mengelap pinggan dan gelas yang sudah dicucinya itu.

 " Izzati tinggal aje dekat situ. Nanti biar Mak Wan yang simpan. Izzati tolong bawak ubat ni dekat Puan Mas dalam bilik." Kata Mak Wan sambil menghulurkan dulang yang berisi segelas air suam dan ubat sakit kepala. Izzati mengambilnya.

 " Baik Mak Wan. Nanti Izzati datang balik." Izzati berkata lalu menuju ke bilik Auntie Mas di tingkat atas.
Keluar sahaja dari dapur, Izzati terserempak dengan Farah dengan muka yang sengaja di maniskan. Hati Izzati sudah berdebar-debar. Entah mengapa hatinya malam ini ingin berdegup kencang saja. Tidak penatkah hatinya itu? Kesiankanlah tuanmu ini~

 " Eh, Izzati nak bawak ni pergi bilik Auntie ye?" Tanya Farah apabila terserempak dengan Izzati. Mukanya dimaniskan supaya geram di hatinya tidak begitu membara. Dalam hati, Farah menyumpah seranah Izzati. Mesti Izzati nak tunjuk baik depan Auntie Mas. Dasar perempuan tak tahu malu.

 " Ya. " Jawab Izzati sepatah. Farah tersenyum manis, penuh makna.

 " Apa kata biar Farah yang hantar dekat Auntie? Lagipun, Farah memang nak naik ke atas." Kata Farah sambil mendekati Izzati dan mengambil dulang yang berada di tangan Izzati tanpa menunggu Izzati yang menghulurkan dulang itu kepadanya. Izzati tergamam dan hanya membiarkan Farah mengambil dulang itu.

 " O..Ok lah kalau macam tu. Thanks Farah." Kata Izzati teragak-agak. Farah melemparkan senyuman manis ke arah Izzati sebelum berjalan menaiki tanggan menuju ke bilik Auntie Mas.

Izzati berjalan kembali menuju ke dapur. Mak Wan yang melihat Izzati datang balik mengerutkan wajahnya.

" Eh, cepatnya Izzati pergi hantar ubat dengan puan!" Ujar Mak Wan terkejut. Belum sampai seminit pun Izzati dah muncul balik. Izzati hanya tersenyum lalu melabuhkan punggun di kerusi berhadapan dengan Mak Wan.

" Farah yang tolong hantarkan. Dia hendak sangat hantar ubat tu dengan puan, Izzati bagilah dia hantar." Kata Izzati. Mak Wan tersenyum tawar.

" Janganlah Izzati ambil hati dengan Farah tu. Dia memang macam tu. Erm, Izzati.." Mak Wan yang ingin teruskan percakapannya terhenti apabila Farah masuk ke dapur dengan lagak yang sengaja dimaniskan. Dia dengar apa yang Mak Wan kata tadi tapi, dia buat tak endah saja. Orang tua tu memang saja cari fasal dengan dia. Izzati mengerutkan dahi apabila Mak Wan memberhentikan percakapannya. Lalu dia memandang Farah.

" Erm, Mak Wan nak cakap apa tadi?"  tanya Izzati kepada Mak Wan. Farah masih berada di situ. Dia sedang membasuh tangan di sinki. Lama benar dia basuh tangan.

" Oh, Izzati pergilah join diorang kat depan." Kata Mak Wan lalu bangun dari duduknya. Izzati turut terbangun dan dia berjalan dengan perlahan menuju ke ruang tamu. Dia dipenuhi dengan tanda tanya. Apa yang ingin disampaikan oleh Mak Wan tadi? herm, pelik.

Izzati duduk di sebelah kak Jenny dengan riak yang penuh tanda tanya. Kak Jenny, Airil dan Aidil mengalihkan pandangan mereka ke arah Izzati. Izzati melihat mereka. Seorang demi seorang.

" Er, kenapa tengok Izzati? something's wrong?" Ujar Izzati. Mereka hanya menggeleng.

" Then, tengok Izzati macam nak makan ni kenapa?" Tanya Izzati tak puas hati.

" Muka berkerut seribu kalah nenek kebayan. Pastu, tanya orang kenapa semua orang tengok dia." Sindir Airil. Izzati hanya mencebik. Izzati mengerling jam di tangannya. 11.30 malam. Dia memandang kak Jenny dan kak Jenny membalas pandangannya.

" Kenapa pulak ni?"

" Er, esok ada kelas. Takut bangun lewat. Jom balik?" Kata Izzati perlahan. Tak mahu beradik kembar itu mendengar. Namun, Airil yang telinga lintah itu cepat saja menangkap perbualan mereka.

"Haih, tidur lewat sikit dah takut bangun lewat ke?" Airil berkata bersahaja. Aidil melihat kembarnya yang tiba-tiba menjadi sinis. Izzati makin geram dengan lelaki ini, dia memberi pandangan yang cukup tajam kepada Airil, seperti pedang samurai! Kak Jenny pula menolak kepala Izzati perlahan. Izzati memalingkan kepalanya menhadap Kak Jenny.

" Jangan tengok tuan rumah macam tulah. Tak baik."Ujar Kak Jenny. Airil dan Aidil dah mengekek ketawa. Semakin membara hati Izzati.

" Fine. Maaf tuan rumah." Kata Izzati acuh tak acuh.  Dia lantas bangun dan melangkah ke tangga. Belum sempat kaki ingin melangkah, Kak Jenny menarik tanggannya.

" Nak pergi mana tu?"

" Nak pergi salam Auntie Mas lah, kan nak balik dah. Tak kan la tak beritahu tuan rumah."

" Tuan rumah ada dekat depan ni." Kata Airil selamba. Aidil melihat Airil dengan kerutan di dahi. Sejak bila Airil seorang yang suka bercakap banyak dengan kaum hawa ni? Walaupun semua katanya itu berbunyi sinis, tetapi Aidil tetap hairan. Apa kena dengan abangnya ini? Izzati berlalu pergi ke bilik Auntie Mas tanpa menghiraukan kata-kata sinis Airil.

*

Pergerakan Izzati terhenti apabila dia mendengar suara Farah sedang bercakap dengan Auntie Mas. Tangannya yang ingin memulas tombol pintu itu ditariknya. Dia mendekatkan telinganya kepada pintu supaya butir kata Farah dapat didengar olehnya dengan lebih jelas.

" Auntie, Auntie kena hati-hati dengan si Izzati tu. Dia tu nampak saja baik tapi licik."

" Apa yang kamu merepek ni Farah?"

" Farah tak merepek la Auntie. Izzati tu mesti nak kikis harta keluarga Auntie. Tu lah fasal dia dekat dengan Airil."

" Ish, kamu ni. Tak baik bersangka buruk dengan Izzati tu. Auntie tengok dia tu budak baik. Dah la, bertambah sakit kepala Auntie ni."

" Ikut suka Auntie la. Nanti, kalau ada apa-apa yang terjadi dekat keluarga Auntie, Auntie jangan nak menyesal sebab percaya dekat Izzati tu."

Izzati yang mendengar panas hati. Air mata juga ingin menitis tetapi ditahannya. Dia menarik nafas dalam-dalam dan mengucapkan bismillah. Dia mengetuk pintu bilik Auntie Mas lalu membukanya. Dia memaksakan senyuman di bibirnya. Auntie Mas dan Farah memandang Izzati. Izzati menuju ke arah Auntie Mas.

" Auntie dah sihat?" Auntie Mas tersenyum namun Farah mencebikkan mukanya.

"Alhamdulillah, kuranglah sikit sakit kepala ni. Izzati nak balik dah ka?"

" Ya Auntie. Esok ada kelas. Maaflah kalau ganggu Auntie. Izzati balik dulu ya Auntie?" Kata Izzati sambil menghulurkan tangannya untuk menyalam Auntie Mas. Auntie Mas menyambut salam Izzati lalu mengusap kepalanya lembut. Hati Farah yang melihat bertambah panas.

" Datanglah lagi nanti ya? Jaga diri elok-elok." Ujar Auntie Mas. Izzati hanya menggangguk. Dia mengulurkan tangan kepada Farah pula. Farah sedaya upaya meng'hipokrit'kan dirinya lalu menyambut huluran tangan Izzati. Izzati berjalan menuju ke pintu lalu memberi salam. Setelah dia menutup pintu bilik Auntie Mas, air mata Izzati tiba-tiba gugur. Dia cepat-cepat mengelap air matanya dengan hujung lengan baju. Dia melangkah perlahan menuju ke ruang tamu.

*

" Kak Jenny jom balik." Ujar Izzati sambil memundukkan wajahnya ke bawah. Tidak ingin menampakkan wajahnya yang sedikit merah itu. Kak Jenny dan si kembar memandang Izzati curiga.

" Izzati kenapa ni?" Tanya kak Jenny melihat perubahan pada diri Izzati. Izzati hanya menggelengkan kepala.

" Takkan tak dak apa-apa?" Tanya kak Jenny lagi. Izzati mengangkat kepalanya. Kak Jenny dapat mengesan mata Izzati yang berair itu dan mukanya yang memerah itu.

" Kenapa ni?" Tanya kak Jenny kalut. Izzati hanya menggelengkan kepalanya.

" Izzati mengantuk la kak."

" Sekejap ya, kak Jenny pergi jumpa Auntie Mas sekejap." Kak Jenny bergerak menuju ke bilik Auntie Mas sambil diekori oleh Aidil. Airil memerhatikan Izzati dengan mata yang tajam.

" Kenapa kau menangis?" Tanya Airil kepada Izzati. Izzati terkejut dengan pertanyaan Airil lalu menggelenggkan kepalanya.

" Siapa menangis? Orang mengantuk sangatlah." Ujar Izzati acuh tak acuh. Dia bergerak menuju ke pintu utama. Airil mengekori dari belakang.

" Jangan nak tipu akulah. Apa yang jadi dekat atas tadi?" Tanya Airil lagi. Suaranya sangat tegas seperti seorang komander menanyakan anak buahnya.

" Tak jadi apa-apa pun."

" Better kau bagi tahu aku."

" Kenapa awak nak ambil tahu?"

" Just tell me what's happen just now."

" You don't have the right to know what had happened just now."

" I have the right to know because this is my house and all things that happen in this house is my responsibilities!"

Izzati hanya membisukan diri selepas itu. Kebisuan Izzati telah membuatkan Airil menjadi sedikit tertekan.

" Apa yang Farah bagi tahu awak?" Tanya Airil dengan nada yang sedikit lembut berbanding tadi. Izzati yang mendengar soalan Airil tadi teringat akan kejadian sebentar tadi. Air matanya ingin turun lagi tetapi dia tahan.

" Kenapa diam?" Bentak Airil. Izzati menjadi geram dengan paksaan yang diberi oleh Airil.

" Just stop asking me! I'll never answer your question."

" Fine. I'll find the answer." Kata Airil lalu dia masuk ke dalam rumah. Izzati tidak dapat menahan air matanya lagi. Air matanya turun. Dia bergegas masuk ke dalam kereta kak Jenny lalu menekapkan mukanya ke ribanya. Dia memejamkan mata lalu dia tertidur.






OLDER POST