Be Mine 9
Selepas membuat pembayaran di kaunter, Izzati mempercepatkan langkahnya ke perhentian bas. Takut bas tiada nanti. Sesudah sampai di perhentian bas, dia duduk di kerusi menunggu. Dia mendengus perlahan. Penat. Dia memandang ke jalan raya. Tiada kelibat bas pun. Dia melihat jam tangannya, pukul 12.00 tengah hari. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor kak Jenny. Talian tidak bersambut. Mungkin kak Jenny sedang sibuk bekerja. Mungkin Dr. Kamalia juga begitu. Dia mendengus lagi. Tiada sesiapapun di perhentian bas itu. Mungkin bas tiada sekarang. Izzati mencari kelibat teksi pula. tiada. Kalau ada pun, yang sudah ada penumpangnya. Izzati ingin cepat pulang ke rumah. kalau ingin berjalan kaki pulang ke rumah Dr. Kamalia dalam 15 ke 20 minit juga. Dia membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Takut nanti, apabila Dr. Kamalia pulang ke rumah, dia masih belum pulang. Izzati berdiri dan mula berjalan pulang.
*
“ Kenapalah mummy perlu jemput perempuan psiko tu datang rumah? tak ada kerja lain ka?” rungut Airil di dalam keretanya yang sedang meluncur laju di atas jalan raya. Tadi, mummynya telefon memberitahu dia bahawa
Farah akan datang makan malam bersama. Dan disuruhnya pergi membeli barang dapur. mummynya memberitahu bahawa mummynya sedang sibuk mengemas rumah. bukankah mereka ada bibik? Pergi mana bibik-bibik tu semua? Pelik betul mummy ni. dia mendengus kasar. Dia tidak suka akan
Farah yang berpura-pura baik di depan mummynya itu. Keretanya yang tadi memecut laju semakin perlahan dan dia memerhatikan seorang perempuan yang sedang berjalan di bahu jalan. Seperti Izzati.
“ Buat apa pulak minah ni? jalan dekat tepi jalan ni?” Airil bercakap seorang diri. Dia memandu keretanya di belakang Izzati. Dia seperti ditarik untuk memberhentikan keretanya. Izzati terkejut apabila sebuah kereta mercedes benz slr mc Laren berhenti di tepinya. Tingkap kereta itu diturunkan dan dia melihat Airil sedang memandang dia dengan wajah yang penuh misteri. Dia terpana. Airil mengarahkan dia masuk ke dalam kereta tetapi dia masih berdiri di situ. Airil menyuruh dia masuk tetapi Izzati tetap berdiri teguh. Airil mendengus lalu keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah Izzati. Izzati memandang gerak Airil dengan muka blurnya. Airil menarik lengan Izzati dan membuka pintu keretanya dan mengarahkan Izzati masuk ke dalam. Izzati masuk secara automatik. Dia terkejut apabila tiba-tiba Airil menarik lengannya. Nasib baik tidak bersentuhan kulit. Kalau tidak, perang dunia ketiga akan terletus di situ.
Airil masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya dan melunjur laju di atas jalan raya. Izzati memandang Airil. L.A.M.A. Airil yang perasan Izzati sedang merenungnya, dia menoleh ke arah Izzati. Izzati cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Airil tersenyum sinis.
“ Saya kacak sangat ke sampai awak renung saya macam tu sekali?” kata Airil setelah kembali memandang ke hadapan. Izzati mengerutkan dahinya dan memandang Airil kemudian ke depan pula.
“ Kacak? Perasannya.” Kata Izzati perlahan namun Airil dapat mendengarnya. Airil tersenyum sinis lagi. Minda Izzati sedang menganalisa kenapa Airil tiba-tiba suruh dia masuk ke dalam keretanya. Izzati ingin menanyakan hal itu kepada Airil tetapi dia tidak berani berbuat sedemikian. Entah kenapa.
“ Er.. er.. kee kenapa awak..”
“ Kenapa apa?” Airil memotong cakap Izzati apabila Izzati ingin bertanya. Izzati menelan air liur. Hatinya berdebar-debar. Kenapa ni?
“ Kenapa awak tumpangkan saya ni?” tanya Izzati berhati-hati. Airil menoleh ke arah Izzati sekilas.
“ Hah? Tumpangkan awak? siapa yang tumpangkan awak ni?” kata Airil sambil mengangkat keningnya.
“ awaklah yang tumpangkan saya. Er, kalau awak tak nak tumpangkan saya, kenapa awak berhenti tadi?” kata Izzati semakin berani. Dia harus berlagak kuat depan lelaki seorang ini.
“ Saya berhenti sebab tak nak tengok ada orang tu masuk hospital sebab pengsan kali keduanya. Dah la jalan tengah panas terik ni. kalau pengsan nanti, awak ingat ada orang nak berhenti tolong awak? silap-silap orang yang nak tolong tu bawak awak pergi tempat lain.” Airil membalas dengan panjang lebarnya. Izzati yang mendengar sakit hati.
“ biarlah kalau saya pengsanpun, awak peduli apa? Bukan hari itu awak tak nak tolong saya dah ka? herm.” Balas Izzati. Hatinya sakit dengan perangai Airil yang sentiasa dingin. Kenapa dia perlu berasa seperti itu? dia dengan Airil baru berkenalan. Tetapi, kenapa dia selalu terserempah dengan Airil? kenapa?
“ just shut up.” Airil berkata keras. Hatinya juga sedang panas. Kenapa dia perlu berhentikan kereta tadi? kenapa diri ini tertarik untuk menumpangkan gadis ini? Kenapa? what’s happening to me? Airil berfikir. Dia memandu keretanya masuk ke dalam tempat letak kereta Giant. Izzati menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia memalih pandangan ke arah Airil yang sedang membuka seatbelt. Airil mengangkat pandang ke arah Izzati.
“ Dah jom turun. Nanti saya hantar awak balik rumah kak Jenny.” Kata Airil lalu keluar dari kereta. Izzati dengan perlahannya membuka seatbeltnya juga. Sebelum dia sempat hendak membuka pintu, Airil terlebih dahulu membukakannya untuk Izzati. Izzati terkejut. Airil dengan pandangan tajam berkata “ Cepatlah sikit. Nak keluar kereta pun lambat. Hish.” Izzati hanya menurut perintah keluar dari kereta. Airil menutup pintu kereta dan menguncinya. Izzati berpaling dan tiba-tiba kakinya tersilap pusing dan terjatuh. Airil yang melihat tergelak perlahan. Muka Izzati memerah. Lalu, perlahan-lahan bangun berdiri. Dia memperbetul tudungnya yang senget akibat jatuh tadi. dikibas-kibaskan tangannya. Tangannya sedikit pedih namun diabaikan. Perkara biasakan.
“ Lain kali hati-hati sikit.” Kata Airil lalu berjalan menuju ke dalam pasar raya Giant. Izzati mencebik dan hanya mengikut langkah Airil dari belakang.
*
Airil menolak troli ke bahagian makanan basah. Izzati hanya mengikut dari belakang, memerhatikan tindak tanduk Airil yang sedang membelek-belek ikan siakap yang diletakkan di satu bahagian. Dia memilih tiga ekor ikan siakap yang bersaiz sederhana dan di masukkannya ke dalam plastik dan pergi menimbang. Semasa Izzati sedang mengikut langkah Airil dari belakang, dia sedang mengelamun tentang novel yang bakal dibacanya. Izzati tidak memandang ke depan semasa berjalan kerana dia sedang asyik mengelamun. Airil yang berhenti mendadak telah menyebabkan Izzati melanggar badan Airil. Airil dengan serta merta memalingkan badannya mengadap Izzati dengan muka marah. Izzati sudah cuak.
“ Maaf. Tak sengaja.” Kata Izzati lekas. Dia tidak berani memandang anak mata Airil. mengerunkan.
“ Hurh, lain kali hati-hati. tadi baru ja orang bagi tahu. Nyanyuk.” Kata Airil lalu kembali memandang ke arah depan dan berjalan ke arah bahagian buah-buahan pula. Izzati tidak mengikut langkah Airil. Dia tersentap kerana Airil tidak memarahnya kerana melanggarnya seperti selalu sebaliknya Airil hanya suruh Izzati berhati-hati. Izzati hanya tunduk ke bawah memikirkan kenapa Airil tidak memarahinya? Eh, bukankah itu lebih bagus?
*
Airil memandang ke belakang apabila dia merasa seperti tiada orang mengekorinya. Dia mengeluh apabila tidak melihat Izzati di belakangnya.
“ ke mana pulak menghilang perempuan sorang ni?” gerutu Airil seorang diri. Dia menolak troli kembali ke bahagian dia dilanggar Izzati tadi.
Izzati tersedar apabila Airil sudah tiada di depannya. Dia menjadi gelisah kerana takut Airil sudah meninggalkannya seorang diri di situ. Izzati berjalan ke kaunter pembayaran kerana mungkin Airil sedang membuat pembayaran. Izzati berjalan dengan lekas dan tidak semena-mena dia terlanggar sebuah troli yang berada di hadapannya. Dia mengangkat muka memandang orang yang mendorong troli itu. Airil! dia terkejut dan sekarang mata mereka bertentangan.
“ Maaf.” Sekali lagi ungkapan itu diungkapkan oleh Izzati. Perlahan. Airil mengeluh.
“ Berapa kali awak nak langgar orang ni? hobi awak memang suka langgar orang eh? Saya dah pesankan hati-hati. tak sampai 10 minit tau saya pesan dekat awak. awak memang nyanyuk kan?” bebel Airil panjang. Air mata Izzati seperti ingin terjatuh namun cepat-cepat dikesatnya.
“ Maaf. Saya tak perasan ada troli sebab saya tunduk tadi.” kata Izzati perlahan. Airil mendengus lemas.
“ troli yang besar ni pun tak nampak. Dah la, saya dah siap beli barang. Jom ke kaunter pembayaran dan awak jalan tepi saya.” Kata Airil. tiada respon.
Airil menarik lengan Izzati apabila Izzati masih berdiri tercegat disitu. Izzati terdorong ke depan dan dia memandang Airil dengan muka yang marah.
“ jangan sentuh saya.” Kata Izzati. Air mata seperti ingin mengalir lagi. Kenapa ni? be strong Izzati.
“ hello~ saya tak directly sentuh awak tau. Saya sentuh lengan baju awak ok. Lengan baju.” Kata Airil sambil menekankan perkataan ‘lengan baju’.
“ tak kira la. Lengan baju or whatever, awak tetap ‘sentuh’ ok.” Bentak Izzati tiba-tiba.
“ why are you suddenly get mad hah? Saya tarik sebab nak suruh awak jalan ok.” Tegas Airil. Izzati memang tidak suka di’sentuh’ begitu. Mereka bukan mahram. Mana boleh nak pegan sesuka hati. walaupun berlapik, Izzati tetap tidak suka. Izzati masih dengan muka maranya.
“ Lain kali cakaplah. Saya ada telinga lagi.” Balas Izzati geram. Airil tersenyum sinis.
“ Oh, ada telinga. Tapi kenapa tadi orang suruh jalan tapi awak tak jalan?” kata Airil sinis. Izzati tidak memberi sebarang reaksi. Dia sememangnya tidak mendengar yang Airil menyuruh dia jalan tadi.
“ Saya tak dengar apa-apa pun.” Kata Izzati. Nada dia kembali normal. Airil menjungkit sebelah keningnya. Aik, tadi marah, sekarang ni, sejuk pulak? Pelik. Gumam Airil sendiri.
“ Lain kali gunalah telinga tu baik-baik. Dah jom. Jalan.cepatla..” kata Airil. Izzati berjalan disebelah Airil namun langkah Airil lebih cepat membuatkan dia ketinggalan di belakang. Airil mengeluh. Lalu dipalingkan kepalanya ke belakang. Izzati melihat Airil memandangnya dan berjalan cepat sehingga mereka sebaris.
*
“ Uwaaa... mimi nak yang gula-gula tu. Nanak jugak” renget seorang kanak-kanak kecil kepada ibunya. Ibunya menggeleng dan kanak-kanak itu sudah mula menangis. Orang yang lalu lalang hanya memerhati. Izzati melihat dari jauh. Dia kesian melihat kanak-kanak itu. Namun, mesti ada sebab kenapa ibu kanak-kanak itu tidak mahu membelikan kanak-kanak itu gula-gula. Airil melihat Izzati yang ralit melihat kanak-kanak itu. Airil sedang membuat pembayaran di kaunter ditinggalkan Izzati apabila Izzati berlalu pergi ke arah kanak-kanak itu. Airil tidak sempat bertanya ke mana Izzati mahu pergi namun apabila dia melihat Izzati berhenti di depan kanak-kanak itu, dia tersenyum. Izzati tidak dapat menahan melihat kanak-kanak itu sedih. Dia terdetik rasa sedih apabila melihat kanak-kanak masih tidak berhenti menangis.
Izzati mengukir senyum kepada ibu kanak-kanak itu dan dia merendahkan badanya sehingga dia sama tinggi dengan kanak-kanak itu. dia mengesar air mata kanak-kanak itu dengan tangannya. Kanak-kanak melihat Izzati dan dia masih terus menangis.
“ Kenapa adik menangis ni?” tanya Izzati lembut, masih mengelap air mata kanak-kanak itu.
“ Mimi nanak gula-gula tu, tapi ibu tak kasi. Ibu jahat.” Kata Mimi sambil memuncungkan mulutnya ke arah lollipop yang dijual di situ.
“ Mimi, ibu tak bagi Mimi beli sebab gigi Mimi dah rosak. Doktor kan sudah pesan Mimi tak boleh makan benda manis buat masa sekarang.” Ibu kanak-kanak yang bernama itu bersuara. Dia juga kelihatan bersalah terhadap anaknya. Namun, dia mahu yang terbaik buat anaknya.
“ Betul cakap ibu Mimi tu. Kesian gigi Mimi nanti gigi Mimi sakit, Mimi pun akan sakit jugak.” Kata Izzati meredakan tangisan kanak-kanak itu.
“ Tapi, Mimi nak rasa saja.” Kata Mimi lagi. Ibunya mengeluh. Izzati memandang ibu Mimi dan tersenyum.
“ Hah, kakak ada ‘cokelat’. Mimi nak?” kata Izzati kepada Mimi. Ibu Mimi kelihatan gelisah namun apabila Izzati membisikkan kepadanya bahawa dia akan memberikan Mimi vitamin C, ibu Mimi lega lalu tersenyum. Tanpa Izzati sedar, Airil sedang berdiri dan memerhatinya dari belakangnya. Ibu Mimi perasan Airil dan hanya tersenyum. Airil membalas senyumannya.
“ Cokelat? Kakak nak bagi Mimi cokelat? Nak.” Kata Mimi riang. Air matanya sudah kering. Izzati mengangguk kepalanya dan mengeluarkan sebotol vitamin C dan menghulurkan dua biji vitamin C kepada Mimi. Mimi tersenyum lalu mengambilnya dan dimasukkan ke dalam mulut. Izzati tersenyum riang, begitu juga dengan ibu kepada Mimi.
“ Erm..sedapnya. terima kasih kakak.” Kata Mimi ceria lalu dipeluknya Izzati. Izzati membalas pelukkan Mimi dan dia berdiri semula.
Selepas dia berdiri, baru dia perasan bahawa Airil berada di situ. Ibu kepada Mimi memegang tangan Izzati lalu mengucapkan terima kasih.
“ Terima kasih sebab bagi Mimi ‘cokelat’.” Kata ibu Mimi sambil mengukir senyuman manis. Izzati membalas senyumannya.
“ Sama-sama.” Kata Izzati sepatah.
“ Baiklah, saya pergi dulu. Saya doakan kamu berdua bahagia dan cepat-cepat dapat cahaya mata.” Kata ibu Mimi kepada Izzati dan Airil. mungkin dia merasa yang Izzati dan Airil ialah suami isteri. Tanpa Izzati sempat membalasnya, ibu Mimi dan Mimi telah pun berlalu pergi. Izzati tergamam dengan kata-kata ibu Mimi tadi. Airil tersenyum sinis dan ketawa. Izzati melihat Airil yang ketawa lalu mengerutkan dahinya.
“ Kenapa awak ketawa?” tanya Izzati kepada Airil. Airil berhenti ketawa.
“ Hahahaha, cepat-cepat dapat anak? Dia ingat kita dah kahwin ke apa? Ridiculous.” Kata Airil lagi. Izzati mencebikkan muka dan berlalu pergi.
Semasa mereka berjalan hendak ke kereta, mereka terserempak dengan Farah. Muka Farah kelihatan merah tetapi dia mengukir senyuman yang penuh kepalsuan. Dia menghampiri Airil dan Izzati. Airil mendengus geram.
“ Hish, kenapa perlu terserempak dengan perempuan ni pulak?” kata Airil perlahan.
“ Hah, apa yang awak cakap?” tanya Izzati apabila dia merasa seperti Airil bercakap sesuatu.
“ I don’t talk to you lah.” kata Airil lalu Farah sudah berdiri tegak di hadapan mereka berdua.
“ Hi Airil. Hi er.. what’s your name? Izz..Izti..Izzati.. oh ya, Izzati.” Kata Farah ‘mesra’. Airil mengangkat sebelah keningnya dan melihat Izzati kemudian Farah.
“ Apa awak buat dekat sini? Dan sejak bila awak kenal Izzati?” tanya Airil. tegas sahaja suaranya.
“ hahahaa, kenapa ni Airil? You macam penyiasat ni kenapa?” kata
Farah kepada Airil. Mukanya bertambah merah.
“ Just answer me.” Kata Airil tegas. Dia tidak senang hati apabila dia tahu yang
Farah sudah mengenali Izzati. Dia bukan tidak tahu perangai
Farah yang psiko itu.
Isya akan membuatkan semua perempuan yang rapat dengan Airil menderita. Izzati rasa tidak selesa apabila Airil menyoal dengan nada yang tegas kepada
Isya .
“ Saya kenal
Isya dekat kedai buku tadi.” Kata Izzati lekas. Airil memandang Izzati sekilas.
“ Betul tu.” Balas
Isya dengan nada yang mesra.
“ tadi?” tanya Airil pelik. Izzati memandang Airil lalu ingin membuka mulut ingin menjawab. Namun,
Isya cepat-cepat membuka mulut dahulu.
“ Lebih kurang ukul 10.30 tadi.” Balas
Isya . Airil memandang
Isya lalu menjelingkan matanya.
“ ok, whatever. Ok, bye
Isya . I nak cepat ni” kata Airil lalu menarik tangan Izzati pergi. Izzati ingin menarik tangannya dari genggaman Airil namun Airil sudah mengenggamnya dengan kuat.
Isya yang melihat Airil menarik Izzati bertambah geram lalu menghentakkan kakinya.
“ Sh*t. jaga kau Izzati. Kau nak rampas Airil dari aku kan, kau tunggulah nasib kau.” Kata
Isya sendiri lalu berjalan menuju ke dalam pasar raya Giant.
Selepas mereka sudah sampai ke kerata. Genggaman Airil sudah dilepaskan. Izzati mendengus marah. Sebelum sempat Izzati ingin bercakap, Airil terlebih dahulu bercakap.
“ Saya mintak maaf sebab tarik awak tadi. Tapi, kalau saya tak tarik awak, awak akan berdiri sekat situ dan mula nak berbual-bual dengan pompuan psiko tu.” Kata Airil lalu membawa masuk beg-beg plastic yang berisi barang yang dibelinya tadi ke dalam bonet kereta. Izzati hanya melihat.
“ Herm.. kan saya cakap saya ada telinga. Awak boleh suruh saya jalan ja kan? Bukan tarik saya.” Kata Izzati. Airil mendengus geram.
“ Dah la, saya serabut sekarang. Masuk kereta.” Kata Airil lalu dia masuk ke dalam kereta. Izzati hanya menurut.
Dalam perjalanan ke rumah Izzati, di dalam kereta itu hanya dihiburkan dengan celoteh-celoteh penyampai radio. Izzati yang perasan muka Airil tegang tidak mahu bertanya lanjut.
Airil memberhentikan keretanya di hadapan rumah Jenny. Izzati memandang Airil lalu mengucapkan terima kasih.
“ Thanks.” Kata Izzati lalu membuka pintu kereta.
“ Izzati.” Panggil Airil sebelum Izzati ingin melanglah keluar dari kereta itu Izzati memandang Airil.
“ Ya?”
“ Jangan rapat-rapat dengan Farah .” Kata Airil senada. Airil tidak memandang Izzati malah memandang ke depan.
“ Tapi, kenapa?” tanya Izzati ingin tahu.
“ Just do what I said. Jangan rapat-rapat dengan dia. Faham?” kata Airil lalu memandang Izzati tajam. Izzati hanya mampu mengangguk kerana takut dengan pandangan Airil. Izzati melangkah keluar dari kereta itu dan Airil memandu keretanya laju pulang. Izzati menjadi tertanya-tanya, kenapa Airil tidak membenarkan dia rapat-rapat dengan Farah? Kenapa Airil mengatakan yang Farah itu psiko? Apa sebenarnya ini?
OLDER POST / NEWER POST

/ 