The Fairytales

Home about Linkies Stuff
Be Mine prolog
Jumaat, 17 Februari 2012 | 11:14 PTG | 0 Bubles


   Terdengar esakkan dan tangisan seorang gadis yang masih muda.  Bilik yang putih bersih itu tidak membawa makna apa-apa buat dirinya. Dia duduk sambil memeluk lututnya. Semakin kuat tangisannya. Keadaan bilik itu berselerak. Semua barang bukan di posisi asal. Semuanya telah berubah posisi. Ada yang terbalik ada yang pecah berderai. Dia hanya membuang pandangan ke luar jendela. Sebuah pohon yang rendang itu amat mententeramkan hatinya. Tiba-tiba, memori dia kembali berputar. Dia dapat melihat seorang lelaki menghampirinya. Lelaki itu tersenyum sinis kepadanya. Dia kaku. Kemudian lelaki itu mendekatinya dengan lebih dekat. Dia mula gelisah. Dia mula menjerit melontarkan suara semaksimum mungkin. “Pergi kau! Pergi! Jangan kau datang dekat dengan aku. Pergi! Pergi!!!!!!!!!!!!!!!” tangisannya makin kuat.  Dia mencapai sebuah pasu kaca yang terletak betul-betul bersebelahan dengannya. Lalu, dengan sepantas kilat dia mencampakkan pasu kaca itu ke arah dinding bilik itu. berderai bunyi pasu pecah. Dia menjerit lagi, lebih kuat.
   Jeritannya telah membuat seorang jururawat masuk ke dalam biliknya itu. tertera nama Jenny pada taga nama yang dipakainya itu. Jenny menghampiri gadis kecil itu, lalu dia duduk bersebelahan dengan gadis itu. Dia mula mengatur bicara untuk menenangkan jiwa gadis itu.  “Adik, kakak tahu adik nampak ‘dia’ lagi kan? Adik nampak ‘dia’ senyum sinis dekat adik lagi kan? Adik nampak ‘dia’ menghampiri adik kan?”. Gadis yang digelar ‘adik’ oleh jururawat itu mengangguk tanda mengiakan kata-kata jururawat itu. Jururawat itu mengeluh kecil. Begitulah keadaan pesakit  yang dijaga olehnya di Hospital Bahagia itu.Pesakit yang dipanggil ‘adik’ itu ialah seorang yang ceria dahulunya. Senyuman dan ketawa riang sering terpamer di wajahnya. Namun, selepas kejadian yang menimpa dirinya, dia telah berubah 360 darjah. Kejadian yang telah meragut kebahagian dirinya.
“Adik, adik tak boleh macam ni. Adik kena kuat. Adik kena lawan imaginasi adik tu. Adik kena lawan adik.” Kata Jenny kepada ‘adik’nya itu.  Gadis itu mengeleng-gelengkan kepalanya. Esakan dan tangisan tidak penah kering. Malah, makin menjadi-jadi. Dia cuba menyuarakan luahan hatinya namun, bagai ada batu besar yang tersekat di tengah kerongkongnya yang menghalang dia daripada berbicara. Jenny merenung ‘adik’nya. Dia menyeka air mata yang mencurah. Dia mendakap ‘adik’nya itu.
“ Kakak tahu adik sukar nak melawan bayangan dia kan? Adik kena ingat orang yang adik sayang, orang yang sayang adik. Adik tak boleh berterusan macam ni. Adik..” belum sempat Jenny menghabiskan kata-katanya, gadis itu menjerit lagi. “Tidak. Tiada siapa yang sayang adik. Sehebat mana pun sayang adik pada seseorang, dia tidak akan sayang adik. Tiada siapa yang sayang adik. Tiada!! Tiada!!!!” jeritannya bergema seluruh bilik itu. tangisannya kian menjadi-jadi. Jenny menarik nafas panjang. Jenny melingkarkan tangannya ke bahu gadis itu.
“ Adik, siapa kata tiada siapa sayang adik? Kakak sayang adik. Dr. Kamalia sayang adik dan yang paling penting, Tuhan sayang adik.” Jenny cuba mengubah persepsi ‘adik’nya itu.  Gadis itu tersenyum sinis. Air matanya dikesat. Dia berdiri. Batu yang terasa berada di kerongkongnya tadi bagai telah lenyap. Sekarang, dia mampu berkata-kata.
“ Huh! Kakak sayang adik? Dr. Kamalia sayang adik? Tuhan sayang adik? Tak! Semua tu bohong. Kakak bohong! Kakak dan doktor hanya berpura-pura sayang adik sebab nak cepat tengok adik tinggalkan tempat ni kan? Tuhan? Tuhan tak sayang adik! Kalau Tuhan sayang adik, Tuhan akan tolong adik. Kalau Tuhan sayang adik, adik tak kan jadi macam ni.!” Gadis itu memberontak. Sememangnya, akal fikirannya masih waras, Cuma, dia mengalami tekanan yang amat dahsyat sehingga menyebabkan akal fikirannya yang waras itu hilang.Tetapi hakikatnya, kewarasannya masih ada. Tidak berubah.
Jenny yang mendengar kata-kata ‘adik’nya itu mengeluh kesal. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk menangani ‘adik’nya ini daripada berfikiran yang tidak betul. Gadis itu berjalan menuju ke arah jendela. Dia dapat merasakan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa dirinya. Dia rasa sedikit tenang. Jenny menghampirinya dan berdiri bersebelahan dengan ‘adik’nya itu.
“Adik, sebab kakak dan doktor sayang adiklah, kami nak adik tinggalkan tempat ni. Kami nak tengok adik yang dulu. Adik yang ceria dan periang. Adik yang kuat dan bersemangat. Kami nak tengok adik berjaya seperti kata-kata adik dulu. Adik, Tuhan sayang semua hambanya adik. Walaupun kita tak seagama, kakak tahu yang agama adik mengatakan bahawa Tuhan menguji seseorang itu sebagai tanda kasih sayangNya adik. Tuhan nak tengok adik redha ataupun tidak atas semua ni. Adik, Tuhan amat sayangkan adik. Kakak, Dr. Kamaliah sayangkan adik.” Jenny dapat melihat ‘adiknya’ menyeka air matanya. Gadis kecil itu mengangguk-anggukkan kepalanya. Gadis itu berpaling ke arah Jenny.
“Kakak, adik salah kakak. Adik salah! Semua ni salah adik! Adik tak guna kakak. Adik tak guna!”
Jenny memegang bahu ‘adik’nya. “Adik, adik tak salah. Ini ujian Tuhan untuk adik. Adik kena redha adik.”
“Kakak, adik nak tinggalkan tempat ni kakak. Adik nak jadi ‘adik’ yang dulu.”
Jenny tersenyum syukur. “ Baguslah adik.”
“Tetapi kakak, adik tak mau tinggal dekat sini. Kakak bawa adik ke tempat lain ya kakak?” gadis itu sedikit merayu.
“Tapi adik, adik tak boleh keluar hospital selagi adik tak sembuh. Dr. Kamaliah mesti tak benarkan adik.”
“Kakak tolonglah. Kakak buatlah sesuatu. Kakak cakaplah dengan Dr Kamaliah. Kakak pujuklah doktor.”
Gadis itu merayu lagi. Air matanya mula mencurah.
“ Baiklah adik, kakak cuba usahakan ya.?” Jenny terpaksa berkata demikian kerana tak mahu kecewakan ‘adik’nya itu. Dia tahu, jika dia terus menerus berkata ‘tidak’ dan ‘tetapi’, ‘adik’nya itu akan kembali tertekan. Dia akan usahakan supaya ‘adik’nya itu boleh dirawat di rumah. Dia akan bawa adik pergi jauh ke tempat yang lain.
Gadis itu memeluk ‘kakak’nya.  Tiba-tiba, dia terasa bagai ada suatu semangat untuk menjadi diri yang dulu. Tetapi, tidak sebodoh dulu. Dia berazam untuk mengubah dirinya. Ya, dia pasti boleh melakukannya.



/ NEWER POST