Be Mine 2
Selepas pulang rumah, aku meluru mendapatkan kak Jenny. Kak Jenny yang sedang membaca majalah hiburan itu terkejut. Dibesarkan matanya ke arah aku. Aku hanya mengukir senyuman kecil. Aku melabuhkan punggung di lantai berhadapan dengan kak Jenny yang duduk di atas sofa. Kak Jenny meletakkan majalah di atas meja. Dia menunggu aku berbicara.
“ Kak Jenny, kalau Izzati minta sesuatu kak Jenny bagi tak?” tanya aku penuh harapan.
“ Ermm.. Izzati nak minta apa?” tanya kak Jenny kebingungan. Aku menggenggam tangan kak Jenny.
“ Izzati nak sambung belajar. Boleh ya kak Jenny.” Ujar aku penuh mengharapkan simpati. Kak Jenny mengeluh kecil.
“ Izzati, Izzati nak ambil course apa?” tanya kak Jenny sambil mengusap tangan aku. Aku tersenyum lebar. Nampaknya, ada peluang untuk aku ni.
“ Izzati nak ambil kulinari.. boleh ya kak Jenny. Please..” rayu aku lagi. Kak Jenny mengeluh lagi.
“ Kak Jenny bukan tak nak bagi Izzati sambung belajar, Cuma..” belum sempat kak Jenny menghabiskan katanya, aku lantas memotong.
“ Cuma apa kak Jenny? Kak Jenny takut perkara dulu berulang lagi? Tak kak Jenny. Izzati tak akan mengulangi peristiwa dulu lagi. Please kak Jenny, let me further my study.. please...” rayu aku lagi. Kali ini, aku menitiskan air mata. Hehehhee, sengaja aku titiskan air mata, biar kak Jenny bagi aku sambung belajar. Jahatnya aku.
Kak Jenny yang melihat tangisan aku menyapu air mata aku. Aku terdiam. ‘Cepat lah kak Jenny cakap. Tak larat nak acting dah ni..’ monolog aku. Kak Jenny menggenggam tangan aku kuat. Aku terkejut.
“ Ok, kak Jenny bagi Izzati further study. But, with one condition.” Kata kak Jenny. Aku tersenyum.
“ Sepuluh syarat pon Izzati setuju kak Jenny.” Kata aku laju. Kak Jenny terkejut dengan perubahan sikap aku.
“ Eh, budak ni.. tadi bukan main dia menangis. Ni, senyum pula dia” kata kak Jenny lalu menampar lembut bahuku. Aku hanya ketawa lucu.
“ Cepatlah kak Jenny, bagi tahulah apa syaratnya.”
“ Ya.. ya.. nak bagi tahu lah ni.. Izzati tak boleh study dekat uni yang sama. Dan satu lagi, Kak Jenny akan hantar dan jemput Izzati. Boleh?” kata kak Jenny tegas.
“ Alah kak Jenny, kata satu syarat, tu dah dua dah tu. Cut one please...” rayu aku lagi.
Kak Jenny menggelengkan kepalanya. Putus harapan aku.
“ If you want, you can take it or leave it.” Kata kak Jenny.
“ Ok. Fine. Izzati ikut. Tapi, Izzati nak ke uni mana?” tanya aku. Kak Jenny tersenyum dan berkata “ That thing I will decide later. Ok?”
Aku hanya mengangguk. Kalau aku membantah, mesti kak Jenny tak bagi aku further study.
“ Ok kak Jenny.” Aku senyum lalu mengambil membuka televisyen.
‘ I will start a new life. Yeah!’ monolog aku lagi.
Kaki aku melangkah masuk ke dalam sebuah rumah teres dua tingkat. Tidaklah besar mana pun, nak kata kecil, tak juga. Biasa-biasa saja. Mata aku melilau ke segenap penjuru rumah itu. melihat susunannya. Apa yang boleh aku gambarkan rumah ni membuatkan aku rasa happy dan ceria. Tau tak kenapa? Sebab, setiap dinding dicat warna berbeza. Warna-warna ceria pula tu. Aku tersenyum riang. Aku suka rumah ni. Aku berjalan-jalan lagi, dari bilik air aku ke dapur. Sebelum kaki aku melangkah naik ke tingkat atas, baru aku perasan bahawa aku datang berdua tadi. Aku melangkah laju menuju ke luar rumah. Kak Jenny tengah mencekak pinggangnya. Aku tersenyum sumbing.
“ Sorry kak Jenny. Terlupa pula fasal kak Jenny. Excited sangat masuk rumah baru. Hehehehehe..” kata aku lalu menayangkan gigi aku yang putih berseri-seri ini. Kak Jenny menggelengkan kepalanya.
“ Excited sangat sampai lupa kan kakak sendiri ya? Macam tu? Dah, mari tolong angkat beg-beg ni.” Arah kak Jenny sambil menunjukkan satu per satu beg yang terletak elok di tepi kereta kelisa itu.
Aku pantas menyarungkan kasut di kaki dan mengangkat beg masuk ke dalam rumah. Selepas habis begg di bawa masuk. Aku duduk di atas sofa di ruang tamu. Aku lepaskan keluhan penat. Berat betul beg-beg tu semua. Kak Jenny datang ke arah aku sambil memegang dua mug dan dihulurkan satu kepada aku. Aku menyambutkan dengan senyuman yang paling manis sekali. Kak Jenny lantas melabuhkan punggungnya di sebelah aku.
“ Terima kasih kak Jenny.”
“ Sama-sama. Hah, lepas ni kita pergi Tesco. Kak Jenny nak beli barang dapur dengan keperluan harian kita.” Kata kak Jenny lalu menghirup air di dalam mug. Aku yang sedang minum tersedak.
“ Hah, kenapa tersedak pula ni?” tanya kak Jenny sambil mengusap belakangku.
Aku dengan muka kerut seribu menjawab “ penatlah kak Jenny. Lagipun kita kan baru pindah. Penat berjalan tak habis lagi lah.”
Kak Jenny memandang wajahku dengan muka masam.
“ cik Alia Izzati, kalau kita tak pergi, awak nak makan apa? Nak mandi pakai apa? Awak tu bawa sabun ke datang sini? Hermm” ujar kak Jenny dengan nada memerli. Aku hanya membuat muncung yang tak seberapa.
“ Kita makan lah dekat luar. Kak Jenny belanja”
“ Mandi..?” aku mati kata. Ya tak ya juga, aku nak mandi takkan lah tak sabun kot?
“ Er.. err..” aku mengangkat bahu.
“ So, no more excuses. You must go with me. Full stop.” Ujar kak Jenny lalu mengambil mug yang berada di tangan aku dan menuju ke dapur. Aku mengikut langkahnya. Aku menarik kerusi dan duduk. Aku hanya memerhatikan kak Jenny membasuh mug-mug itu.
“ Kak Jenny, kak Jenny nak pergi pukul berapa?”
“ Erm.. pukul 4 petang nantilah. Kenapa?” ujar kak Jenny lalu duduk di kerusi berhadapan dengan aku.
“ Ingatkan nak tidur sekejap. Penatlah.” Ujar aku lagi.
“ Mengadalah dia ni. Tak boleh tidur. Malam nanti baru tidur. Dah, pergi angkat beg masuk bilik. Kemas apa yang patut. Kak Jenny dah letak tanda nama dekat pintu bilik Izzati. Nanti Izzati tau lah yang mana satu bilik Izzati. Kak Jenny nak keluar sekejap. Jangan keluar rumah tau.” Kata kak Jenny lalu bangkit dari duduknya. Belum sempat aku berkata apa-apa. Kak Jenny telah pun menyarungkan kasutnya. ‘cepatnya kak Jenny ni. Baru nak tanya pergi mana. Hermm.. tak pa lah, aku boleh tidur. Hehehhehehee’ monolog aku.
Mata aku celikkan apabila aku merasakan ada orang yang mengoyang-goyangkan tubuh aku. Kak Jenny rupanya. Aku duduk di atas katil dengan rambut yang kusut-masai. Kak Jenny merapati aku lalu dia mencubit kuat lenganku. Aku mengaduh kecil. Ni kenapa yang cubit ni? Aku ada buat salah ka? Ohh, lupa. Kak Jenny tak bagi tidur tadi. Aku menggosok-gosokkan mataku lalu tersenyum.
“ Sorry kak Jenny, tertidur tadi. Penat sangat. Sekarang pukul berapa?”
“ Herm.. kamu ni. Sekarang ni dah pukul 5.30 petang dah. Kita pergi malam nanti je lah. Dah, bangun-bangun! Pergi mandi, kak Jenny dah belikan sabun tadi. Pastu jangan lupa solat.” Ujar kak Jenny lalu bangun keluar bilik. Aku tersenyum. Sememangnya kak Jenny sangat baik. Dia selalu memesan aku supaya tidak meninggalkan solat. Walaupun kak Jenny beragama Cina, dia tetap mengingatkan aku tentang agama aku. Bukan aku lupa, Cuma, ya lah, tertekan sangat sampai lupa semua ni. Nasib baiklah ada kak Jenny. Kak Jenny sebenarnya telah dibesarkan oleh orang tua ku sejak orang tua kak Jenny meninggal dua akibat kebakaran. Kak Jenny tiada keluarga lain. Jadi, mak dan ayah lah yang ambil kak Jenny menjadi anak angkat.
“ Izzati, apa yang dibuat lagi atas katil tu?” jerit kak Jenny di tangga.
“ Nak pergi la ni.” Ujar aku lalu aku mengapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.
“ Izzati pergi dulu dekat kereta ya? Kak Jenny nak ke ladies sekejap.” Kata kak Jenny lalu menyerahkan beg-beg plastik yang berada di tangannya kepada aku. Aku menyambutnya dan berlalu pergi. Aku bernyanyi-nyanyi kecil dalam perjalanan ke kereta. Malam yang gelap tanpa bintang-bintang membuatkan suasana agak kelam walaupun lampu yang dipasang menyinari.
Tanpa aku sedari, sebuah kereta hitam melunjur laju ke arah aku. Aku tergamam apabila kereta itu semakin dekat. Nasib menyebelahi aku apabila kereta itu sempat membrekkan keretanya. Bunyi geseran tayar amat kuat kedengaran. Nasib baik tidak ada ramai orang di luar pusat membeli-belah itu. kalau tidak, tempat ini mesti dikerumuni orang. Aku menarik nafas lega. Nasib baik juga beg-beg plastik yang aku bawa tak terlepas dari genggagam. “Alhamdulillah” kataku. Orang yang memandu kereta BMW hitam itu keluar. Ceh, lelaki muda rupanya, patutlah. Siap pakai rayban lagi? Hello~ dia ingat ni tengah hari ka? Apalah nak jadi dengan orang zaman sekarang ni?
Lelaki itu menuju ke arah aku. Aku membuat muka blur. Dia menanggalkan raybannya. Wah, indah sungguh ciptaan Tuhan. Kenapa terlampau handsome lelaki ni? Dia buat pembedahan plastik agaknya. Ya lah, macam artis korea juga. Ya tak? Muka aku masih dalam nada blur. Dia memandang aku dengan rasa bersalah. Aku hanya melihat reaksi dia. Nak lihat, apa yang dia buat seterusnya.
“ Cik, Cik ok tak? Ada luka-luka ka?” tanyanya risau. Aku mengangkat kening.
“ Err... saya tak jatuh pun dan tak mungkin ada luka.” Kataku senada. Dia masih dalam keadaan risau.
“ Betulka cik tak ada apa-apa?” tanya dia lagi. Aku dah naik rimas. Aku dah kata tak apa. Maknanya tak dak apa lah kan?
“ Ya encik. Saya tak dak apa-apa. Masih hidup lagi ni. Terima kasih.” Kataku lagi. Takkan nak marah pulakkan? Nanti cepat tua. Dia menarik nafas panjang. ‘Mana kak Jenny ni?’ monolog aku.
“ So, betul ni tak dak apa-apa?”
“ Ya Allah, ya! Tak dak apa-apa. Faham?” kataku dengan nada lebih keras. Mataku aku bulatkan. Biar dia takut. Dia tertawa. Aku pelik. Ni kena sampuk hantu ke?
“ Eh, kenapa gelak? Saya tak buat lawak pun kan?” kata aku lagi. ‘Mana kak Jenny ni?’!
“ Muka awak comellah bila buat mata macam tu.” Kata dia lagi.
Aku hanya mencebik. Aku menoleh kebelakang dan melihat kak Jenny meluru ke arah aku. Aku tersenyum. Akhirnya, kak Jenny dah sampai. Kak Jenny berdiri di sebelah ku. Kak Jenny mengukir senyum kepada pemuda di depan aku. Aku pelik.
“ Eh, Aidil. Awak buat apa kat sini?” tanya kak Jenny. Lelaki yang dipanggil Aidil itu tersenyum.
Sebelum Aidil menjawab aku lantas memotong.
“ Kak Jenny jom balik. Tak laratlah.”
“ Ok. Izzati.” Kata kak Jenny lalu melambaikan ke arah Aidil. Aidil melambaikan kembali. Pertanyaan Jenny tadi tidak sempat dibalasnya. Tidak mengapa. Dia boleh mesej nanti. Aidil masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin. Keretanya melunjur laju menuju entah ke mana.
“ Siapa Aidil tu kak Jenny?” tanya aku selepas kami mengangkat barang-barang tadi masuk ke dalam rumah. Kak Jenny yang sedang menonton televisyen berpaling ke arah aku.
“ Aidil tu kawan kak Jenny. Dia hampir langgar Izzati kan?” tanya kak Jenny.
“ Yap. Tapi tak da apa-apa pun. Eh,kejap, macam kak Jenny tahu?” Kata aku sambil memicit tangan kak Jenny. Kak Jenny tersenyum.
“ Dia mesej kak Jenny tadi. Dia minta maaf sekali lagi.” Kata kak Jenny.
“ Maaf diterima. Tapi kan kak Jenny. Kak Jenny kenal mana Aidil tu?” tanya aku lagi.
“ Erm.. dia penah melawat hospital bahagia dulu. Waktu itu, Izzati masih sakit lagi.”
“ Owh.. dia buat apa kak Jenny?” belum sempat kak Jenny menjawab soalan aku. Telefon kak Jenny berbunyi.
“ Izzati pergi tidur ya. Dah lewat sangat ni.” Arah kak Jenny. Aku akur lalu melangkah naik ke atas bilik. Kak Jenny pula menjawab panggilan telefonnya. Entah dengan siapa yang menelefonnya malam-malam ni. Bergelak-tawa pula tu. Aku biarkan sahaja.
Usai solat subuh aku turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Kali ini, giliran aku pula untuk menyiapkan sarapan untuk aku dan kak Jenny. Aku membuka peti sejuk dan melihat ada ayam, daging dan udang. Ada juga nasi semalam di dalam tupperware. Aku bawa keluar tupperware itu bersama-sama dengan ayam. Aku rendamkan ayam itu dengan air untuk menghilangkan kebekuan ayam itu. aku juga membawa keluar sayur sawi. Aku menuju ke rak bersebelahan dengan peti sejuk dan menggapai bawang merah dan putih. Lantas, aku menjalankan misi aku untuk memasak nasi goreng ayam.
Setelah siap memasak aku membuat air teh pula. Setelap siap semuanya, aku mencedok nasi goreng ke dalam mangkuk besar dan aku meletakkan ayam goreng di atas pinggan. Aku membawanya ke meja makan. Aku lantas menyusun pinggan dan menuangkan air di dalam cawan. Aku menuju ke atas dan mengetuk pintu bilik kak Jenny. Aku melihat kak Jenny sedang menyanggul rambutnya lalu disarungkan topi nursenya. Dia lalu memandang aku dengan senyuman. Aku membalas senyumannya.
“ Kak Jenny, jom sarapan. Izzati dah siapkan semuanya.” Kata aku masih berdiri di muka pintu. Kak Jenny berdiri dan mengambil tas tangan di atas katil. Lalu dia menuju ke arah aku dan kami dua menuruni tangga ke meja makan. Kak Jenny membasuh tangannya di singki dapur lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggannya dan menghidu baunya. Dia tersenyum.
“ Sedap bau. Pandai Izzati masak. Kalau macam ni, tak payah pergi uni la ye? Kerja je terus.” Kak Jenny berkata lalu mengambil seketul ayam goreng dan meletakkan di atas pinggannya. Lalu dia menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut. Dia begitu menghayati sekali nikmat nasi goreng itu. Aku yang berdiri tadi melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan kak Jenny. Aku mencedokkan nasi ke dalam pinggan dengan muka kecewa.
“ Alah.. Izzati taklah pandai masak sangat. Tak boleh dikategorikan sebagai master chef tau.” Kata aku dengan nada merajuk. Aku suapkan nasi goreng ke dalam mulut. Kak Jenny memandangkan aku sambil mengunyah nasi.
“ Merajuk ke?” tanya kak Jenny memandang aku lagi. Aku meneruskan suapan aku tanpa menjawab. Aku nak mogok! Melihat tingkah aku kak Jenny tersenyum.
“ Buruk betul muka Izzati bila merajuk. Muncung tu boleh kak Jenny sangkut baju tau.” Kata kak Jenny sambil tertawa. Aku tidak menghiraukan kak Jenny. Hati aku masih kecewa. Aku nak sambung belajar.
“ Izzati memang takkan masuk uni.” Ujar kak Jenny selepas penat ketawa. Sekarang nadanya serius. Aku seperti ingin menitiskan air mata. Aku cuba gagahkan diri untuk bersuara.
“ Tapi.. kak Jenny dah janji.” Kataku dengan nada perlahan. Aku dapat merasakan mataku panas. Air mata hampir menitis. Kak Jenny melihat aku tanpa perasaan. Ini menambahkan lagi kekecewaan hati aku.
“ Kak Jenny tak janji untuk masukkan Izzati ke uni. Kak Jenny janji untuk Izzati further study saja kan? Is that right Alia Izzati?” kata kak Jenny sambil merenung aku. Aku hanya mengangguk perlahan. Betul juga, kak Jenny tidak kata yang dia akan masukkan aku ke dalam uni cuma dia ingin pilih ‘tempat’ untuk aku further study.
“ Ok lah Izzati. Memandangkan Izzati memang tak sabar nak further study. You can start by tomorrow.” Aku yang mendengar terkejut. Esok? Biar betul kak Jenny. Aku memandang kak Jenny dengan seribu tanda tanya. Kak Jenny dapat membaca riak muka aku.
“ Yes. Izzati. Ada apa-apa yang bingung?” tanya kak Jenny dengan nada yang sama. Aku menarik nafas panjang dan hembusnya perlahan-lahan.
“ Kak Jenny betul ka ni? Or, you just making a joke?” tanya aku sambil mengangkat kening sebelah.
“ Nope. I’m not in the joke mood.” Kata kak Jenny sambil menggelengkan kepalanya. Aku mengangguk sendiri menanda aku faham yang kak Jenny bercakap benar.
“ Jadi, ‘tempat’ apa yang Izzati akan masuk untuk diajar.” Tanya aku dengan menekankan perkataan ‘tempat’ itu. Kak Jenny memandang ku tersenyum. “ Adalah. You will know it tomorrow.” Kata kak Jenny lalu masuk ke biliknya. Aku yang tercengang seorang diri di sini dibiarkannya. Aku malas memikirkan ‘tempat’ apa yang bakal aku jejaki esok dan aku pula mendaki tangga menuju ke dalam bilik. Aku menghempaskan badan di atas katil dan melihat ke dinding. ‘I will be a super duper awesome chef someday’. Monolog aku. Lalu mata aku pejamkan dan melayari bahtera mimpi.
Aku hanya menyarungkan skrit hitam labuh bersama blaus berwarna kuning lembut itu. Lalu aku lilitkan selendang di kepala. Aku menempek sedikit bedak compact di muka supaya nampak segar dan mengoleskan lip balm sekadar ingin menyegarkannya lagi. Sememangnya aku tidak gemar akn gincu yang terang-terang warnanya. Walaupun di pasaran sekarang ada menjual pelbagai warna walaupun tidak terang, aku tetap tidak ingin mencubanya. Kali terakhir aku memakai gincu adalah pada hari lahir aku dua tahun lepas. Ya, hari yang paling buruk buat aku sekaligus telah merubah hidup aku. Ok, cerita lama. Lupakan saja.
Aku mencapai beg sandang aku yang berada di sebelah rak buku lalu aku turun ke bawah. Semestinya kak Jenny sedang menunggukan di ruang makan. Apalah yang kak Jenny masak pagi ni ya? Hati aku berteka-teki. Aku melihat kak Jenny sedang menatang dulang yang berisi air milo panas ke meja makan. Aku menuju ke dapur dan membasuh tangan lalu melabuhkan punggung di kerusi meja makan. Kak Jenny pula melemparkan senyuman ke arah aku sambil meletakkan sekeping pancake ke atas pinggan aku. Lalu dituangnya madu di atasnya.
“ Thanks kak Jenny.” Kataku. Kak Jenny tidak membalas apa-apa. Aku menjadi bingung. Kak Jenny dari tadi senyum sahaja. Aku ucap terima kasih pun tak balas. Apalah yang difikirkan kak Jenny ni?
Aku melambaikan tangan aku di hadapan kak Jenny apabila aku melihat dia tidak menjamah pancakenya. Aku yang sedap menikmati pancake itu terbantut pula apabila melihat kak Jenny duduk mengelamun seorang diri sambil tersenyum-senyum. Ni macam tengah angau saja lagaknya. Hah! Kak Jenny ada boyfriend apa. Duga aku. Aku melambaikan tanganku lagi tetapi masih tiada reaksi. Aku mengambil tindakan bijak dengan mencubit lengan kak Jenny dengan kuat. Dia mengerang kesakitan lalu memandangku dengan jelingan yang tajam.
“ Ni kenapa ni? Tak da kerja lain dah ka sampai nak cubit kakak?” tanya kak Jenny dengan jelingannya. Aku hanya mengekek ketawa.
“ Hah, gelak pula dia” kata kak Jenny sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. aku masih dengan ketawaku.
“ Kak Jenny ingatkan siapa? Kekasih hati ekkk?” tanyaku lalu menyuapkan pancake ke dalam mulut.
“ Ingatkan siapa?” tanya kak Jenny yang masih blur. Aku menepuk dahi.
“ Yang mengelamun sorang-sorang tu kenapa kak Jenny? Bukan teringatkan kekasih ka?” kataku.
“ Owh.. kalau ya pun kenapa?” balas kak Jenny lalu meneruskan suapannya. Aku yang memandang terkesima. Sah kak Jenny dah ada kekasih. Ni tak leh jadi ni. Kak Jenny sudah pandai berahsia ni. Tak apa kak Jenny, Izzati akan cari siapa kekasih hati kak Jenny ni. Kataku dalam hati. Lebih baik aku cari tahu sendiri siapa kekasih kak Jenny lagipun kalau tanya kak Jenny, dia bukan nak bagi tahu.
Pagi ini aku bangun dengan muka yang ceria sekali kerana hari ini hari pertama aku ke kelas pertamaku. Semalam, aku memaksa kak Jenny untuk memberitahu ke ‘tempat’ apa yang bakal aku jejaki untuk belajar hari ini. Tetapi kak Jenny tidak memberitahu aku. Aku mogok tak mahu makan, kak Jenny terpaksa memberitahu aku. Hahahahhaha, surprise yang kak Jenny nak buat tak jadi. Betapa bijaknya aku. Hahhahahaa.
Kak Jenny memarkirkan keretanya di tempat letak kereta berdekatan dengan bangunan yang tertera ‘SWEET HARMONY COOKING CLASS’. Aku memandang kak Jenny dan dia hanya melemparkan senyuman kepada ku. Kak Jenny ni penuh dengan senyuman kan??
Kak Jenny menarik tanganku masuk ke dalam bangunan serba putih itu. aku melihat di dalamnya. Ada kaunter, kerusi dan majalah tentang makanan. Kak Jenny menarik tangan aku menuju ke kaunter. Ada seorang perempuan yang tersenyum kepada kami. Aku membalas senyumannya. Aku dapat merasakan satu perasaan yang kuat yang mengatakan kami berdua ada chemistry. Ok, aku ni ada ‘feeling’ yang kuat sejak aku kecil lagi. Cuma bab bercinta dan ajal ja aku tak dak ‘feeling’ yang kuat. Feeling yang tahu sesuatu. Kak Jenny bercakap dengannya. Aku hanya mendengar.
“ Ni lah adik kak Jenny.” Kata kak Jenny kepada gadis itu. aku tersenyum lagi.
“ Owh.. cantik.” Ujarnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambutnya dengan senyuman manis.
“ Tak dak lah cantik sangat. Sikit tu adalah.” Kata ku lagi. Mereka berdua tertawa.
“ Ok lah, kak Jenny tinggalkan Izzati dekat sini. Lepas kelas tamat kak Jenny datang ambil.” Arah kak Jenny.
Aku mengangguk. Selepas kak Jenny berlalu pergi. Gadis itu mempekenalkan dirinya.
“ Hai. Nama saya Humaira Aisya Hamid. Saya akan tunjukkan saudari Izzati semua kelas yang ada dekat sini.” Ujar gadis yang digelar Humaira oleh ku itu. dia berkata seperti aku ingin melawat tempat ni saja. Aku hanya menurut.
“ Ok. Tapi, sebelum tu saya nak tanya. Bila saya boleh stat belajar ni?” tanya aku yang tak sabar nak mula belajar ni. Dia hanya tersenyum dan berkata “ selepas kita ronda-ronda dulu.”
Aku hanya mengiakan saja. Dia menunjukkan aku setiap kelas yang ada. Ada kelas untuk makanan tempatan, barat, timur tengah, pastry dan cakes dan macam-macam. Humaira berkata kepada aku bahawa kak Jenny telah mendaftarkan aku untuk belajar dalam kelas kek dan pastri dan juga kelas makanan barat dan perancis. Aku ternganga apabila Humaira memberitahu aku semua itu. dia juga berkata kepada ku bahawa dalam seminggu aku perlu datang tiga kali. Maknanya, aku ke kelas tiga hari seminggu. Hari Isnin- makanan barat, hari Selasa- makanan perancis dan hari Sabtu- kek dan pastri. Dia berkata kelas kek dan pastri diadakan pada hujung minggu kerana ramai wanita yang bekerja pada hari biasa ingin menghadiri kelas itu. memandangkan banyak permohonan, pihak pengurusan meletakkan kelas kek dan pastri pada hari Sabtu. Padaku, itu semua tiada masalah.
Hari ini aku masuk ke kalas makanan barat memandangkan hari ini hari Isnin. Hari ini chef Rosli mengajar kami semua memasak Beef Steak. Apabila aku balik, aku mengajak kak Jenny ke pasaraya untuk membeli bahan-bahan beef steak. Aku mengeluarkan buku catitan aku di dalam beg. Aku membeli semua bahan yang tertera pada buku itu. sememangnya, aku selalu membawa buku catitan dan diari bersama kemana saja aku pergi. Kak Jenny memuji masakan ku. Dia katakan masakan ku setaraf hotel lima bintang. Aku tersenyum bangga.
/ 