The Fairytales

Home about Linkies Stuff
Be Mine 1
Khamis, 23 Februari 2012 | 8:29 PG | 0 Bubles

  Suasana yang damai di air terjun itu membuatkan hati sesiapa sahaja yang melihat tenang. Burung berkicauan menyanyikan lagu girang meriangkan lagi hati si pendengar. Kelihatan seorang gadis yang berselendang biru dan berbaju kurung warna sedondon sedang duduk di atas satu batu yang besar yang boleh memuatkan dua orang untuk duduk. Gadis itu sedang mencatit sesuatu dalam sebuah buku bewarna hitam yang dihiasa manik berwarna-warni. Setelah puas mencatit, dia bangun lalu beredar.
  Dalam perjalanan balik ke rumah, dia terserempak dengan seseorang. Dia kelihatan begitu gembira sekali. Dia mengukir senyuman yang amat manis. Begitu juga seorang lagi. Mereka berpelukkan.
“ Kak Jenny,  kak  Jenny balik awal ni kenapa? Dekat hospital tak dak kerja ka?” ujar si gadis.
“ Kak Jenny kerja setengah hari ja hari ni. Kak Jenny nak masak untuk Izzati la.” Balas kak Jenny kepada si gadis yang berselendang biru itu. gadis itu tersenyum riang.
“ Kak Jenny nak masak untuk Izzati? Syoknya Izzati.” Balas Izzati pula. Mereka berjalan beriringan ke rumah. Dalam perjalanan mereka berbual lagi.
“ Izzati ni ada-ada ja. Kan kak Jenny setiap hari masak untuk Izzati. Izzati dah lupa ka? Ish ish ish..” ujar kak Jenny sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Dalam hati, dia bersedih. Adiknya ini masih belum sembuh sepenuhnya daripada sakitnya. Ini akibat daripada tekanan yang dialaminya dulu. Tekanan yang terlampau membuat adiknya ini sering lupa akan sesuatu. Namun, kata Dr. Kamalia sifat pelupa adiknya ini akan pulih apabila dia tidak tertekan seperti dulu lagi. Dan dia yakin, yang adiknya masih lagi tertekan. Cuma, dia bingung, apa yang membuatkan adiknya tertekan. Adiknya tidak pernah pula menunjukkan dia tertekan. 
“ Kak Jenny.. Kak Jenny.. Kak Jenny!!!” Izzati menjerit di telinga kakaknya. Jenny tersedar dari lamunannya.
“ Ya Izzati?” tanya Jenny bingung.
“ Ish kak Jenny. Izzati tanya kak Jenny dari tadi lagi. Kak Jenny termenung pulak. Kak Jenny sakit?” tanya dia cemas. Diletakkan tangannya ke dahi kakaknya. Jenny hanya gelak kecil.
“ Tak lah Izzati, kak Jenny tak sakit. Cuma, penat ja.”  Kata Jenny menyembunyikan perkara sebenar.
“ Eh, kak Jenny, mana pergi kereta kak Jenny? Patut la kak Jenny penat, kak Jenny jalan kaki dari mana ni?” tanya Izzati, prihatin.
“ Owh, kereta kak Jenny masuk bengkel. Tiba-tiba ja dia buat hal. Biasalah, kereta lama. Kak Jenny jalan kaki dari bengkel pak Mat hujung kampung tu.” Kata Jenny sambil memuncungkan mulutnya menunjukkan ke arah hujung kampung. Izzati yang melihat muncung kakaknya itu tergelak.
“ Kak Jenny comel lah muncung macam tu. Izzati macam nak ikat dengan getah ja. Hahahahha” ketawa si gadis. Jenny hanya mengetam bibir geram. Tanpa disedari, mereka telah tiba di hadapan rumah mereka. Rumah papan yang masih elok binaannya.
“Eh, kak Jenny, kita dah sampailah. Jom masuk kak Jenny.” Izzati menarik tangan kak Jenny masuk ke dalam rumah. Jenny hanya mengeleg-gelengkan kepalanya melihat telatah adiknya itu.
Izzati membuka pintu rumah. Jenny yang melihat rumahnya itu terpinga-pinga. Seperti tidak percaya itu rumahnya. Dia meluru ke luar rumah. Melihat ke arah sekeliling. Dia melihat pokok bunga ros yang kelihatan baru ditanam. Bunga ros itu ditanam sebaris. Kelihatan sungguh cantik. Dia melihat ke arah sebuah rumah yang terletak di sebelah rumahnya.
“Betullah ni rumah aku. Sebelah tu rumah mak Bedah. Sebelah lagi rumah mak Siti.” Jenny cakap sendiri.
Izzati yang melihat kakaknya meluru ke luar terkejut. Lalu diekori kakaknya itu.
“Kak Jenny. Kenapa dengan kak Jenny ni? Macam tak pernah masuk rumah ja. Ni rumah kita lah ka Jenny. Cantik tak?” tanya Izzati mengukirkan senyuman. Kak Jenny memandang Izzati dengan senyuman terharu. Dia meluru ke arah Izzati lalu memeluknya. Terpancar wajah terharu dan bersyukur dengan perubahan adiknya itu. Kini, dia tahu yang adiknya itu sudah sembuh sepenuhnya. Dr. Kamaliah pernah memberitahu Jenny bahawa Izzati akan sembuh sepenuhnya apabila dia kembali menjadi seperti dulu. Iaitu tidak lupa dan tidak tertekan dan melemparkan semua barang yang ada. Cuma dia bingung, Izzati masih lupa akan sesuatu, bagaimana dia boleh beraksi seperti orang normal? Jenny cepat membuang fikirannya yang bingung itu.  Jenny mengalirkan air mata gembira melhat perubahan drastik adiknya itu.
“ Izzati, Izzati dah sembuh?” tanya Jenny sambil mengesatkan air matanya dan melepaskan pelukan.
“ Bila masa pulak Izzati sakit kak Jenny? Kak Jenny ni pelik lah”
“ Izzati ni pandai nak bergurau dengan kakak kan.” Jenny memeluk Izzati lagi. Izzati hanya mengukir senyuman segaris.
‘ Maaf kan Izzati kak Jenny.’ Izzati bermonolog.
“ Dah la Izzati, jom masuk. Kak Jenny nak masak untuk Izzati.” Kali ini, Jenny pula menarik tangan adiknya masuk ke dalam rumah. Izzati hanya menurut.


  Lauk-pauk telah siap terhidang di atas meja. Pelbagai jenis lauk yang ada. Antaranya ialah ikan kembung masak lemak cili api, ayam goreng berempah, sambal petai dan juga ulam-ulaman. Bau harum masakan menusuk hidung Jenny. Dia yang lepas membersihkan diri duduk di atas kerusi berhadapan dengan meja makan. Izzati yang melihat kakaknya tersenyum manis. Jenny kehairanan dengan pelbagai jenis lauk yang terhidang di atas meja. Setahu dia, dia belum masak lagi. ‘Siapa yang masak? Tak mungkin Izzati. Dia kan baru sembuh. Tak mungkin-tak mungkin. Mungkin Mak Siti yang bagi ni.’ Duga Jenny sendirian. Izzati yang melihat kakaknya asyik termenung mula mengeluh kecil. Dia meletakkan jug air sirap bersama dua gelas cawan di atas meja. Dia mengambil pinggan lalu membubuh nasi ke atas pinggan. Dihulurkan ke arah kak Jenny, tapi tidak disambut. Kak Jenny masih termenung. Apa yang difikirkan oleh kak Jenny pun dia tidak tahu. Dia meletakkan saja pinggan yang berisi nasi itu di hadapan kak Jenny. Kak Jenny masih belum sedar dari lamunannya. Izzati yang melihat kak Jenny yang masih termenung memikirkan cara untuk mengejutkan kak Jenny dari lamunannya. Dia mula mendapat satu idea yang licik. Dia tersenyum nakal.
  Izzati menggumpalkan nasi bersama dengan sambal petai dan di masukkan ke dalam mulut kak Jenny. Dia ketawa kecil. Kak Jenny merasa seperti ada sesuatu yang pedas di dalam mulutnya. Dia mula mengunyah perlahan-lahan. Dia amati betul-betul rasa yang dikunyahnyah. Selepas dia amati betul-betul rasanya. Mata dia terbuntang luas. Dia menelan kunyahannya walaupun belum sempurna kunyahannya itu. Dia meneguk air yang telah dituang oleh Izzati dengan rakusnya.  Dia menambah lagi air sirap ke dalan gelas.  Namun, rasa pedas yang tersisa tidak dapat dihilangkan lagi. Dia lalu menggapai jug yang tinggal separuh isinya lalu diteguknya. Selepas, habis air di dalam jug itu. Bari dia berasa lega.
  Izzati yang melihat gelagat kakaknya itu ketawa terbahak-bahak. Geli rasa hatinya apabila melihat reaksi kakaknya itu. Jenny yang sudah berasa lega akibat makan pedas itu memandang wajah Izzati tajam. Izzati yang melihat kakaknya itu terdiam. Dia tunduk. Takut sekiranya dimarahi kakaknya itu. Dia mula mengigit bibir.
“ ma..maa.. maafkan Izzati kak..” kata Izzati perlahan. Dia tidak berani memandang wajah kak Jenny. Kak jenny pula tersenyum puas. ‘oh, ada hati nak kenakan aku ya budak ni..”monolog Jenny.

Jenny masih memandang wajah Izzati dengan tajamnya. Dia seperti ingin menjatuhkan hukuman yang berat kepada adiknya yang telah membuat jahat kepadanya. Dia berjalan setapak demi setapak kearah adiknya itu. bunyi derapan kaki kak Jenny membuatkan Izzati bertambah takut.
 Kak Jenny berhenti betul-betul di hadapannya. Izzati makin resah dan gelisah. Kelihatan air mata mulai gugur dari tubir mata. Kak Jenny yang melihat reaksi Izzati terpampang. Dia hanya mengacah sahaja tetapi Izzati menganggapnya seperti betul pula. Izzati pula tersedu-sedan. Dia meraih tangan kak Jenny.
“ kak.. Izzati minta maaf. Izzati janji tak buat lagi.. maafkan Izzati kak” rayu Izzati. Makin kuat tangisan Izzati.
Jenny dengan rasa bersalah memeluk Izzati.
“ adik, akak main-main je lah.” bisik Jenny di telinga adiknya itu. Izzati yang mendengar bisikan kakaknya itu meleraikai pelukan dan mengelap air matanya dengan hujung lengan baju. Dia mengukir senyuman.
“ Kak Jenny jahat lah. Izzati betul-betul ingat kak Jenny marahkan Izzati.” Kata Izzati sambal menampar bahu Jenny.
Jenny tertawa. Cuma, dia masih bingung apakah adiknya itu sudah sembuh sepenuhnya ataupun hanya berbuat sembuh. Dia harus rujuk kepada doktor Kamalia.


  Jenny mengambil cuti mendadak kerana Izzati tiba-tiba meracau seorang diri pada awal pagi tadi. Dia tidak pasti apa yang sudah terjadi kepada adiknya itu. Dia telah menelefon Dr. Kamalia supaya datang ke rumah kerana keretanya masih di bengkel. Dr. Kamalia yang mendapat panggilan Jenny itu bergegas ke rumah mereka yang mengambil masa 30 minit perjalanan. Tetapi, dengan kelajuan yang dipandu oleh Dr. Kamalia, dia sampai ke rumah Jenny dan Izzati dengan hanya mengambil masa selama 15  minit.
  Dr. Kamalia menapak keluar dari kereta sejurus melihat kelibat Jenny dibalik pintu. Dia bersalaman dengan Jenny dan dipersilakan masuk oleh Jenny. Dr. Kamalia masuk ke dalan rumah kayu itu dengan berhati-hati lalu dia duduk di atas kerusi di ruang tamu.
“ Mana Izzati Jenny?” tanya Dr. Kamalia indin tahu. Jenny hanya mengeluh kecil.
“ Saya dah beri ubat penenang dekat dia tadi. Sekarang, dia tengah berehat dalam bilik. Saya risau doktor, macam mana dia boleh jadi macam ni? Sedangkan, kelmarin....”  Jenny tidak meneruskan kata-katanya. Sebaliknya dia mula mengimbas kembali terjadi semalam. ‘Ohh ya, baru aku ingat, Izzati masih belum sembuh dari lupanya itu.. patutlah dia.... tapi, kenapa dia berlagak seperti orang sudah sembuh? Argh..!’ Jenny bermonolog sendiri. Dr. Kamalia yang melihat riak muka Jenny sudah mengagak sesuatu sudah berlaku. Dia cuba menenangkan Jenny.
“ Jenny, ada sesuatu yang berlaku ka?” tanya Dr. Kamalia. Jenny hanya mengangguk perlahan. Dia harus menceritakan kerungsingan di kepalanya ini.
“ Doctor, yesterday Izzati acted like she was completely healed from her’s disease. At the first time, i thought she was. But, I realised that she didn’t remember all her memories. I’m confused doctor.” Bicara Jenny kepada Dr. Kamalia sambil bermain dengan jari-jemarinya. Menjadi satu kebiasaan kepada Jenny berbicara dalam bahasa Inggeris apabila dia rungsing dan marah.
Dr. Kamalia tersenyum. Dia lantas memegang tangan Jenny.
“ Jenny, itu satu petanda baik. Dia sudah mula menunjuk perubahan. Saya rasa, dia sudah menghampiri kesembuhan yang sepenuhnya. insyaAllah..” bicara Dr. Kamalia. Jenny yang mendengar penjelasan Dr. Kamalia itu memandang wajah Dr. Kamalia.
“ Maksud doktor? Izzati sudah hampir sembuh? Tapi, kenapa dia perlu berlakon seperti sudah sembuh? Saya tak faham doktor”
“ Herm... mungkin dia sudah penat menjadi orang tertekan. Mungkin juga Tuhan sudah memberi dia sinar baru.” Kata Dr. Kamalia dengan mengukir senyuman kepada Jenny.
“ Tapi doktor, kenapa dia tiba-tiba...” belum sempat Jenny menghabiskan kata-katanya, terdengar teriakan yang amat kuat dari dalam bilik Izzati. Mereka saling berpandangan. Jenny lekas bangun dan menuju ke bilik Izzati. Dr. Kamalia pula membontoti pergerakan Jenny.
Jenny membuka pintu bilik Izzati. Dia melihat Izzati sedang duduk di atas katil sambil menangis teresak-esak. Dia menghampiri adiknya itu. Dia memegang bahu adiknya, lalu mengusap tangisannya. Dr. Kamalia pula hanya memerhati dari pintu bilik. Dia ingin melihat perkembangan Izzati dari jauh.
“ Adik, kenapa adik nangis? ‘dia’ muncul lagi dalam penglihatan adik ka?” tanya Jenny tenang. Dia cuba menenangkan dirinya agar dapat memberikan adiknya semangat.
Izzati mengangguk kepalanya. Jenny mengeluh kecil. Dia memegang pipi adiknya supaya adiknya memandangnya. Dia melihat ke dalam anak mata adiknya.
“ Adik, adik kena kuat. Adik kena lawan ‘dia’ adik. Lawan adik. Sampai bila adik nak jadi macam ni? Adik tak kesian dekat diri adik ke?” Izzati cuba menepis pegangan kakaknya, tetapi dia tidak berdaya. Dia terlalu lemah sekarang. Dia menitis air matanya.
“ Ad.. adik.. adik tak boleh kak Jenny.. adik tak boleh.. ‘dia’ tertawakan adik kak.. ‘dia’ kata adik bodoh sebab cuba melawannya kak. ‘Dia’ kata.. ‘dia’ kata.. ‘dia’ kata adik.. adik..” dia tidak sanggup meneruskan kata-katanya.
“ ‘Dia’ kata adik apa?” ujar kak Jenny.
“ ‘Dia’ kata adik patut mati kak.” Jerit Izzati. Jenny yang mendengarnya terpampam.
“ Adik, adik jangan percaya kata-kata ‘dia’ adik. Adik, adikkan yang suruh kakak bawa adik jauh dari hospital tu. Adikkan yang kata yang adik nak sembuh seperti dulu?” Jenny menikam anak mata Izzati. Izzati terpampam. Tangisannya makin deras.
“ Adik, sia-sia usaha kakak tolong adik kalau adik masih macam ni adik.” Kata Jenny lalu melepaskan pegangannya. Dia bangkit lalu menuju ke arah pintu. Izzati menjerit nama kakaknya, tetapi Jenny memekakkan telinga. Dia melihat Dr. Kamalia di muka pintu. Sesungguhnya, dia lupa akan kehadiran doktor di sini. Dr. Kamalia membisikkan sesuatu di telinga Jenny. Jenny hanya mengangguk dan pergi.
Dr. Kamalia mula memainkan peranannya. Dia mendekati Izzati. Dia menarik tangan Izzati mengarahkan dia untuk berdiri. Izzati akur. Dr. Kamalia mula mengatur bicara.
“ Izzati, Izzati pergi bersihkan diri Izzati ya?” Kata Dr. Kamalia sambil mengusap air mata Izzati.
Izzati akur dan mengambil tuala dan mengorak langkah kearah bilik mandi. Selepas mandi dan dia mengenakan baju kurung bercorak bunga biru dan dia sarungkan tudung bawal berwarna putih dan sematkan  hujung tudung bawal  dengan pin pada bahu bajunya itu.
Dia keluar bilik dan mendapatkan Dr. Kamalia yang sedia menantinya di ruang tamu. Dia melihat kak Jenny yang menatang dulang yang berisi tiga cawan air teh dan juga tiga pinggan bihun goreng siam. ‘wah, kegemarannya ini’ monolog Izzati dalam hati. dia mengukir senyuman dan duduk di sofa bersetentang dengan Dr. Kamalia.
“ Cantiknya, Izzati. Nak ke mana ni?” puji Dr. Kamalia sebaik sahaja Izzati duduk di sofa.
“ Terima kasih doktor. Doktor lagi cantik. Izzati nak ke air terjun.” Balas Izzati
“ Izzati memang selalu ke sana ka?” tanya Dr. Kamalia lagi. Jenny menggambil tempat di sebelah Izzati. Izzati hanya mengukir senyuman.
“ Izzati selalu pergi sana. Izzati selalu tulis diari dekat sana. Rasa tenang. Tiba-tiba kak Jenny bawa makanan pula, tak jadi nak pergi lah macam ni.” Ujar Izzati sambil tertawa. Dr. Kamalia hanya tersenyum nipis. Dia gembira melihat Izzati senyum begitu. Sekurang-kurangnya, luka di hati Izzati terubat dengan senyumannya itu. Bak kata pepatah ‘Smile is the best medicine’.
“ Sedapnya, siapa yang masak ni? Kak Jenny ye?” tanya Izzati sambil menoleh kepalanya kearah kak Jenny. Jenny mengangguk. “ Yap. Kak Jenny yang masak untuk adik kesayangan kakak ni. Jemput makan adik tersayang.” Ujar kak Jenny sambil menghulurkan pinggan yang berisi bihun itu kepada Izzati. Izzati menyambutnya.
“ Eh, doktor tak dijemput ke?” kata Dr. Kamalia dengan nada merajuk. Izzati dan Jenny memalingkan muka mereka kearah Dr. Kamalia. Mereka tertawa.
“ Sorry doktor, lupa pula doktor ada. Hehehehhee... jemput makan doktor..” kata Jenny sambil tersenyum malu.
Mereka makan sambil berbual. Mereka seperti lupa akan apa yang baru terjadi. Dr. Kamalia sudah berpesan kepada Jenny supaya tidak mengukit lagi kenangan lama. Biarlah Izzati sembuh dengan sendirinya. Izzati yang tiba-tiba teringat peristiwa tadi mula memberhentikan suapannya.
“ Kak Jenny, doktor, macam mana saya nak sembuh semula ya?” tanya Izzati ingin tahu. Dia telah memasang harapan baru untuk menjadi Izzati yang baru.  Dr. Kamalia memandang Izzati. Begitu juga Jenny. Mereka agak terkejut dengan soalan Izzati. Dr. Kamalia meletakkan pinggan yang sudah licin itu di atas meja. Dia mengelap mulutnya dengan tisu dan menjawab soalan Izzati. Jenny masih lagi berdiam.
“ Kalau Izzati nak sembuh, Izzati jangan tertekan lagi ya?”
“ Owh.. tu ja ka? Senang sangat la kalau macam tu. Izzati dah tahu macam mana tak mahu jadi tertekan.” Kata Izzati sambil mengejitkan matanya ke arah kak Jenny. Kak Jenny tidak faham dengan kenyitan mata itu mengankat keningnya.
“ Macam mana Izzati tak mahu jadi tertekan? Kenapa angkat kening segala ni? Macam ada niat jahat ja Kak Jenny tengok” bicara kak Jenny. Izzati tergelak.
“ Hhehehehehhe.. Izzati tak payahlah fikir fasal ‘dia’ lagi. Izzati kena lupakan ‘dia’ la kalau macam tu. Betul tak kak Jenny?”
“ Erm.. tu betul.. so, kenyitan tu untuk apa?” tanya Jenny lagi.
“ Saja..” ujar Izzati lalu meneruskan suapannya. Kak Jenny masih bingung. Dr. Kamalia tertawa dengan reaksi mereka berdua.
Selesai  makan, Izzati meminta kebenaran untuk pergi ke air terjun. Dia duduk di batu besar yang manjadi tempatnya itu lalu membuka diarinya itu. dia mengeluarkan pen yang terselit di sisi buku itu lalu menulis sesuatu dalam buku tersebut.

Dear Diary,
Hari ni aku nak mula hidup baru. Aku nak lupakan ‘dia’ dan tak mahu ingatkan ‘dia’ lagi.
Ya Allah, bantulah hambamu ini... Amin.
p/s : I will be strong enough to fight  you someday!

Izzati menutup diarinya dan berjalan pulang ke rumah. Dia bernyanyi sambil berjalan pulang. Dia menyanyikan lagu the climb nyanyian Miley Cyrus.
I can almost see it,
The dream I'm dreamin'
But there's a voice inside my head sayin'
You'll never reach it

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep tryin'
Gotta keep my head held high
There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a up-hill battle
Sometimes were gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/h/hannah_montana/the_climb.html ]
The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes it might knock me down
But, No, I'm not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember Most, yeah
Just gotta keep goin'

And, I, I got to be Strong
Just Keep pushing, oh
'Cause there's always gonna be another mountain
Were always gonna wanna make it move
Always gonna be a up-hill battle
Sometimes were gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's The Climb

Yeah

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a up-hill battle
Sometimes were gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

Keep on movin'
Keep climbin'
Keep the faith baby
It's all about
It's all about
The climb
Keep the faith, keep your faith woah




OLDER POST / NEWER POST