The Fairytales

Home about Linkies Stuff
Be Mine 4
Khamis, 23 Februari 2012 | 8:42 PG | 0 Bubles



Aku menjemur pakaian di ampaian. Mia pula sedang menyiram pokok bunga. Kak Jenny hilang entah ke mana. Mungkin sedang bersiap-siap untuk ke hospital. Hari ini, kak Jenny ganti kawannya. Kak Jenny keluar dari rumah lalu menyarungkan kasut putihnya. Dia melangkah kearah kereta kelisanya. Mia memandang kak Jenny dengan senyuman. Aku menuju ke arah kak Jenny. Dia melihat aku dengan tersenyum.
“ Kak Jenny pergi dulu ya Izzati, Mia.” Kata kak Jenny. Kami hanya mengganguk. Aku menyalam tangan kak Jenny. Begitu juga Mia. Sebelum kak Jenny melangkah masuk. Mia  berkata.
“ Mia nak balik rumah abah malam ni boleh tak? Rindu dekat mereka.” Kata Mia. Aku memandang Mia. Baru dua hari berpisah dah rindu? Ok, aku paham.
“ Owh. Baru nak ajak Mia pergi jemputan kawan kak Jenny.” Kata kak Jenny. Aku memandang pelik.
“ Jemputan? Kak Jenny tak bagi tahu apa-apa pun.” Kataku.
“ Kak Jenny ingatkan masa balik baru nak bagi tahu. Tapi, dah Mia nak balik malam ni. Tak jadilah.” Kata kak Jenny.
“ Tak pa kak Jenny. Abang Mia datang ambil.” Kata Mia.
“ Tak menyuusahkan abang Mia ke?” tanya kak Jenny.
“ Tak. Lagipun, abang Mia suruh teman dia beli barang sikit. Kak Jenny boleh pergi dengan Izzati.”
“ Owhh oke. Bila abang Mia nak jemput?”
“ dalam pukul 3.” Kata Mia. Aku memandangnya,
“ Awalnya abang kau datang ambil. Aku duduk sorang la kalau kau balik. Ni tak best ni.” Kata aku. Mereka memandang aku.
“ Izzati, kak Jenny balik tengah hari lah.” kata kak Jenny seloroh. Aku lega. Mia hanya tertawa.
“ ok lah, kak Jenny berangkat dulu. Bye Mia, Izzati.” Kata kak Jenny lalu masuk ke dalam kereta dan menghidupkan keretanya.
Aku kembali menyidai pakaian. Mia mengikuti langkahku. Dia duduk di bangku yang berdekatan. Dia hanya memerhatikan tingkahku. Aku berasa rimas diperhatikan lalu aku menoleh ke arahnya. Aku menjegilkan mata. Dia tersenyum.
“ Kau kenapa tengok aku Mia?” tanya aku memberhentikan gerak tangan daripada menyidai baju. Dia tersenyum hambar. Hah, ni ada pula ni?
“ Aku.. aku..” kata Mia tergagap-gagap. Aku duduk di sebelah Mia lalu memandangnya.
“ Kau ada masalah ke?” tanya aku. Aku melihat riak wajah dia. Dia begitu gusar sekali.
“ Kau cerita la kat aku. Mana tahu aku boleh tolong kau.” Kata aku memujuk. Dia memandang ke arah aku.
“ Ermm.. aku takut kau tak nak nanti.”
“ Tak lah.. kalau benda tak betul baru aku tak nak. Cer citer cer citer.. cepatla. Kain tak habis sidai lagi tu.” Kata aku sambil memuncungkan mulut ke arah pakaian yang ada di dalam bakul. Dia mengambil nafas.
“ Aku nak keluar date. So, aku nak ajak kau.” Kata Mia. Aku mengangkat kening.
“ Kau nak date pergilah. Kenapa nak ajak aku pulak? Kau jangan kata...” aku tidak menyambung ayat itu. aku tahu Mia tahu apa yang ingin aku katakan.
“ Ish kau ni Izzati. Aku bukan macam tu la. Kalau berdua mesti ada yang ketiga. So, aku nak ajak kau teman aku.” Kata Mia menyakinkan aku. Aku mengangkat kening lagi.
“ Kalau aku ikut, aku lah orang ketiga tu. Eh, setahu aku orang ketiga ketika orang berdua ialah syaitan! Mia.. kau kata aku syaitan ehh?” kata aku sedikit meninggi. Mia menggeleng perlahan.
“ Izzati. Kenapa kau blur sangat ni? Maksud aku, aku ajak kau supaya ‘orang ketiga’ tu tak ...”
“ Owhh, aku faham. So, kau suruh aku teman lah ni?” Mia mengangguk laju. Aku juga begitu perlahan. Dia tersenyum lalu memeluk aku. “Thanks Izzati. Aku sayang kau,”
“ Sama-sama dan aku tau kau sayang aku. Tapi, kita kena balik sebelum pukul 11 lah.” kata aku. Mia mengangguk lagi. Aku mengukir tanda janji.

*
Mia dan aku berjalan masuk ke dalam Berjaya Times Square. Kekasihnya hatinya sedang menunggu di Vivo Pizza. Kami mempercepat langkah ke Vivo Pizza. Setibanya di sana, Mia dapat menangkap kelibat kekasihnya dan dia menarik lengan aku untuk menuju ke arah kekasih hatinya itu. kekasihnya tersenyum apabila melihat kami menghampiri mereka. Aku agak gementar apabila ingin berjumpa dengan kekasih Mia ni. tetapi, kerana Mia aku cuba mengikis rasa gentar itu. Mia mempercepat langkahnya sambil menarik lengan aku supaya melajukan langkah. Aku hanya mengikutnya.
Aku menarik kerusi dan melabuhkan punggung manakala Mia duduk selepas kerusinya ditarik oleh kekasihnya supaya dia boleh duduk. Mereka seperti setahun tak berjumpa. Apabila dapat berjumpa, gembira tak terkata. Aku hanya membatukan diri manakala Mia dan kekasihnya rancak berbual. Mereka melepaskan rindu masing-masing. Heh, kalah pasangan suami isteri melepaskan rindunya.

Selepas memakan dua keping pizza dan menghirup sedikit minuman bergas. Aku suddah tidak betah. Aku nak berjalan-jalan supaya hilang bosan yang telah melanda sejak beberapa lama menjadi batu yang bernafas. Aku mendehem apabila mereka masih rancak berbual. Mereka berdua menoleh ke arah aku. Mia mengangkat keningnya.
“ Kau kenapa Izzati? Nak kacau daun kah? Nanti kejap ya...” ujar Mia kepadaku. Aku membuntangkan mata. Kacau daun? Apakah?
“ Aku nak naik tingkat atas kejap. Aku nak pergi beli hadiah untuk kawan kak Jenny.” Kata aku dengan nada memerli. Aku perli dia ke? Entah la.. Mia memandang aku dengan muka merayu supaya aku tidak pergi. Aku mengangkat kening.
“ Aku tak mau kacau daun kau yang tengah menghijau ni.” perli aku lalu bangun dari dudukku. Kekasihnya hanya memandang aku dengan senyuman.
“ Nanti Izzati tunggu kami dekat pintu masuk lah ya?” kata kekasih Mia yang dikenali sebagai Firdaus.
Aku hanya mengangguk. Lantaklah tunggu depan pintu ka belakang pintu ka. aku nak pergi berjalan-jalan daripada duduk jadi batu je dekat situ. Mia melambaikan tangannya ke arah aku apabila aku mula mengorak langkah. Mukanya masih mencuka. Aku tersenyum. Tadi kata aku kacau daun, apabila aku nak pergi, buat drama pula. Pelik betul aku dengan Mia ni.
Aku melangkah keluar dan berjalan menuju kearah tangga yang disediakan. Walaupun terdapat lif tetapi aku malas hendak menunggu lif itu sampai. Aku lebih suka berjalan kaki, boleh exercise sekali. Aku berjalan-jalan di tingkat dua itu. aku masuk dan keluar kedai tanpa membeli apa-apa. Aku ingin beli sesuatu tetapi tidak tahu ingin membeli apa-apa. Aku lantas mengeluar telefon bimbit dari tas tanganku dan mendail nombor kak Jenny. Mana tahu, kak Jenny boleh beri tahu aku apa yang perlu dibeli untuk diberi semasa pergi ke tempat ‘jemputan’ kak Jenny itu. aku berhenti di suatu kedai yang penuh dengan pelbagai jenis cenderemata. Aku hanya melihat dari arah luar. Tidak ramai orang di dalamnya. Kak Jenny mengangkat telefon. Aku dapat menangkap suara doktor sedang bercakap dengan nurse. Mungkin kak Jenny tengah sibuk.
“ Sorry kak Jenny mengganggu.”
“ Tak apa. Izzati nak apa?” nada kak Jenny seperti ingin cepat.
“ Erm.. jemputan malam ni jemputan tentang apa ya kak Jenny?” tanya aku.
“ Owh.. jemputan Aidil. Abang dia balik dari oversea. Lagipun, esok hari jadi mereka.” Kata kak Jenny seperti memberi menerangan. Aku hanya mengangguk walaupun kak Jenny tidak dapat melihatnya. Orang yang berada di sekeliling aku seperti tidak mengendahkan tingkah aku. Tetapi, aku dapat menangkap sepasang mata yang memandang ke arah aku dengan tajamnya. Aku seperti pernah nampak orang tu. Tapi, di mana?
“ Aidil mana kak Jenny?”
“ Ish la budak ni. Aidil yang hampir langgar Izzati hari itu la.” Kata kak Jenny. Aku terkejut.
“ Hah? Tak nak pergi lah” kata aku dengan nada yang meninggi. Orang yang lalu dihadapan aku hanya memandang pelik. Aku hanya tersenyum sumbing.
“ Izzati kena pergi. Dia ajak Izzati pergi. Dia kata nak minta maaf sekali lagi.”
“ Eh, hari tu dah minta maaf dah. Dah la..”
“ Izzati. Kak Jenny kata pergi. Pergi. Jangan nak bantah.” Kak Jenny sudah marah. Ni yang aku tak suka ni, nak mengarah pula. Aku hanya mendengus kasar.
“ Izzati, tolong beli hadiah untuk abang dia ya? Kak Jenny dah beli untuk Aidil. Cuma, untuk abangnya belum lagi. Terlupa pula.” Kata kak Jenny. Nadanya kembali seperti biasa.
“ Hermm.. tengoklah. Ok lah kak Jenny. Bye.” Kata aku malas lalu menutup telefon tanpa menunggu kak Jenny mengatakan bye juga. Aku geram lalu mengoffkan telefon.
Aku memandang kedai di depan aku. Aku masuk dengan malasnya. Aku membelek barangan yang dipaparkan. Pelbagai barang ada. Aku hanya melihat yang mana sesuai untuk abang kepada Aidil itu. haish, tua-tua nak hadiah juga ka? eh, bukan aku ka yang mengedik nak cari hadiah tadi? itu tadi ok. Sebentar tadi! aku hanya mendengus perlahan. Pekerja yang memakai uniform kedai itu menuju ke arah aku. Aku hanya memandang dengan senyuman.
“ Adik cari hadiah ya?” tanya pekerja itu.
“ Ya. Hadiah hari jadi untuk orang tua.” Kata aku malas. Senyuman masih aku ukir. Pekerja itu ketawa kecil. Lalu dia mencadangkan aku untuk membeli buku dan pen. Dia kata. Orang yang dah berumur ni juga mencatit. Betul ke? aku pun tak tahu. Dia juga mencadangkan aku membeli set buku yang disertakan bersama pen dan juga ada mug. Mungkin boleh menulis sambil minum. Dia juga berkata itu limited edition. Baru sampai dan hanya terdapat satu di kedainya. Aku pada mulanya tidak ingin membelinya kerana mahal sangat, RM150 kot.. pokai la aku. Tapi, pekerja itu akan memberi aku diskaun. Jadi, RM125. Aku pun, malas hendak mendengar pujukannya. Aku beli sajalah.  Dia membungkus hadiah itu dengan pembalut yang cukup cantik, warna biru yang sesuai untuk lelaki. Setelah membuat bayaran, aku keluar dari kedai itu. mata yang memandang aku tadi masih memandang aku. Aku takut juga kalau dia tu orang jahat. Tetapi, tidak nampak macam orang jahat. Lebih nampak seperti orang kaya kerek. Yalah, tengok sajalah pakaiannya. T-shirt polo biru bersama jeans. Bajet macho ke tu? Tetapi, aku betul seperti penah nampak orang tu. Badannya aku hafal sangat. Dan mukanya ada iras.. iras.. Aidil! Tak kan, ni Aidil kot? Bukan Aidil tu badan dia tak sasa macam ni ka?
Aku berdiri kaku di situ, berhadapan dengan mata yang tajam itu. dia merenung aku dengan renungan yang tajam. Boleh luka kalau tersentuh dengan renungan dia itu. Aku membuat keputusan untuk berlalu saja. Dia lalu memanggil aku.
“ Hoi.” Dia melaung. Aku tahu dia memanggil aku. Tetapi, aku buat tak endah. Ada ka nak panggil orang sebut Hoi? Dia ingat aku tak da nama ka? aku meneruskan langkah aku.  Langkah aku mendadak berhenti apabila ada tangan yang merentap lenganku. Aku menjadi marah lalu memalingkan muka kebelakang untuk mengetahui siapa gerangan yang telah berani mati merentap tangan aku. Sebaik sahaja aku memalingkan muka, kepala aku berlaga dagu si perentap lengan. Aku mengaduk sakit. Ouch, sakit gila. Dagu orang ni dagu batu ka apa? Keras gila. Arhh, jangan lah kepala aku lebam sudah. Orang yang merentap tangan aku itu segera melepaskan tangan aku. Aku memandang wajahnya. Hah, orang lelaki tadi. Ish, dia nak apa lagi ni? aku memanahkan renungan tajam ke dalam matanya. Dia apa lagi, lagi tajam renungannya, renungan aku lantas lesap. Bagai hilang dek diragut seseorang. Aku hanya memandang ke hadapan iaitu dada lelaki itu. aku tak tahu apa reaksi dia sekarang. Aku menapak kebelakang beberapa langkah supaya kami tidak dalam jaran 10 inch lagi.
 Aku mencari jalan untuk lari dari tempat itu. aku lantas memikir kemana yang aku harus pergi. Hah, Mia suruh aku tunggu dekat pintu masuk tadi. yes, bagus. Aku cepat-cepat memandang wajahnya, renungannya masih tajam dan panahan dia menusuk betul-betul ke dalam mataku. Aku menjadi resah. Lalu aku memberanikan diri untuk membuka mulut daripada berdiri dan bertindak seperti Charlie Chaplin.
“ Er.. saya minta maaf.” Kata aku walaupun aku tahu itu bukan salah aku. Aku lantas memalingkan badan aku kebelakang dan terus berjalan laju. Lelaki tadi seperti terkejut apabila aku meminta maaf kepadanya, dia juga tidak merentap tangan aku lagi. Aku lega lalu berjalan laju menuju ke arah pintu utama. Mungkin Mia dan Firdaus sedang menunggu atau mereka sudah balik tanpa aku? Kalau macam tu, memang kena istiharkan perang dingin dengan Mia sebab dia yang beria-ria ajak aku balik. Aku mencari telefon bimbit aku di dalam beg. Setelah aku mengeluarkan telefon bimbit aku lantas mengaktifkan kembali telefon aku. Tidak lama kemudian, terdapat banyak sms masuk. Wow, baru off tak sampai dua jam dah berpuluh-puluh sms masuk. Aku membuka semua sms tersebut. Semuanya daripada Mia dan disertakan dengan 47 kali missed call? Aku lantas membaca sms yang Mia hantarkan.
Izzati. Kau ke mana? Aku dengan Firdaus tengah tunggu kau  ni. cepat sikit.
Mia menghantar sms itu pada pukul 10.45.aku melihat jam di tangan, 11.30. aik, lamanya. Ya lah, aku off telefon tadi. aku baca lagi smsnya yang lain.
Izzati. Kenapa tak datang lagi? Cepat la. Firdaus ada hal lain ni.
Aku mempercepat langkah aku ke pintu utama. Apabila aku sampai, tiada pun kelibat Mia ataupun Firdaus. Entah-entah mereka dah tinggalkan aku? Oh, no! Aku nak balik naik apa? Aku baca lagi sms yang lain.
Kau kenapa tak datang lagi ni? kenapa off phone ni? aku bagi masa kau 5 minit. Kalau kau tak datang juga, aku balik dulu.
Aku mengeluh. Sah la mereka dah tinggalkan aku. Apa punya kawan la ni. ni harus melancarkan perang dingin dengan serta merta. Aku mengeluh lagi. Kali ini lebih deras. Namun, tiada siapa yang pedulikan aku. Aku menuju ke dinding dan menyandarkan badan di situ. Aku membaca lagi sms yang lain pula.
Sorry Izzati. Abang aku tiba-tiba datang ambil. Firdaus pula balik dah. Dia kata dia ada emergency. Kes keluarga katanya. Sorry dear. Kau balik naik teksi ye? Sorry.
Aku baca mesej itu lalu menyimpan telefon di dalam beg. Aku mengeluh. Haish,  kena tahan teksi pula. Apa kata aku naik bas? Ada ka bas time ni? nanti kena tunggu pula. Haish, kenapa susah sangat nak buat keputusan ni? aku berjalan menuju ke jalan raya dengan niat nak tahan teksi. Tahan ja lah. setalah lima minit menunggu teksi , aku lantas menahan sebuah teksi dan teksi itu membawa aku pulang ke rumah. aku penat sekali. Apabila aku pulang, lantas aku pergi ke dapur dan meneguk air putih banyak-banyak. Dah la panas cuaca sekarang. Aku membuka tudung lalu membawanya ke dalam bilik. Aku merebahkan badan di atas katil dan memejamkan mata. Tanpa aku sedar, aku terlena.
 Aku membuka mata apabila telefon bimbit aku bernyanyi lagu Avril Lavigne – What the hell. Kak Jenny call nak apa ya? Aku dengan lambatnya menjawab panggilan tersebut. Mata masih aku pejamkan. Penat sungguh hari ini. Jalan tak sampai sejam dah letih nak mati. Macam mana ni? aku dengar suara kak Jenny di talian. Aku hanya mengganguk sambil menggiakan segalanya. Aku pun tak pasti apa yang kak Jenny beritahu aku tu. Yang pasti, aku rasa dia tak balik makan. Biarlah, aku tahu kak Jenny tu berusaha nak balik makan kat rumah, macam lah tiada kafeteria dekat hospital tu. Apa-apa ja lah kak Jenny ni.
Aku menggosok-gosok mata apabila aku dengar azan berkumandang. Aku bangun lalu masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk. Seterusnya, aku solat zuhur dan membaca al-Quran. Itulah rutin aku jikalau aku ada masa lapang. Aku sememangnya kebosanan semenjak baik daripada sakit. So, aku baca lah al-Quran. Sekurang-kurangnya tenanglah hati dan dapat pahala lebih. insyaAllah.
Selepas membaca beberapa muka surat aku berhenti lalu menutup al-Quran dan menadah tangan untuk berdoa. Aku pinta supaya aku tidak melupakan al-Quran ini dan segala isi dan ajarannya. Aku pergi ke dapur untuk melihat apa  yang boleh dimakan. aku membuka kabinet dapur dan melihat mee segera perisa tomyam. Aku lantas mengambil sebungkus mee segera itu dan menjerang air panas.

*

“ Izzati, cepat la sikit. Lambat dah ni..” laung kak Jenny dari tingkat bawah. Aku mempercepat langkah kaki aku. Aku cepat-cepat turun tangga. Aku hampir tergelincir akibat terpijak kain aku sendiri tetapi nasib baik kak Jenny sempat menyambar tangan aku. Aku hanya menarik nafas lega. Kak Jenny membuntangkan matanya ke arah aku. Aku hanya tersenyum lalu terus keluar rumah dan menyarung kasut.
Kak Jenny hanya mengikut langkah aku lalu mengunci pintu. Dia menghidupkan kereta dan menuju ke rumah kawannya. Aku hanya mendengar radio dan suasana sunyi di dalam kereta. Tanpa aku sedar, kereta kak Jenny sudah diparkirkan di sebelah kereta yang lain. Aku hanya memandang kak Jenny dengan riak muka menanyakan kita dah sampai? Kak Jenny hanya menggangguk.
Aku lantas membuka pintu dan keluar. Kak Jenny mengunci kereta. Kami berjalan beriringan ke dalam rumah tersebut. Besar gila. Tak terkata betapa besarnya rumah kawan kak Jenny ni. terdapat ramai orang di situ. Crowded gila kot. Ni macam artis buat kenduri je rupa. Tapi, nak kata artis tak popular pula, aku pun tak kenal. Kak Jenny menarik aku menuju ke arah seseorang. Aku hanya melihat orang itu dari jauh. Aidil! Aidil kawan kak Jenny? Ya lah, kawan seuni. Apalah, aku lupa.
“ Selamat datang Jenny, Izzati.” Kata Aidil ramah. Aku hanya tersenyum kepadanya.
“ Sorry lambat. Izzati ni hah, lambat sangat bersiap.” Kata kak Jenny sambil mencubit aku. Aku hanya ketawa tipu. Kak Jenny ni nak memalukan aku di depan kawan dia ni. ish, memalukan betul.  Aidil ketawa besar.
“ Patutlah berseri-seri Izzati malam ni.” aku terbuntang mata. Aku hampir membaling beg tangan aku kepadanya namun dihalang kak Jenny.
“ Izzati. Please show your respect toward him. He’s older than you.” Kak Jenny membisik dengan nada yang keras ke telinga aku. Aku hanya mengangguk. Aku Cuma nak melawak ja. Aku kecil hati dengan kak Jenny. Aidil yang melihat kak Jenny berbisik kepadaku Cuma mencelah.
“ It’s ok, Jenny. She just do it for fun. I love it. She’s like my sister.” Kata Aidil cuba menyakinkan kak Jenny. Aku hanya melemparkan pandangan ke arah orang yang sedang mengambil makanan. Kak Jenny menarik nafas.
“ Jemputlah makan.” Kata Aidil kepada kami. Aku baru teringat akan hadiah yang aku bawa dan berada di dalam kereta. Aku hanya teringat apabila melihat kak Jenny mengeluarkan hadiah dari tas tangannya. Aku menarik tangan kak Jenny.
“ Kak Jenny, nak kunci kereta.” Kata aku dengan bisikan.
“ Nak buat apa?” kata kak Jenny dengan nada pelik.
“ Nak ambil hadiah, terlupa. Ada dekat seat belakang.” Kata aku. Kak Jenny tanpa banyak kata terus mengeluarkan kunci keretanya dan memberikan kepada aku. Aku tersenyum lalu mengarah langkah keluar daripada bungalow besar itu.
Setibanya di kereta, aku membuka kereta dan mengambil hadiah tersebut. Aku duduk di seat di belakang lalu mengeluarkan telefon bimbit dan mendail nombor Mia. Aku hendak melepaskan sedih aku kepada dia. Talian tidak dapat disambung. Mungkin Mia berada sudah berada di kampung. Herm, sedihnya. Tak dapat nak melepaskan perasaan. Aku dengan kecewanya, menutup kereta dan menguncinya. Aku mengorak langkah perlahan munuju ke rumah yang sama.
Aku berjalan sambil memandang ke bawah. Tiba-tiba, aku terlanggar seseorang. Aku cepat-cepat memandang wajah orang yang baru aku terlanggar tadi. perempuan. Nasib baik. Muda lagi rupanya. Dia memandang wajah aku dan aku juga begitu.
“ Maaf adik. Tak sengaja. Maaf sangat-sangat.” Kata aku memohon maaf. Aku tidak tahu apa perasaan dia terhadap aku sekarang. Marah agaknya. Aku takut juga kalau ada apa-apa yang rosak dengan dia atau bajunya ataupun perhiasannya, ya lah, orang kaya. Selalunya sombong kan.
“ Tak apa. Salah saya juga sebab tak tengok depan tadi. asyik sms je. Ni lah akibatnya.” Katanya mengaku salahnya. Nasib baik dia tak marah.
“ Terima kasih.” Kata aku lalu mengukir senyuman. Dia juga begitu.
“ Tak pernah nampak kakak pun sebelum ni. jemputan sapa ya?” tanyanya dengan mengangkat keningnya.
“ Oh, saya teman kakak saya. Dia jemputan abang Aidil.” Kata aku. Dia tersenyum lagi.
“ Owh, abang saya abang Aidil. Tak apalah, jom pergi makan.” Ajaknya. Dia begitu mesra sekali. Seperti sudah kenal lama. Aku hanya mengikut langkahnya apabila dia menarik lengan aku. Kami menuju ke arah kak Jenny dan Aidil. Aku hanya tersenyum.
“ Abang Aidil!” ujar gadis di sebelah aku ini. Aidil hanya tersenyum melihat gadis itu. kak Jenny juga tersenyum.
“ Hah adik, buat apa dengan Izzati ni, sejak bila kenal?” tanya Aidil kepada gadis disebelah aku.
“ kenal baru je tadi. terlanggar dia tadi. ni, nak ajak dia makan. Kan kak Izzati.” Kata gadis tersebut kepada aku. Aku hanya mengangguk.
“ Oh, kak Jenny, nak kunci kereta.” Kata aku kepada kak Jenny sambil menghulur kunci kereta.
“ Dah ambil hadiah tu?” tanya kak Jenny sambil menyambut kunci kereta. Gadis yang disebelah aku tadi sudah pergi mengambil makanan.
“ Dah. Ni dia.” Kata aku sambil menunjukkan hadiah yang aku pegang kepada kak Jenny. Setelah itu, adik Aidil datang kepadaku sambil membawa dua buah pinggan yang berisi makanan. Dia menuju ke arah aku dengan senyuman yang tak lekang di wajahnya. Bajunya yang agak sendat itu menyukarnya itu berjalan laju. Aku menghampirinya setelah meminta izin kepada kak Jenny untuk berlalu pergi.  Aku mengambil pinggan di tangannya. Dia tersenyum
“ Thanks kak Izzati.”
“ Sama-sama. Ermm, kita nak duduk mana ni?” kata aku apabila melihat semua kerusi sudah dipenuhi. Cuma, satu meja yang ada kosong empat tempat kosong  tetapi seperti orang besar yang duduk situ.Gadis itu melilaukan matanya mencari tempat.
“ Jom ikut adik” katanya kepada aku. Dia menuju ke arah meja yang ada kekosongan itu. aku tergamam. Haih, tak kan nak ikut. Aku macam takut nak pergi situ. Rasa macam sesuatu akan berlaku. Haih, perasaan ni dah datang, tapi, gadis itu sudah memanggil nama aku dari jauh untuk datang kepadanya yang sudah duduk di kerusi itu. banyak mata yang memandang aku akibat jeritan gadis itu yang agak kuat. Aku dengan perlahannya, melangkah ke meja tersebut. Kenapa perasaan aku tak sedap ni? adakah sesuatu akan berlaku? Ya Allah, tolonglah aku. Tenangkanlah hati aku. 

OLDER POST / NEWER POST