" Adik boleh keluar petang nanti." Kata seorang jururawat kepada seorang gadis yang terbaring si atas katil hospital. Gadis itu tersenyum kepada jururawat itu.
" Gembiranya boleh keluar hospital." Kata gadis itu. Jururawat tadi memandang gadis itu dengan senyuman di bibir.
" Baguslah. Tapi, adik kena ingat, adik kena datang lagi minggu depan."
" Herm... adik tahu." Kata gadis itu dengan senyuman walaupun hatinya sedang menangis. Doktor telah mengesahkan bahawa dia menghidap kanser otak dan itu telah meragut kebahagiaannya. Walaupun sukar, dia terpaksa menerima hakikat itu.
" Nanti ibu datang ambil. Kakak dah kemaskan barang adik." Kata jururawat itu sambil meletakkan beg yang berisi baju di sofa bilik itu.
" Terima kasih kakak." Kata gadis itu. Jururawat itu hanya tersenyum dan meminta diri untuk keluar. Gadis itu hanya membalas dengan anggukan.
Suasana di taman tema itu sangat meriah. Kelihatan pasangan kekasih beriringan bermain permainan yang disediakan. Tidak kurangnya yang hanya berjalan-jalan di sekeliling taman tema itu. Aku berjalan menuju ke arah kedai yang menjual gula-gula kapas. Langkah aku berhenti apabila mendengar sorakan yang kuat dari arah belakang yang semakin menuju ke depan. Aku menoleh ke belakang dan melihat sekumpulan besar wanita sedang menjerit " Woah 2PM! 2PM!" sambil berlari -lari menuju ke arah sekumpulan lelaki. Aku memandang ke arah kumpulan lelaki itu. Aku seperti kenal kumpulan itu tetapi aku lupa.
Kepala aku berdenyut sakit, mungkin kerana terlalu memaksa otak untuk bekerja memikirkan siapakah sekumpulan lelaki itu. Aku memegang kepala yan berdenyut-denyut. Tiba-tiba, aku dirempuh oleh seorang wanita yang berlari ke arah kumpulan itu. Aku yang tidak dapat mengimbangkang badan tersungkur ke jalan yang bertar itu. Aku mengaduh sakit apabila merasa perih di bahagian lutut dan tapak tanganku. Aku melihat tapak tanganku, luka! dan pasti lutut aku pun juga turut terluka. Tanpa aku sedar, ada seseorang sedang berdiri dihadapanku. Aku memandang ke arah orang itu. " Woo Young" Kata aku perlahan selepas mengenal pasti bahawa dia ialah salah seorang daripada anggota kumpulan 2PM. Dia melutut sambil tersenyum. " Mari saya tolong". Kata dia seraya membantu aku bangun. Aku dapat melihat bahawa ada beberapa orang gadis yang berada di belakang Woo Young sedang bercakap sesama sendiri sambil memandang ke arah aku. Ahli kumpulan yang lain sedang sibuk melayan peminat masing-masing.
Aku mengibas-ngibas belakang kainku. WooYoung hanya tersenyum melihat aku. Aku memandangnya dan mengucapkan terima kasih.
" Awak ok tak? Ada luka-luka tak?" Tanya dia sambil melihat aku atas bawah. Dia melihat aku yang memegang tapak tangan menahan oerih.
" Kain awak koyak sikit." Katanya sambil memandang lutut aku. Aku cepat-cepat melihat lutut aku.
" Oh my.." kataku spontan selepasku melihat koyakan yang kecil itu. Terdapat tompokan darah di sekitar koyakan itu. Dia mendekati aku lalu memegang tangan aku dan melihatnya. Aku terpana.
" Jom saya ubatkan luka awak." Katanya selamba.
" Tapi, kawan awak? peminat awak?" Kata aku sambil memandang para peminatnya yang bercakap tanpa henti itu. Ahli kumpulan 2PM yang lain pula sedang asyik melayan peminat dengan menangkap gambar, menurunkan tandatangan dan ada yang minta keluar date? WooYoung masih melihat aku.
" Tak apa. Mereka tak kisah." Katanya selamba
" Tapi.."
" Jomlah. Nanti luka awak tu kena kuman." Dia memotong kataku. Dia memberitahu sesuatu kepada kawannya dan mereka hanya tersenyum dan tertawa. Para peminat WooYoung hampa kerana tidak dapat bertemu ramah dengan WooYoung. WooYoung menarik tangan aku dan menuju ke arah bangku yang berada di bawah sepohon pokok sakura. Dia membelek-belek tanganku yang luka. Dia menekan sedikit lukaku. Aku mengaduh kesakitan lalu menarik tanganku dari pegangannya.
Dia memandang aku dengan riak muka bersalah.
" Sorry, tak sengaja..eh, sengaja sebenarnya. eh, tak tak, saya tak sengaja, eh.."
" Awak..awak. Tak apa. Saya tak marah." Kata aku kepadanya setelah dia tidak tahu sama ada dia sengaja atau tidak. Mungkin dia sengaja, mungkin tidak.
" Kena ubatkanlah luka awak ni. Tapi, saya tak ada ubat. Erm, nak cari mana ya?" Dia berkata sambil matanya meliar memandang tempat yang boleh dibeli ubat. Aku melihat dia yang meninjau kepalanya. Aku ketawa. Dia memandang aku pelik, dahi dikerutkannya.
" Saya ada bawa plaster. Jangan risau." Kata aku kepada dia. Aku mengambil beg aku di sebelah kerusi itu. Aku membuka zip beg dan mengeluarkan sebotol air mineral dan tisu. Dia hanya memandang pergerakan aku. Aku mencari plaster di dalam beg tetapi tidak jumpa. Beg yang sederhana besar yang diisi dengan pelbagai khazanah ini menyukarkan aku mencari kotak plaster. WooYoung yang memandang aku ingin menawarkan khidmat pertolongannya untuk mencari kotak plaster itu. Dia menarik beg aku selepas aku menolak pelawaannya.
Aku menarik balik beg itu dan beg itu terjatuh ke bumi selepas tangkai beg yang dipegang terputus. Barang-barang yang berada di dalam beg aku terkeluar. Beberapa botol ubat juga turut terkeluar. Kotak plaster juga terkeluar daripada beg ini.
WooYoung menunduk ke bawah untuk mengutip barang yang terkeluar. Aku juga membuat sedemikian. WooYoung mengutip botol yang ingin terus bergolek mengikut geraknya. Aku yang memegang kotak plaster memandang WooYoung yang berkerut dahinya sambil membelek-belek botol ubat itu.
" Ubat apa ni?" Tanyanya kepadaku lalu menghulurkan botol ubat itu kepada aku. Aku mengambilnya dan memasukkan ke dalam beg.
" Erm, ubatlah." itu sahaja yang mampu aku jawab kerana aku tidak tahu jawapan apa lagi yang sesuai untuk aku nyatakan. Dia memandang aku pelik lalu menjungkit bahu. Selesai mengutip barang yang terjatuh, kami dudul kembali di kerusi. Aku mula membasahkan tisu dengan air mineral dan menekap ke tempat luka. Aku menahan pedih. WooYoung tiba-tiba mengambil tisu yang berada di tangan kananku lalu dia menolong aku membersihkan luka. Dia jugalah yang melekatkan plaster ke tempat luka.
" Ok, dah selesai." Kara WooYoung sambil memandang wajah aku dengan senyuman. Aku membalas senyumannya.
" Terima kasih."
" Sama-sama"
" Erm, saya nak minta maaf sebab dah susahkan awak." Kata aku sambil memasukkan tisu, botol air, dan kotak plaster ke dalam beg. Dia masih lagi memandang aku.
" Awak silap ni, sayalah yang kena minta maaf sebab dah putuskan tali beg awak. Maafkan saya?" WooYoung berkata lalu menyusun 10 jari tanda minta maaf.
" Tak apa. Bukan salah awak. Lagipun beg ni dah lama." Kata aku kepadanya.
" Tapi salah saya jugakan? Kalau saya tak tarik, taklah putus tali beg tu." Woo Young masih mengatakan bahawa dialah yang bersalah.
" Herm, yalah, salah awak." Kata aku, tidak ingin lagi mendengar dirinya disalahkan. Dia tersenyum.
" Maafkan saya?" Tanya dia sambil mengenyitkan mata kepadaku. Aku ketawa.
" Ya. Saya maafkan."
" Saya tak tahu nama awak tapi awak tahu nama saya. Ini tidak adil." Kata dia lalu tersenyum.
" Nama saya Lee Ji Eun" Kata aku lalu menghulurkan tangan tanda ingin berkenalan?
" Saya WooYoung. Selamat berkenalan." Katanya lalu menyambut salamku.
" Selamat berkenalan juga." Kata aku lalu tersenyum kepadanya. Suasana senyap seketika. Hanya kedengaran suara para pengunjung taman tema yang keseronokan. WooYoung berdiri dan menghadap aku. Aku terkejut dengan tindakan dia lalu memandangnya yang berdiri di hadapan aku.
" Jom jalan-jalan." Kata WooYoung.
" Jalan-jalan?" Tanya aku bodoh.
" Ya, jalan-jalan. Rugilah kalau datang sini tapi tak pergi jelajah satu taman tema ni." Katanya sambil mendepakan kedua belah tangannya dan membuat satu pusingan. Pelik!
" Owh, awak pergilah. Mesti kawan-kawan awak tengah tunggu awak dekat mana-mana" Kata aku apabila teringatkan kawannya yang lain.
" Mana-mana? Mana-mana tu dekat mana?" Tanyanya. Aku menjungkitkan bahu.
" Dahla. Jomlah kita jalan-jalan. Saya mesej kawan saya kata jumpa dekat kereta lepas habis jalan-jalan." Katanya lalu mengeluarkan iPhonenya dari poket jaketnya dan menaip sesuatu. Selepas selesai, dia memasukkan kembali iPhone ke dalam poket jaketnya.
" Ok, dah siap. jom."
" Tapi.."
" Tak ada tapi-tapi. Jom" Kata WooYoung menarik tangan aku dan kami berjalan beriringan menjelajah satu taman tema itu.
***
Aku merenung keluar jendela. Aku melihat pokok bunga sakura yang sedang mekar berbunga. Peristiwa dua minggu lepas masih segar di ingatanku. Aku dan WooYoung berjalan-jalan di sekitar taman tema dan dia telah menghadiahkan seutas beg tangan untuk aku, memandangkan beg yang aku bawa hari itu sudah terputus talinya. Kami juga makan gula-gula kapas sambil bersiar-siar. Aku tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa itu. Agak pelik kerana dia terlalu ramah dengan aku yang baru dikenalinya. Mungkin dia telah lupa akan aku.
Aku mengelamun sehingga tidak perasan seorang jururawat berada di sebelah aku.
" Teringatkan siapa tu adik Ji Eun?" Aku terperanjat lalu mengalih pandang ke arah suara itu.
" Terkejut Ji Eun" Kata aku sambil tangan diletakkan di dada, lega. Jururawat itu tertawa.
" Sorry ya dik? Herm, cepatlah bagitahu siapa yang adik fikirkan itu." Jururawat itu menanyakan lagi. Sebenarnya, jururawat itu ialah kakak aku. Dia begitu mengambil berat terhadap aku, dia telah memohon pertukaran dari pihak hospital untuk pindahkan dia ke seksyen di mana aku sekarang. Aku sangat terharu dengan perbuatannya itu. Kakak memetik jarinya di hadapan aku mataku. Mata aku berkedip lalu memandangnya dengan senyuman.
" Hihihi.. adik teringatkan peristiwa dulu."
" Peristiwa dulu? Peristiwa apa?"
" Peristiwa jumpa dengan WooYoung." Kata aku. Kakak hanya tersenyum. Sememangnya aku tidak merahsiakan perkara tentang diriku kepada kakak.
" Herm, adik suka dengan dia ehh?" Duga kakak kepadaku. Nadanya seperti dia kerisauan. Aku melihat ke dalam matanya.
" Entah la." Aku mengukir senyuman. Kakak mengukir senyuman terpaksa, aku tahu itu.
" Ok, adik berehatla dulu. Kakak keluar dulu." Kata kakak lalu keluar dari bilik serba putih ini, iaitu bilik pesakit. Aku hanya memandang langkah kakak. Selepas pintu ditutup, aku tidak tahu apa yang harus dibuat. Aku harus duduk di hospital kerana beberapa hari lagi aku akan menjalani pembedahan. Pembedahan ini sangat berisiko tinggi dan harapan aku untuk terus hidup agak tipis. Tetapi, aku berharap agar usia aku masih panjang. Biarlah aku bergembira sebelum aku dijemput ajal.
***
Aku berjalan-jalan di sekitar taman hospital, sekadar melarikan diri daripada kebosanan. Taman hospital dipenuhi dengan bunga-bunga yang mekar. Aku amat meminati bunga. Pada aku, bunga mempunyai aura yang mampu memberi ketenangan kepadaku. Langkah aku terhenti apabila aku melihat kelibat Woo Young di pintu masuk hospital. Kereta Woo Young melepasi aku dan dia tidak perasan aku. Mungkin dia sedang fokus memandu tetapi riaknya kelihatan tegang. Tanpa aku sedari, aku telah mengikutinya setelah dia keluar dari keretanya dan dia masih tidak perasan bahawa aku sedang mengikutinya. Aku mengekorinya sehingga ke wad kecemasan. Dia sedang mundar-mandir di hadapan pintu masuk ke bilik pembedahan. Aku tidak tahu siapakah yang berada di dalam bilik itu.
Ayah Woo Young mengarahkannya duduk di sebelah dan dia hanya menurut. Aku yang masih berdiri tidak seberapa jauh dari Woo Young masih halimunan baginya. Tidak lama kemudian, seorang doktor keluar dan menuju ke arah Woo Young sekeluarga.
" Doktor, macam mana dengan adik saya?" Woo Young terus menerpa doktor itu. Doktor menghela nafas dan memandang Woo Young kemudian beralih pandangan kepada ahli keluarganya.
" Keadaan adik awak dah stabil. Cuma, adik awak sudah kehilangan pandangannya."
" Mak..maksud doktor adik saya buta?" Woo Young bertanya dengan terkejut.
" Ya. Harap awak sekeluarga bersabar. Tabahkan hati. Saya pergi dulu." Selesai sahaja doktor itu berkata, dia meminta diri untuk pergi menyelesaikan kerjanya. Woo Young terduduk lalu menekup mukanya dengan kedua belah tangannya. Bahunya terhinjut-hinjut menandakan dia sedang menangis.
*
Ji Eun duduk termenung di taman hospital. Selepas 'kejadian' tadi, dia dengan perlahan bergerak ke taman hospital. Dia duduk di bangku yang kosong sambil memerhati bunga-bunga yang sedang mekar. Pemerhatiannya kosong. Terdetik rasa kasihan terhadap Woo Young, mesti lelaki itu tengah sedih. Tetapi kenapa dia memikirkan Woo Young? Mungkin hanya kerana sifat belas kasihan seorang manusia. Dia mengeluh lemah.
Woo Young keluar dari hospital setelah menjenguk adiknya di wad. Mukanya keruh, tidak tergambar betapa sedih dan bersalahnya dia rasa sekarang. Sebab dia diknya terlibat dalam kemalangan. Sebab dia adiknya hilang penglihatnnya. Sebab dia adiknya terlantar di katil hospital. Semuanya sebab dia. Dia menumbuk badannya sendiri. Membalas semua perbuatannya. Dia berjalan menuju ke keretanya. Semasa dalam perjalanan ke tempat keretanya, dia melihat susuk tubuh seseoran di taman hospital bersebelahan dengan tempat letak kereta. Dia dengan perlahannya mendekati orang itu.
Dengan perlahan-lahan tangan kanan Woo Young mencuit bahu gadis di depannya. Ji Eun secara automatik terdiri dan memalingkan diri menghadap Woo Young. Terkejut. Itulah riak Ji Eun apabila melihat Woo Young yang berdiri di depannya. Mereka terdiam buat seketika. Woo Young hanya memandang wajah Ji Eun yang sedikit pucat itu. Panahan mata Woo Young tepat ke dalam anak mata Ji Eun. Jantung Ji Eun sedang berdegup begitu kencang. Seperti marathon pula jantungnya. Setelah tidak dapat melawan debaran didada, Ji Eun mengalihkan pandangannya.
" Erm, awak buat apa dekat sini?" tanya Woo Young apabila tersedar yang Ji Eun memakai baju pesakit. Ji Eun kembali menatap Woo Young.
" Saya tinggal dekat sini." Jawab Ji Eun ceria. Woo Young pelik namun tersenyum.
" Kenapa awak tinggal sini?" Tanya Woo Young bodoh. Ji Eun tersenyum tawar.
" Sebab ni rumah saya." Jawab Ji Eun ceria walaupun hatinya sedang menangis. Siapa yang mahu hospital menjadi rumah mereka?
" Oh, ok." Jawab Woo Young, tidak tahu ingin membalas apa selepas itu. Suasana mula sepi.
" Oh, awak buat apa pula ke sini?" Tanya Ji Eun memecah kesunyian antara mereka.
" Saya? erm.. adik saya kemalangan." Jawab Woo Young lalu duduk di bangku yang Ji Eun duduk tadi.
Ji Eun bergerak ke arah Woo Young dan memegang bahunya lembut.
" Sabar ya? Tabahkan hati." Kata Ji Eun memberi semangat. Woo Young hanya memandang rumput dan tidak memberi reaksi apabila tangan Ji Eun di bahunya.
" Macam mana nak sabar kalau semua ni salah saya?" Balas Woo Young dengan nada sedikit tinggi. Ji Eun terkejut lalu menarik nafas panjang. Dia tahu Woo Young tak bermaksud meninggikan suara terhadapnya.
" Mesti ada hikmah disebalik semua ni. Bukan salah awak perkara ni berlaku." Kata Ji Eun lembut lalu mengalihkan tangannya daripada bahu Woo Young. Ji Eun duduk di sebelah Woo Young.
" Hikmah? hikmah apa? " Woo Young masih lagi tidak boleh menerima hakikat. Ji Eun mengeluh lemah.
" Mungkin hikmahnya supaya awak lebih berhati-hati selepas ni. Walaupun sesuatu itu pahit untuk dilalui, awak kena tabahkan hati awak. Tak semestinya sesuatu buruk berlaku, awak kena menghukum diri awak. Malah, awak kena memperbetul diri awak." Kata Ji Eun dengan nada sedikit tegas. Woo Young melihat Ji Eun dengan mukanya yang sedikit tersenyum.
" Awak pernah lalui peristiwa pahit?" Tanya Woo Young ingin tahu kerana cara Ji Eun berbicara seperti dia amat berpengalaman dalam bab ini. Ji Eun memandang Woo Young lalu tersenyum manis.
" Selalu. Setiap saat, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun dan selamanya." Kata Ji Eun lalu berdiri dari duduknya. Woo Young pelik tidak faham akan maksud Ji Eun. Ji Eun memandang Woo Young.
" Awak mesti hairankan kenapa saya cakap macam tu? Tapi tak apa, suatu hari nanti, awak akan tahu juga." Kata Ji Eun lalu berlalu pergi. Woo Young hanya memerhati Ji Eun yang makin menjauh.
Telefon bimbit Woo Young berbunyi. Manager. Woo Young lekas menekan punat hijau.
*
Kata-kata Ji Eun masih segar dalam ingatan Woo Young. Woo Young tersenyum sendiri. Ya, ada hikmah disebalik semua ni. Tiba- tiba lagu yang rancak kedengaran hilang. Woo Young melihat rakannya yang lain dengan mata dikerdipkan, hairan.
" Wei dance kau hancur la. Tak ikut beat langsung." Kata salah seorang daripada ahli kumpulannya. Woo Young tersengeh.
" Sorry. Tak sengaja." kata Woo Young ikhlas. Dia tahu dia bersalah kerana tidak memberi sepenuh tumpuan dalam kerjanya ini. Tidak beberapa minggi lagi, kumpulannya akan mengadakan comeback stage. Jadi, dia mahu menjadi faktor kegagalan nanti. Ahli kumpulannya yang lain menggeleng.
" Kau teringatkan sapa ni Woo Young? adik kau ke? Nanti lepas habis practice, kau pergilah jenguk dia."
" Semestinya kawan. Dahla, jom start balik." Kata Woo Young lalu mengfokuskan dirinya.
*
Kelihatan dua orang gadis sedang rancak berbual di taman hospital. Si gadis yang nampak lebih kecil itu sedang memegang tongkat sambil bermain-main dengan tongkatnya itu. Gadis di sebelahnya pula ralit memerhatikan tingkah laku si gadis celik ini. Kasihan dia, baru berumur 10 tahun, tetapi sudah kehilangan penglihatannya. Bagaimana dia hendak menempuh hari-hari dia akan datang? Adakah dia seorang yang tabah? Ataupun dia hanya menunjukkan ketabahan dia pada orang lain?
" Kakak sudah lama tinggal dekat sini?" Tanya si gadis celik itu. Gadis di sebelahnya tersenyum walaupun senyumannya tidak dapat dilihat oleh gadis celik itu.
" Dah lama. Sejak kakak kecil lebih kurang sebaya dengan adik lah." Jelas gadis itu.
" Kakak sakit apa?" Tanya gadis celik itu ingin tahu.
" Erm, kanser." Jawab gadis itu lemah. Namun, dia menceriakan semula nada suaranya.
" Kanser? kanser apa?" Tanya gadis celik itu lagi.
" Kanser otak. Oh ya, adik baru masuk bila?" Tanya gadis itu, tidak ingin lagi disoal dengan pelbagai soalan. Dia tidak sanggup lagi menjawabnya.
" Baru beberapa hari lepas. Adik accident, langgar lari. Adik hari tu kalau tidak balik dengan abang Woo Young tapi, abang Woo Young tiba-tiba sibuk. Jadi adik balik la sendiri. Bila adik nak lintas saja, ada sebuah kereta ni melunjur laju dan langgar adik dan tak tau dah apa berlaku lepas tu. Bila adik sedar, adik dah tak boleh nampak." Cerita gadis itu tanpa disuruh. Hati gadis yang mendengar itu tersentak apabila mendengar nama Woo Young meniti di bibir gadis itu. Tak mungkin ada lelaki yang nama serupa dengan dia yang adiknya berada di hospital ini. Kini dia tahu kenapa Woo Young menyalahkan dirinya sendiri.
" Adik sedih?" Tanya gadis itu lagi. Walaupun soalannya kedengaran bodoh tetapi soalan itu yang gedik keluar dari mulutnya. Gadis yang mendengar soalan itu hanya tersenyum tawar.
" Bohong lah kalau adik tak sedih. Adik macam tak percaya perkara ni berlaku pada adik. Adik sedih sangat. Tapi, adik tahu semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Lagipun, adik tak nak abang Woo Young dihantui rasa bersalah."
" Adik nak tak lihat dunia lagi sekali?" Tanya gadis itu lagi. Gadis di sebelahnya hanya ketawa lucu.
" Hahaha... siapa yang tak nak melihat dunia kak? Kalau adik diberi peluang, adik nak sangat lihat dunia ni lagi. Tapi, itu semua tu hanya harapan yang tak akan tercapai." Kata gadis itu lemah namun masih lagi berpura-pura ceria.
" Adik akan dapat melihat suatu hari nanti, percayalah." kata gadis itu lalu menggosok bahu gadis di sebelahnya lembut.
Tangan dibahu gadis itu dilepas kembali apabila kepalanya mula terasa sakit seperti dicucuk-cucuk. Tangannya memegang kepalanya. Dia menahan perit.
" Auch..." menjerit gadis itu. Jeritan gadis itu mengejutkan gadis di sebelahnya.
" Kakak kenapa? Kakak sakit?" Tanya gadis kecil itu kalut.
" Oh, si..sikit saja ni. Auchh.." Kata gadis itu namun suaranya seperti orang yang menahan sakit. Gadis kecil itu semakin kalut. Sudahlah dia tidak dapat melihat, apa yang perlu dia buat untuk membantu kakak di sebelahnya ini? Dia bingung.
" Erm, adik pergi panggilkan doktor ya?" Kata gadis itu seraya bangun dari duduknya dan ingin melangkah pergi. Namun, tanggannya disambar oleh gadis yang sedang menahan kesakitan itu.
" Tak apa adik, adik duduklah. Kakak dah biasa macam ni. Kakak masuk dulu ya?" Kata gadis itu lagi. Gadis kecil tadi tidak tahu ingin membalas apa-apa. Gadis tadi sudang berjalan meninggalkannya. Dia duduk kembali di bangku tersebut lalu mengeluh berat.
*
Dia berjalan membongkokkan badan menahan sakit di perut. Perit sekali rasanya. Apabila sampai di pintu masuk hospital, dia didatangi seorang jururawat. Jururawat itu cepat-cepat memapah Ji Eun ke biliknya.
" Awak tak makan ubat ke Ji Eun?" Tanya doktor separuh abad itu serius.
" Saya terlupa nak makan doktor. Saya pergi berjalan-jalan tadi dekat luar." Jawab Ji Eun jujur. Sememangnya dia lupa untuk makan ubat yang perlu dimakannya pada waktu pagi dan tengah hari. Namun, entah bagaimana hari ini dia terlupa hendak makan ubat sebelum pergi berjalan-jalan keluar.
" Awak ni Ji Eun. Kalau awak terus berperangai macam ni. Macam mana nak baik? Awak tak mau cepat pulih ke ?" Tanya doktor itu lagi. Serius juga nadanya. Ini mengundang rasa sedih dalam hati Ji Eun.
" Saya tak kan pulih." Kata Ji Eun perlahan. Doktor itu hanya mengeluh lemah lalu menggosok bau Ji Eun lembut.
" Sekurang-kurangnya awak cuba untuk pulih Ji Eun. Biarlah sekadar menghalang penyakit ini daripada terus membunuh awak. Bukan tunggu ajal menjemput." Kata doktor itu lagi. Tegas pula nadanya.
" Kalau sudah tertulis saya mati hari ini, hari inilah saya mati doktor. Tak ada apa yang dapat mengubahnya." Kata Ji Eun tegas lalu menyembamkan mukanya di atas bantal, membelakangi doktor itu. Dia tidak dapat lagi menahan perasaannya. Air matanya perlahan-lahan turun membasahi pipinya. Doktor itu hanya mengeluh lemah lalu berlalu keluar bilik itu.
*
" Kenapa adik macam cacing kepanasan ni?" Tanya Woo Young kepada adiknya di bangku itu. Dia melihat adiknya kelihatan gelisah sejak dari tadi. Tak senang duduk dia jadinya.
" Adik risau tentang kakak tadi. Tiba-tiba je dia sakit." Luah adiknya gelisah.
" Kakak mana pulak ni?" Tanya Woo Young hairan.
" Tadi, ada kakak tu dia bersembang dengan adik. Tiba-tiba ja dia perut dia sakit. Pastu dia masuk dalam sorang-sorang. Dia tak nak adik panggilkan doktor ke mari. Adik risaulah."
" Adik pergilah lawat dia, kan senang"
" Masalahnya, adik tak tahu dia duduk wad mana."
" Aik, kata bersembang tadi, tak kan dia tak cerita dia duduk wad mana?"
" Tak, yang adik tahu, dia memang tinggal sini lama dah. Nama dia Ji Eun."
Woo Young terpana. Ji Eun? Ji Eun sakit apa? Hatinya gelisah.
" Jom adik. Cari tau kakak tu duduk wad mana." Ajak Woo Young kepada adiknya. Adiknya hanya mengangguk dan mereka berdua melangkah ke kaunter di dalam hospital itu.
*
Pintu dikuak perlahan. Dua beradik itu masuk ke dalam bilik itu lalu menuju ke arah katil yang berada di tengah bilik. Ji Eun yang berbaring dari tadi bangun lalu menyandarkan kepala ke kepala katil. Dia tersenyum melihat kedua-dua beradik itu masuk dan melabuhkan punggung di kerusi di sebelah katil itu.
" Hi Woo Young dan adiknya. Macam mana tahu saya tinggal dekat wad ni? pasang spy ehh?" Seloroh Ji Eun. Woo Young dan adiknya mengekek ketawa. Lucu barangkali.
" Ha'ah spy dekat kaunter depan tu." Muncung mulut Woo Young menunjukkan ke arah kaunter pembayaran yang diselangi beberapa bilik wad yang lain. Adik Woo Young hanya tersenyum mendengar abangnya berbicara mesra dengan kakak ini. Mungkin mereka sudah saling mengenali.
" Kakak dah sihat?" Tanya adik Woo Young tiba-tiba. Ji Eun memandang adik Woo Young dan tersenyum.
" Sentiasa sihat." kata Ji Eun ceria. Woo Young dan adiknya tersenyum gembira. Tahu sangat gadis di depan mereka ni berbohong. Sihat apanya kalau terlantar dekat hospital ni.
" Baguslah. Erm, kakak sakit apa sebenarnya?" Tanya adik Woo Young lagi. Riak muka Ji Eun berubah. Woo Young yang melihat perubahan Ji Eun cepat menyiku adiknya. Adiknya mengaduh kecil.
" Abang ni kenapa? Tiba-tiba siku orang?" Marah adiknya. Ji Eun yang melihat mereka tersenyum tawar.
" Kalau kakak tak jawab soalan adik tu tak apa ke?" Tanya Ji Eun. Sememangnya dia tidak ingin mendapat belas kasihan dari mana-mana pihak. Dia tidak sanggup melihat kepura-puraan orang menjaganya dengan baik di depannya tetapi di belakangnya, mengutuknya.
" Tak apa." Jawab adik Woo Young.
"Erm, petang ni adik dah boleh balik. Adik sedih..." Kata adik Woo Young dengan nada yang amat sedih. Ji Eun yang mendengar turut merasa kesedihan itu. Walaupun mereka baru berkenalan namun, keakraban yang terbina membuatkan mereka seperti sudah mengenali antara satu sama lain bertahun-tahun.
" Adik kan boleh melawat kakak kat sini. Lagipun, adik patut bersyukur adik boleh keluar hospital dan hidup di dunia luar sana. Bukan macam kakak ni, dalam hospital ni lah dunia kakak." Kata Ji Eun. Woo Young yang mendengar hanya mendiamkan diri. Dirinya dipenuhi perasaan ingin tahu apakah penyakit yang dihidapi oleh Ji Eun?
" Erm.. adik akan selalu melawat kakak. Adik janji." Kata adik Woo Young lalu tangannya mencari tangan Ji Eun. Ji Eun lantas memegang tangan adik Woo Young dan Ji Eun menarik adik Woo Young ke dalam dakapannya.
" Adik akan dapat lihat suatu hari nanti." Bisik Ji Eun ke telingan adik Woo Young perlahan. Adik Woo Young hairan dengan bisikan itu. Sudah dua kali Ji Eun berkata demikian. Kenapa Ji Eun berkata begitu?
" Kami pergi dulu. Take care Ji Eun."Kata Woo Young lalu mereka berdua berlalu pergi. Ji Eun mengeluh lemah. Dia lantas membuka laci di meja bersebelahan dengan katilnya, mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen lalu mencoret sesuatu di situ. Kemudian, dia melipatkan kertas itu dan meninggalkannya di dalam laci meja itu.
*
Woo Young terbaring di atas katilnya. Dia tidak dapat tidur kerana memikirkan Ji Eun. Kenapa dengan dia? Kenapa dia terlalu memikirkan Ji Eun? Apakah perasaan yang menghantui dirinya ini? Dia tidak tahu.
" Ah, kusut." Keluh Woo Young sendiri.
" Dia sakit apa? Kenapa dia nampak kecewa? Hah, aku tau, aku akan tanya jururawat esok. Ya, aku boleh tahu kalau aku." Woo Young tersenyum sendiri lalu memejamkan matanya, cuba untuk tidur.
*
Selepas sesi latihan tamat, Woo Young bergegas ke hospital untuk menjalankan misinya. Menanyakan penyakit Ji Eun tu misi ke? Ya la kot. Entah kenapa, dia sering kali memikirkan Ji Eun. Dia berhenti di kaunter dan menanyakan sesuatu kepada jururawat. Jururawat itu hanya meminta maaf kerana dia sudah diberitahu supaya tidak meemberi sebarang maklumat pesakit kepada sesiapa sahaja. Woo Young kecewa lalu berjalan ke arah bilik Ji Eun. Setibanya di depan bilik Ji Eun, Woo Young teragak-agak hendak masuk ataupun tidak. Mesti Ji Eun berasa hairan kenapa dia boleh tiba-tiba muncul di situ. Nak kata, melawat adik dia adik dia sudah pulang kelmarin. Dia buntu. Dia membuat keputusan pulang sahaja. Sebelum sempat dia memusingkan badannya ke belakang, pintu bilik Ji Eun dibuka dari dalam. Ji Eun keluar dengan berpakaian bebas, bukan berpakaian hospital. Ji Eun terkejut melihat Woo Young yang berada di hadapan pintu biliknya.
" Er, awak buat apa dekat sini?" Tanya Ji Eun sambil memperbetul letak handbagnya di bahu. Woo Young tersenyum simpul. cover malu!
" erm, sa.. saya nak ajak awak tengok konsert saya nanti." kata Woo Young menutup tujuan sebenarnya ke sini. Ji Eun hanya tersenyum.
" wah, bestnya ada orang ajak tengok konsert dia. bila?" tanya Ji Eun girang. Bukan senang seorang superstar nak ajak dia tengok konsert. Wah, macam mimpi!
" Er, dua minggi dari sekarang." Kata Woo Young sambil tersenyum. Senyuman Ji Eun seperti menghilang. Namun, digagahkannya supaya bertahan.
" Dua minggu dari sekarang? Hari apa ya?" tanya Ji Eun dengan muka di'excited'kan.
" Kalau tak silap hari Rabu malam. Awak free kan?" Tanya Woo Young pula. Muka Ji Eun terus berubah. Muka dia kelihatan sedih.
" Erm, entah lah. Ikut keadaan saya pada pagi tu lah." Kata Ji Eun sambil memnundukkan kepalanya ke bawah. Adakah dia masih bernyawa selepas pembedahan nanti? Woo Young yang melihat Ji Eun menundukkan kepalanya dia hairan. Kenapa Ji Eun tiba-tiba sedih? Ada apa dengan hari Rabu nanti? Ji Eun menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. Dia kembali senyum dan mengangkat mukanya dan memandang Woo Young.
" Awak free tak?" Tanya Ji Eun malu-malu.
" Erm, tak. Kenapa?"
" Saya nak pergi Lotte World. Nak ikut tak?" Tanya Ji Eun lagi. Woo Young tersenyum gembira. Hati berbunga-bunga apabila Ji Eun mengajak dia pergi ke Lotte World.
" Boleh saja"
" Eh, sekejap! Awak kan popular, nanti ramai kipas susah mati awak kejar awak. Tak nak lah saya. Awak tak yah pergi lah. " Kata Ji Eun tiba-tiba. Woo Young tersentak.
" Kipas susah mati? siapa tu?" Tanya Woo Young pelik. baru pertama kali dia mendengar perkataan itu.
" Hahahhaa, peminat awak lah. Hard Die Fans! apalah awak ni." Kata Ji Eun diselangi dengan gelak tawa. Woo Young turut tergelak.
" Eh, ok lah Woo Young. Saya pergi dulu ya. Nanti bas tinggal. Tata." Kata Ji Eun lalu melangkah pergi. Woo Young berdiri tegak di situ statik. Ji Eun pergi tinggalkan dia? Woo Young lantas berpaling dan melihat Ji Eun yang melangkah pergi. Dia berlari ke arah Ji Eun. Ji Eun berhenti melangkah dan berpaling ke arah Woo Young dengan riak muka dengan penuh tanda tanya.
" Kenapa dengan awak ni.?" Ujar Ji Eun kepada Woo Young. Woo Young tersenyum kambing.
" Nak ikut." Kata WooYoung persis seperti budak-budak umur 4 tahun.
" Hah? Nanti kipas susah mati awak..."
" Saya akan 'disguised'kan diri saya. Don't worry. let's go" Kata Woo Young bersemangat lalu menarik tangan Ji Eun keluar dari hospital dan menuju ke keretanya. Ji Eun hanya mengikut.
*
Setiap hari Woo Young akan mencuri masa untuk pergi ke hospital untuk melawat Ji Eun. Ji Eun berasa sangat gembira dengan kehadiran Woo Young. Jururawat-jururawat yang ada di hospital itu pun sudah terbiasa dengan kehadiran Woo Young. Ada di antara mereka yang membuat andaian bahawa mereka berdua sedang hangat bercinta. Namun, tiada seorang pun wartawan yang mengetahui yang Woo Young selalu ke hospital. Kalau tidak, mesti itu menjadi topik muka hadapan surat khabar.
Woo Young membuka pintu bilik Ji Eun dan melihat Ji Eun sedang duduk bersila di atas katil sambil membaca sebuah novel. Ji Eun yang sedar akan kehadiran Woo Young tersenyum. Woo Young menghampirinya dan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil.
" Hai, awak apa khabar?"
" Hai, saya baik, macam selalu. " Balas Ji Eun lalu menutup novelnya.
" Erm, ini untuk awak." Woo Young berkata sambil menghulurkan sepucuk sampul surat. Ji Eun mengerutkan dahi.
" Apa dalam ni?" Ji Eun bertanya. Woo Young pula menjongketkan bahu. Ji Eun membuka sampul surat itu dan melihat dua tiket VIP ke konsert 2PM. Ji Eun tersenyum tawar.
" Awak datang ya?" Woo Young berkata dengan penuh harapan.
" Erm..." Ji Eun tidak tahu ingin menjawab apa. Woo Young mendengus perlahan.
" Please. I really hope that you'll be there." Kata Woo Young perlahan. Ji Eun tidak sampai hati ingin menghampakan Woo Young.
" Ok. Saya pergi." Kata Ji Eun dengan cerianya. Woo Young bersorak riang. Namun dalam fikiran Ji Eun dia berfikir bagaimana ingin pergi ke konsert Woo Young sedangkan pada masa yang sama dia harus menjalani pembedahan?
*
" Please doktor, tundakan operation ni." Rayu Ji Eun kepada Dr. Tomoshita. Dr. Tomoshita menggelengkan kepalanya.
" I can't Ji Eun. Operation ini sudah ditetapkan. Mana boleh suka-suka nak batalkan operation ni. Lagipun, in bersangkut-paut dengan nyawa awak." Kata Dr. Tomoshita lembut namun ada ketegasan dalam suaranya.
" Please doktor. Doktor switch la dengan patient yang lain. Please.." Rayu Ji Eun lagi. Dr. Tomoshita masih menggelengkan kepalanya.
" Sudah terlambat Ji Eun. Dua hari saja lagi operation tu."
" Tapi doktor, saya tak boleh mungkiri janji saya doktor."
" Janji?"
" Saya dah janji nak pergi ke konsert 2PM." Dr. Tomoshita yang menggeleng perlahan.
" Ji Eun, nyawa awak lebih penting."
" Tapi doktor, kalau operation tu gagal, saya akan mati kan?"
" Ji Eun!" Dr. Tomoshita menjerit sedikit. Ji Eun hanya menundukkan kepalanya ke bawah. Air matanya menitis.
" Herm, baiklah Ji Eun. Awak boleh cancelkan operation tu dan buat pada bulan hadapan sebab hari yang lain semuanya sudah di'booked'. Itu sahaja yang saya mampu tolong."
" Terima kasih doktor." Kata Ji Eun kembali ceria. Dr. Tomoshita hanya mengangguk perlahan.
*
Suasana di konsert itu amat meriah. Meriah dengan suara para peminat yang tidak jemu bersorak. Ji Eun yang berdiri di berdiri di barisan paling hadapan menjadi kurang selesa dengan bunyi bising itu. Kakaknya pula naik rimas dengan suasana bingit itu. Namun, hendak buat bagaimana lagi? Adiknya ingin benar ke konsert itu sampaikan operationnya dibatalkan sampai dia tidak dikhabarkan tentang perkara itu terlebih dahulu. Memang dia marah pada mulanya namun kasih sayang terhadap adiknya, marahnya hilang.
Konsert sudah dimulakan. 2PM mula menyanyi lagi I'll be back. Sorakkan para peminat makin menjadi-jadi. Kepala Ji Eun perit. Namun, dia tidak mengendahkannya. Woo Young melihat Ji Eun berada di situ. Woo Young tersenyum , dia melemparkan senyuman itu lebih ditujukan kepada Ji Eun. Ji Eun membalasnya namun sakit di kepalanya makin menjadi-jadi. Dia memegang kepalanya. Kakaknya mengalihkan pandnagan ke arah Ji Eun.
" Eh, adik ok ke?" tanya kakaknya kalut. Ji Eun hanya mengangguk lemah.
" Adik ok kak." kata Ji Eun. Kakaknya tidak percaya akan kata-kata Ji Eun. Muka Ji Eun kelihatan begitu pucat.
" Adik, jomlah balik. Adik pucat ni." Kata kakaknya tegas. Ji Eun menggeleng laju.
" Adik nak stay sini."
" Tapi.."
" Please kak. Untuk kali terakhir." Kakaknya hanya mengangguk lemah. Namun, matanya masih setia melihat Ji Eun.
Tidak semena-mena Ji Eun rebah. Kakaknya kalut. Orang ramai tidak begitu perasan dengan keadaan itu. Kakak Ji Eun meminta bantuan pengawal di situ untuk membawanya ke hospital. Air matanya tumpah di situ juga.
Woo Young yang sedang membuat persembahan tercari-cari kelibat Ji Eun tetapi tiada. Kemana Ji Eun? Persembahan masih berbaki 60 minit. Hatinya semakin gelisah. Takut sesuatu berlaku kepada Ji Eun.
*
Keadaan dalam bilik pembedahan itu begitu tegang sekali. Dr. Tomoshita berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan nyawa gadis ini. Selepas lebih kurang 60 minit bertarung di bilik pembedahan itu. Alat yang menunjukkan nadi pesakit tiba-tiba menunjukkan bahawa nadi pesakit semakin lemah. Doktor telah cuba pelbagai cara namun nadi gadis itu semakin lemah dan tiada. Dr. Tomoshita mengeluh lemah. Gadis ini sudah tiada. Buat selama-lamanya.
Dr. Tomoshita keluar dari bilik pembedahan itu dan menghampiri kakak pesakit itu. Kakak Ji Eun berdiri apabila melihat Dr. Tomoshita keluar dari bilik pembedahan.
" Macam mana dengan Ji Eun doktor?" Tanya kakak Ji Eun kalut.
" Maafkan saya. Saya dah cuba yang terbaik namun, tiada siapa yang dapat melawan takdir."
"Adik saya dah pergi doktor?"
" Ya. Bersabarlah Ji Hun." Kata Dr. Tomoshita lalu berlalu pergi. Ji Hun rebah di situ. Katil yang disorong keluar dari bilik pembedahan itu diterpa olehnya. Dia menangis teresak-esak.
" Jangan tingalkan kakak adik."
*
Selepas tamat sahaja persembahan, Woo Young bergegas ke hospital. Dia menerpa ke bilik Ji Eun tetapi tiada sesiapa di situ. Katilnya kosong. Dia lalu berlari pergi ke kaunter untuk bertanya. Jururawat yang bertugas mengatakan bahawa Ji Eun sudah meninggal. Woo Young menitiskan air mata dan menuju keluar. Apabila dia ingin menuju ke kereta. Dia mendengar dua orang jururawat sedang berbuat mengengai Ji Eun.
" Kesian Ji Eun. Dia batalkan operation demi pergi ke konsert tu."
" Saya dengar dia sukakan salah satu ahli group tu."
"Cinta itu buta. Sampaikan dia kehilangan nyawanya."
" Tak baik awak cakap macam tu."
Woo Young bergegas ke keretanya dan memecut laju.
Keesokkan harinya dia pergi kembali ke hospital untuk melihat mayat Ji Eun. Namun, mayat Ji Eun sudah dikebumikan pada awal pagi lagi. Woo Young bergerak perlahan menuju ke taman hospital, tempat kegemaran Ji Eun. Dia melabuhkan punggung di kerusi di situ.
Tanpa dia sedar, seseorang duduk disebelahnya. Woo Young mengalihkan mukanya untuk melihat siapakah gerangannya yang duduk di sebelahnya. Mukanya mirip Ji Eun. Namun, kelihatan lebih matang.
" Saya Ji Hun, kakak Ji Eun." Kata Ji Hun lemah. Woo Young tidak membalas apa-apa.
" Saya nak mintak maaf sebab ajak Ji Eun ke konsert tu. Saya tak tahu yang Ji Eun ada operation malam tu. Saya pun tak tahu Ji Eun sakit apa. Saya mintak maaf." Ujar Woo Young bersalah. Sememangnya dia berasa sangat bersalah.
" Perkara dah jadi. Saya nak awak baca surat ni." Kata Ji Hun kepada Woo Young lalu menghulurkan sepucuk surat. Woo Young mengambilnya lalu membacanya.
Kepada Kak Ji Hun,
Ji Eun harap pemergian Ji Eun tidak menjadi satu semangat yang melemahkan kakak. Ji Eun harap sangat pemergian Ji Eun ini memberi suatu semangat baru kepada kakak untuk tabahkan diri. Ji Eun minta maaf kepada kakak kerana sepanjang hidup Ji Eun, Ji Eun selalu menyusahkan kakak. Terima kasih kakak. Sebab jaga Ji Eun, bagi semangat kepada Ji Eun untuk terus hidup walaupun Ji Eun tahu, Ji Eun tak kan hidup lama. Kakak jangan sedih ya. Ji Eun akan selalu ada di hati kakak.
Kakak, Ji Eun ada suatu permintaan. Ji Eun harap sangat kakak boleh laksanakan hasrat Ji Eun ini. Ji Eun nak dermakan mata kepada adik Woo Young, Woo Ming. Ji Eun dah beritahu kepada Dr. Tomoshita dan Ji Eun yakin yang Dr. Tomoshita dan laksanakannya sebelum mayat Ji Eun dikebumikan.
Kakak tolong beritahu Woo Young yang Ji Eun minta maaf sebab Ji Eun rahsiakan tentang sakit Ji Eun kepada dia. Ji Eun harap Woo Young akan lebih bersemangat selepas ini sebab tak perlulah sibuk fikirkan tentang Ji Eun. hahahhaa. Ji Eun sayang Woo Young. Ji Eun nak Woo Young tahu yang Ji Eun sayangkan dia. Ji Eun korbankan kasih sayang Ji Eun untuknya. Sekarang, kasih sayang Ji Eun berada dalam adik Woo Young. Woo Young, jangan sia-siakan adik awak lagi ya. Semoga awak teruskan hidup awak dengan hati yang tabah dan kuat. Tolong sampaikan salam saya kepada Woo Ming. Saya rindu dia.
Selamat tinggal buat selamanya.
Ji Eun.
Selepas Woo Young selesai membaca, surat itu didakapnya. Dia menangis perlahan. Ji Hun hanya membiarkan Woo Young. Besar betul pengorbanan Ji Eun kepada Woo Young.
p/s : Maaflah kalau ada salah dan silap dalam cerpen ni. :)