The Fairytales

Home about Linkies Stuff
Be Mine 8
Khamis, 23 Februari 2012 | 7:51 PTG | 0 Bubles

Pelayan restoran membawa air minuman yang dipesan oleh dua jejaka sebentar tadi. Selepas pelayan itu berlalu pergi, dua jejaka itu menghirup air itu sedikit lalu mengeluh. Kemudian mereka mengacau air di dalam gelas dengan penyedut minuman. Mata mereka kemudian bertentangan, seorang mengangkat kening dan seorang lagi mengeluh kecil.
“ stop it ok.” Ujar Airil yang geram melihat Aidil yang asyik mengikut perbuatannya dari tadi. Dari dalam kereta lagi Aidil asyik mengajuk setiap ayat yang diujarkan oleh Airil. Sehinggakan , Aidil masih mengajuk Airil di saat membuat pesanan walaupun air yang dipesan oleh Airil amatlah Aidil tidak suka iaitu fresh orange. Patutlah mukanya berkerut seribu saat menghirup air tadi.
“ Ok. Aku akan berhenti kalau kau cerita dekat aku cerita yang sebenarnya.” Ujar Aidil.
“ Aku cerita dekat kau dalam kereta tadi kau asyik ajuk aku ja. Sekarang ni, kau suruh aku ulang balik? no way!” tegas Airil. Dia memang tidak suka menerangkan benda yang sama berulang kali. Ini bukan siaran astro bak katanya. Aidil mengeluh.
“ Kau tipu aku kan? Takkan lah Izzati sakit jiwa kot. Pada-padalah nak kelentong pun.” Aidil berkata dengan nada tak puas hati. Aidil mengankat tangan memanggil pelayan untuk memesan air layan. Dia memang tak boleh minum fresh orange tu lagi. Dia tak nak kena cirit birit nanti. Airil menggeleng, susah betul nak yakinkan Aidil ni.
“ Hei, aku tak tipu la. Buat apa aku nak tipu? Apa aku dapat? Nothing bro. Kau pun tahu aku tak main-mainkan dalam sesuatu hal.” Airil berkata lalu menghirup air fresh orangenya. Aidil mengangguk tanda setuju.
“ Betul jugakan? Kau bukan macam tu. Tapi, kau akan kelentong aku kalau kau malas layan aku kan?” Aidil masih tidak puas hati. Airil mendengus kasar.
“ Ya Allah, kau ni Aidil. Pleaselah, please sangat-sangat percaya dekat aku. doktor cakap sendiri dengan aku. takkan aku nak bohong fasal benda-benda macam ni. this is not a joke ok? This is a serius matter. Understand?” Airil berkata sambil memanahkan pandangan tajam ke arah Aidil. Aidil akhirnya menghembus nafas menyerah.
“ Fine fine. Aku percaya. Cuba kau terangkan dekat  aku macam mana benda ni berlaku. Macam mana Izzati boleh pengsan dan sampai masuk hospital segala.” Aidil mengemukakan soalan. Dia ingin merungkai segala persoalan yang berada di minda.
“ Tak nak cerita fasal ni boleh tak? Aku tak suka lah. seriously, aku tak dak mood sekarang.” Kata Airil lalu memejamkan mata dan menarik nafas. Aidil hanya melihat tingkah Airil dan pelayan membawa air pesanannya. Aidil tahu Airil tengah serabut sekarang. Aidil tidak senang duduk apabila Airil berserabut macam ni. Dia rasa seperti dia dapat merasakan perasaan Airil. mereka kembarkan so, mestilah ada ‘link’ antara mereka berdua.
“ Airil, kau ada masalah apa ni?” Aidil menjadi serius. Airil melihat Aidil lalu mengangkat sebelah keningnya.
“ Kenapa kau tiba-tiba ja ni. bertukar menjadi serius. Hahahhaaa.” Airil ketawa. Entah apa yang lawak pun tidak tahu. Aidil mendengus marah lalu menendang kaki Airil. Airil mengaduh sakit lalu membalas tendangan itu. Aidil pula yang mengaduh sakit. Pelanggan yang ada disekeliling mereka menoleh memerhati. Mereka berdua terdiam lalu menghirup air masing-masing dan membuat tidak ada apa yang berlaku.

*

Doktor Kamalia mengejutkan Izzati dari tidur untuk solat subuh. Izzati bingkas bangun untuk menunaikan kewajipan seorang umat Islam. Setelah Izzati menutup pintu bilik air, Dr. Kamalia berlalu keluar menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.
Izzati menuruni anak tangga untuk menuju ke dapur apabila selesai solat. Dia terhidu bau nasi lemak, perutnya apa lagi, bernyanyi-nyanyi lagu pelbagai rentak dan irama. Dia menjenguk kepalanya di pintu dapur. Dr. Kamalia tidak sedar akan kehadiran Izzati di situ. Dia leka mengupas telur yang telah siap direbus. Izzati berjengket menuju ke arah Dr. Kamalia dan menyergah dia dari belakang. Telur yang belum siap dikupas terjatuh ke dalam sink. Dr. Kamalia mengurut dada lalu memalingkan badannya menghadap Izzati yang sudah mengekek ketawa.
“ Hahahahahhaa. Sorry Doktor. Tak sengaja.” Kata Izzati dengan tawa yang masih berbaki. Dr. Kamalia menjegelkan biji matanya. Tambah kuat lagi tawa Izzati.
“ Amboi, gembiranya dia ya.. tak sengaja ya. Banyak pula tak sengaja.” Dr. Kamalia berkata lalu membasuh telur yang terjatuh di dalam sinki tadi. Izzati suda reda ketawanya. Lalu berdiri di sebelah Dr. Kamalia sambil memerhatikan tindak tanduk Dr. Kamalia yang sedang mengupas telur rebus yang kedua. Dr. Kamalia memalingkan mukanya sambil tangannya ligat mengupas telur. Dia merenung Izzati yang sedang merenung tanggannya yang mengupas telur. Idea jahat terlintas di minda. Dr. Kamalia menyucuk pinggang Izzati dengan telunjuknya. Izzati terkejut lalu memalingkan mukanya menghadap Dr. Kamalia yang ketawa riang. Dalam hatinya, dia bersyukur yang Izzati mampu melawan tekanan yang dialaminya.
“ Oooo.. Doktor balas dendam.” Kata Izzati tak puas hati. mulutnya dimuncungkan. Dr. Kamalia tertawa lagi.
“ Haahhahaa. Sorry. Tak sengaja.” Kata Dr. Kamalia sambil menekan nada ‘tal sengaja’ lebih kuat.
“ Tak aci.” Kata Izzati lagi. Dr. Kamalia membasuh lagi sekali telur rebus itu lalu memotongnya dan letakkan ia di dalam pinggan sederhana kecil.
“ Aci? Aci dekat India. Haahhahahahhaa.” Dr. Kamalia berkata lalu berlalu ke ruang makan dan meletakkan pinggan telur rebus itu di atas meja. Izzati hanya mengikut langkah Dr. Kamalia ke ruang makan. Izzati duduk di kerusi begitu juga Dr. Kamalia. Izzati mencemberutkan mukanya. Dr. Kamalia yang melihat menggelengkan kepala.
“ Alalalala.. budak kecik merajuk. Pergi basuh tangan. Tak payah nak merajuk, nanti tak boleh makan.” Kata Dr. Kamalia. Izzatii membuntangkan biji matanya.
“ Mana aci.” Kata Izzati protes.
“ Nak makan ke tak nak? Pilihlah.” Kata Dr. Kamalia. Dia tahu Izzati jarang menolak untuk sarapan. Jikalau tengah hari itu, memang selalu dia tidak makan. Katanya kenyang sebab sarapan pagi tadi. walaupun, sarapan yang dimakan hanyalah sekeping roti.
“ Mestilah nak. Dr. Kamalia tak boleh makan sebab...”  Izzati berkata lalu ke dapur dan datang kembali dengan senyuman yang penuh misteri. Dr. Kamalia tertanya-tanya. Sebab apa dia tidak boleh makan?
“ Kenapa doktor tak boleh makan?” tanya Dr. Kamalia kepada Izzati. Izzati senyum lagi.
“ Sebab doktor dah lewat. Cuba doktor tengok dekat papan putih yang tergantung dekat dinding tu.” Kata Izzati lalu memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah papan putih yang bersaiz sederhana kecil itu yang tertulis “ Appointment  pukul 8.30” Dr. Kamalia yang melihat terdiri. Dia terlupa yang dia ada appointment dengan Dr. Jamal. Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi. Dr. Kamalia berpaling ke arah Izzati dan membuat muka cuak. Izzati tergelak.
“ Relaxlah doktor. Doktor pergi siap-siap dulu, Izzati tolong bekalkan nasi lemak ni untuk doktor.” Kata Izzati.
“ Kenapa Izzati baru bagi tahu?” tanya dr. Kamalia sebelum dia memanjat anak tangga.
“ Sebab Izzati baru perasan tadi. cepatlah, nanti lambat.” Kata Izzati lagi. Dr. Kamalia bergegas ke biliknya untuk bersiap.

*

Aku sudah beberapa kali menukar channel televisyen kerana tiada cerita yang menarik untuk ditonton. Aku melihat sekeliling rumah. sudah bersih dikemas tadi. aku menoleh ke arah jam dinding. 9.45 pagi. Lambat lagi kalau hendak masak tengah hari pun. Tapi, dr. Kamalia tak balik tengah hari, jadi kalau aku masakpun, aku bukan nak makan. Aku berfikir-fikir apa yang boleh dibuat. Aku menjengah ke halaman rumah dari dalam. Pokok-pokok sudah disiram selepas selesai sarapan tadi. Aku mengorak langkah naik ke bilik dan membarinkan diri di atas katil. Mata aku dipejamkan. Mesti best kalau baca novel sekarang. Tiba-tiba, aku mendapat idea untuk mengisi masa yang terluang ini dengan membaca novel. Aku mencari di rak buku kecil yang terdapat di sudut bilik ini tetapi, hampa. Tiada sebuah novelpun yang ditemui. Aku mencapai telefon dan mendail nombor telefon dr.Kamalia.
“ Assalamualaikum doktor. Sorry ganggu.” Ujar Izzati selepas talian bersambut.
“ Waalaikumussalam. Tak apa. Kenapa Izzati? Ada apa-apa ke yang berlaku?” tanya dr. Kamalia kepadaku.
“ Tak ada apa-apa. Cuma, boleh tak Izzati nak pergi kedai buku?” tanya aku.
“ Erm.. Izzati nak pergi dengan siapa?”
“ sorang-sorang je.” Kata aku. Dr. Kamalia tidak terus menjawab.
“ bukan doktor tak nak bagi Izzati pergi Cuma, Izzati nak pergi naik apa? Lagipun, Izzatikan seoran saja nak pergi. Nanti kak Jenny risau pula.” kata dr. Kamalia panjang lebar. Panjang ka?
“ Alah doktor, Izzati naik baslah. Dekat simpang jalan tu kan ada bus stop. Tak apa lah doktor, Izzati boleh jaga diri Izzati.” Kata aku menyakinkan dr.Kamalia.  Dr. Kamalia apabila mendengar perkataan ‘jaga diri sendiri’ itu menambahkan lagi sebab dia tidak membenarkan Izzati pergi ke kedai buku.
“ boleh percaya ke Izzati ni? Izzati nak balik pukul berapa? Atau Izzati terus nak balik rumah kak Jenny? Mesti dia tengah ingatkan Izzati ni.”
“ hahahahhahaa.. kak Jenny mesej tadi. dia kata nak ambil Izzati dekat rumah doktor petang nanti. Erm, Izzati pergi sekejap saja. Nak pergi beli novel.” Kata aku.
“ Oklah Izzati. Tapi ingat, kalau ada apa-apa, cepat-cepat telefon doktor ok?” kata dr. Kamalia. Aku berjanji kepadanya dan mematikan talian. Aku mengukir senyuman dan menyarungkan tudung di kepala dan menggalas beg tangan dan menuju ke pintu untuk memakai kasut dan lalu berlalu ke perhentian bas.
*
Aku membelek satu per satu yang dipamerkan. Semuanya tampak menarik di mata aku. tetapi, isinya belum dibaca. Jadi, mana tahu isinya baik atau tidak. kadang-kadang, cover bukunya lebih menarik daripada isi di dalamnya. Aku terlihat sebuah novel yang bertajuk “ Cinta Kontrak”. Sebelum sempat aku menggapai novel tersebut, ada tangan yang dahulu menggambil novel itu.  automatiknya, aku mengalih pandangan ke arah pemilik tangan yang mengapai dahulu novel tersebut. Dia melihat aku dan tersenyum. “ Eh, sorry. Saya tak perasan awak nak ambil novel ini jugak.” Kata dia kepadaku. Aku hanya tersenyum. Dia seorang perempuan yang lemah lembut. Tetapi, aku seperti pernah berjumpa dengan dia. Tetapi, aku lupa. Cepatlah otak, fikir, fikir.
“ Tak apa. Ada banyak lagi novel ni. awak sudah baca ke novel ni?” tanya aku kepadanya.
“ Oh, belum lagi. Tapi, orang kata novel ni best. Itulah, saya nak beli novel ni.” katanya kepadaku. Dia kelihatan sangat ramah walaupun kami baru berjumpa. Tetapi, kami pernah berjumpa tetapi di mana?
Oh ya, aku pernah melihat dia semasa majlis hari jadi Airil dan Aidil. Dialah perempuan yang berada di sebelah Airil.
“ Er, saya rasa kita pernah jumpa.” Kata aku teragak-agak. Dia yang tadi sedang membaca pengenalan di kulit novel itu memandang aku lalu mengangkat keningnya.
“oh ye ke? kat mana eh? Saya tak berapa nak ingat la pulak.” Katanya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal agaknya. Rambutnya kelihatan sedikit tidak teratur apabila dia menggaru tadi.
“ saya pernah nampak awak dekat majlis hari jadi abang Aidil. Kita semeja. Mungkin awak tak perasan saya. Tapi, saya perasan awak.”  dia kelihatan sedang berfikir lalu mengukir senyuman.
“ Oh ya. Saya ingat. Awak yang datang ke meja tu dengan Adhia kan? Saya ingat.” Katanya.
“ Oh ya. Nama saya Alia Izzati. Awak boleh panggil Izzati saja. Awak?” kata aku ingin berkenalan sambil menghulurkan tangan.
“ Saya Farah Hawa. Awak boleh panggil saya Hawa.” Katanya sambil menyambut tanganku untuk bersalam.
“ Cantik nama awak.” kataku kepadanya. Dia tertawa.
“er, kenapa awak ketawa?” tanya aku hairan.
“ tak ada apa-apa.  Cuma, awak orang perempuan pertama yang katakan nama saya cantik. Sebelum ni, kaum lelaki sahaja yang berkata macam tu. Awak ni..” dia berkata dengan sisa tawa.
“ Eh, perempuan aslilah. Hahahhaa.. saya Cuma cakap yang benar saja. Jadi, awak mesti ada teman lelaki kan?” soal aku. kenapa aku perlu tanya perkara peribadi ini kepada orang yang baru aku kenal.? Dia melihat aku dengan senyuman yang entah, dipaksa mungkin.
“ Teman lelaki? Saya ada minat dekat seorang ni. Tetapi, dia macam tak minat saya saja. Tapi, kami berdua rapat. Cuma kadang-kadang dia bersikap dingin.” Katanya tanpa paksaan. Aku hanya menangguk.
“ Airil?” mulutku terlontar nama si jejaka itu. kenapa tiba-tiba sahaja mulut ini bersuara?
Dia sememangnya kelihatan terkejut apabila aku menyebut nama Airil.
“ Awak kenal Airil?” tanyanya kepadaku.
“ Eh, tak kenal sangat pun. Masa majlis itu sahaja kami berjumpa. Dan saya pernah sekali dua terlanggar dia.” Farah tersenyum. Tetapi, di dalam matanya ada suatu perasaan yang tidak dapat ditafsirkan.
“ Oklah Izzati. Saya pergi dulu ya. Dah lambat ni.” katanya lalu meminta diri. Aku pelik. Kenapa dia tiba-tiba berubah setelah aku tersebut nama Airil?
Aku membelek sebuah lagi novel dan membawanya ke kaunter. Kelibat Farah sudah tiada. Mungkin dia ada urusan dan cepat-cepat keluar. Ataupun, dia ingin mengelak daripada aku? tapi, kenapa?
*
Sebuah kereta BMW berwarna hitam meluncur laju di jalan raya. Pemandunya menguatkan volume lagu ketahap maximum. Hatinya penuh dengan perasaan geram dan marah. Rambutnya ditepis kasar apabila menutup matanya.
“ Aku takkan benarkan mana-mana perempuan untuk mendekati Airil. walaupun dia baru berjumpa dengan Airil! Airil milik aku seorang,!” bentak dia seorang diri di dalam kereta itu. sememangnya dia tengah panas ketika itu. Telefonnya berdering namun tidak diendahkan. Namun, apabila telefonnya berdering lagi, dia mengambilnya dengan ganas lalu menatap ke arah skrin telefon. ‘Auntie Mas’
Dia menutup lagu yang dipasang lalu menekan punat hijau pada telefonnya.
“ Assalamualaikum Farah.  Farah  tengah buat apa ni?” sapa auntie Mas kepada  Farah .
“ Waalaikumussalam auntie.  Farah  tengah drive ni. kenapa auntie telefon  Farah  ni? ada sesuatu ke?” tanya  Farah  kepada auntie Mas. Suaranya dilembutkan dan personalitinya berubah daripada panas baran tadi kepada wanita yang  sopan santun lemah lembut bicara.
“ Tak ada apa-apa. Auntie nak ajak Farah  makan malam dekat rumah auntie. Airil ada juga tau. Datang ye.” Kata auntie Mas kepada  Farah .  Farah  tersenyum.
“ oh ye? Baik auntie. Nanti Farah datang. Oklah auntie,  Farah tengah drive ni. Nanti kita jumpa.” Kata  Farah  lalu mematikan talian selepas menjawab salam yang diberi auntieMas. Dia tersenyum lagi. “ Aku akan pastikan Airil milik aku.” kata  Farah sebelum memejut pulang ke rumah.


OLDER POST / NEWER POST