The Fairytales

Home about Linkies Stuff
Be Mine 7
Khamis, 23 Februari 2012 | 7:49 PTG | 0 Bubles

  Mia mencari Izzati di sekitar playground itu, tetapi tetap tiada. Dia cuba menanyakan orang yang berada berdekatan, tetapi mereka mengatakan mereka tidak nampa pula perempuan yang duduk di meja bawah pohon itu. Mia berasa resah gelisah, dia hanya menemui handset Izzati yang berada di atas meja itu. Dia pelik, macam mana handset itu boleh berrada di meja itu sedangkan Izzati buang tadi. Mia hanya menyimpan handset itu. Dia takut hendak menelefon kak Jenny untuk memberitahu tentang kehilangan Izzati. 
*
“Doktor, macam mana dengan kawan saya tu?” tanya Airil kepada doktor yang baru sahaja keluar daripada bilik kecemasan. 
“ Kawan encik mengelami tekenan dan trauma. Kerana terlalu tertekan, dia pengsan. Saya nak tanya, kawan encik pernah mengelami peristiwa buruk ke?” tanya doktor kepada Airil. Airil bingung hendak menjawab. 
“ er.. entah lah doktor. Saya baru kenal dengan dia.” Kata Airil. doktor hanya mengangguk.
“ Tak mengapa. Kawan encik disarankan dimaksukkan ke dalam wad untuk pemerhatian.”
“  Wad pemerhatian?” 
“ Ya. Tekanan yang dialami oleh kawan encik ini agak serius. Saya rasa sebelum ini dia mengalami tekanan jiwa.”
“ What? Tekanan jiwa?” suara Airil terkejut. Doktor hanya mengangguk.
“ Saya harap encik dapat call keluarga dia sebab saya hendak berbincang dengan keluarga dia.”
“ Baik doktor, terima kasih.” Kata Airil kepada doktor itu. doktor itu pun berlalu pergi.
Airil duduk di kerusi, dia asyik memikirkan tentang Izzati. Dia tidak tahu yang Izzati tertekan tadi. begitu banyak persoalan bermain di fikirannya hingga dia terlupa tentang Aidil yang berada di taman. 


*
Aidil berlegar-legar di sekitar taman sambil menjilat aiskrim yang berada di tangannya. Matanya melilau mencari Airil. sudah hampir dua kali dia mengelilingi taman itu, tetapi kelibat Airil pun tak nampak. Dan untuk kali ketiga, sudah dia penat berjalan, dia duduk di kerusi di taman itu. 
“ Haih, mana Airil ni? takkan dia dah balik. Takkan dia tinggal aku sorang-sorang kat sini? No way!” Aidil bercakap sendiri. Dia mengeluarkan hangset daripada poketnya dan mendail nombor Airil. 
“ Hah, wei! Kau dekat mana ni?” Aidil menyapa selepas telefon di angkat.
“ Bagi la salam dulu kot ye pun Dil.” Airil membalas. Dia baru teringat akan Aidil yang berada di taman selepas telefonnya berbunyi. 
“ Ya..ya.. sorry. Assalamualakum kembarku. Kau dekat mana ni? aku round taman ni tiga kali dah tau, batang hidung kau pun aku tak nampak.” 
“ Waalakumussalam. Sorry Dil, aku ada dekat hospital sekarang ni.” kata Airil serius.
“ Kau biar betul. kau buat apa dekat hospital tu? Kau berjogging sampai ke hospital ke? jauhnya.” Aidil berkata lalu ketawa.
“ Wei, aku tak buat lawaklah. Aku serius ni.” Airil bercakap dengan nada tegas sekali. Aidil yang rancak ketawa, terus terdiam.
“ Sorry sorry. Kau buat apa dekat sana? Ni dah dua kali aku tanya.”
“ Kau ingat tak Izzati?”
“Izzati? Izzati mana?”
“ Izzati lah, yang datang dengan Jenny masa majlis hari jadi kita tu. Kau dah lupa ke?” 
“ Owh. Ingat ingat. Kenapa dengan dia?”
“ Dia pengsan tadi dekat taman.”
“ Macam mana kau boleh jumpa dia?” Aidil bertanya dengan nada ingin tahu.
“ Eh Dil, aku call kau nanti. Aku masuk tengok dia sekejap.” Talian diputuskan tanpa menunggu Aidil membalasnya. Aidil geram apabila Airil memutuskan begitu sahaja. Sekarang dia bingung, macam mana nak pergi sana?
*
“ Encik, pesakit nak jumpa dengan encik dekat dalam.” Seorang nurse yang keluar dari bilik Izzati memberitahu Airil. Airil hanya mengangguk lalu berlalu pergi ke bilik Izzati. Pintu ditolak dan dia melihat Izzati terlantar pucat di atas katil hospital. Rasa simpati muncul. Dia berjalan merapati katil Izzati dan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Izzati.
“ Awak ok?” Airil bertanya. Izzati mengangguk.
“ Saya nak mintak tolong sikit. Boleh tak?” tanya Izzati kepada Airil.
“ Tolong apa?” tanya Airil sambil mengangkat sebelah keningnya.
“ Saya nak pinjam phone. Saya nak call kawan saya. Saya rasa dia tengah tunggu saya dekat taman tadi.” kata Izzati dengan riak simpati. Airil mengukir senyuman sinis. 
“ Hahahhaa, tu lah, lain kali jangan baling handphone tu. Ni lah akibatnya.” Sinis kata Airil. dia tidak tahu yang katanya telah mengguris hati Izzati.
“ Kalau tak bagi pinjam. Cakap sajalah. Tak payah lah perli perli. Dah la, awak pergilah keluar.” Izzati berkata dengan nada marah. Air matanya hampir menggalir. Airil tergamam apabila Izzati tiba-tiba marah. Dia rasa bersalah.
“ Sorry. Saya tak sangka...” 
“ Dah la. Saya kata keluar kan. Keluarlah..!” Izzati memintas kata Airil dengan volume suara yang tinggi. Airil tergamam. 
“ Apa nombor kawan awak? biar saya call.” Airil masih tindak berganjak. Izzati membisu.
“ Bagilah. Kesian dia tunggu awak. mesti dia risau sekarang atau awak nak saya call Jenny?” Tanya Airil dengan suara yang lembut. Selepas Izzati mendengar Airil ingin telefon kak Jenny dia bangun dari baringannya dan duduk di atas katil.
“ Ja.. jangan call kak Jenny. Saya tak mahu dia tahu. Please..” Izzati merayu. Air matanya tumpah. Airil makin terkejut dengan reaksi Izzati.
“ Ok.. saya tak call. Relaks relaks. Don’t cry please.” Airil cuba menenangkan Izzati. Izzati masih menangis.
“ Saya tak mahu kak Jenny tahu saya tertekan balik. saya tak mahu kak Jenny risau.” Kata Izzati tanpa dipaksa. Airil hanya mendengar.
“ Awak memang selalu tertekan ke?” Airil cuba ingin menjawab segala persoalan di mindanya.
“ Dulu. Tu dulu, saya tak mahu perkara itu berulang lagi.” Kata Izzati.  Airil hanya mengangguk walaupun dia masih bingung.
“ Erm.. awak nak call siapa?” tanya Airil lalu mengeluarkan iPhonenya. Dia menghulurkan kepada Izzati untuk memasukkan nombor yang ingin dihubungi. Izzati teragak-agak untuk mengambilnya. Tetapi selepas Airil meletakkan iPhonenya di riba Izzati. Izzati mengambil dan menelefon Mia. 
“ Assalamualaikum Mia.” Sapa Izzati. 
“ Waalaikumussalam Izzati. Ya Allah, kau dekat mana sekarang ni? aku risau dengan kau tau tak? Kau dekat mana?” suara Mia begitu risau di tambah dengan kekalutannya. 
“ Mia.. aku dengan hospital. Kau datang lah sini.”
“  What Izzati? Kau ada dekat hospital? Macam mana kau boleh ada dekat sana?” Mia bertanya.
“ Nantilah aku cerita. Kau datanglah sini dulu. Tapi, please jangan bagi tahu kak Jenny. Kau bagi tahulah dia kita balik lewat sikit.” Kata Izzati. 
“ Ok.. ok. Aku pergi sekarang. Tapi, kau dekat hospital mana? Wad apa?” tanya Mia. Izzati tidak tahu ingin menjawab apa. Dia memalingkan muka ke arah Airil yang berada di sebelahnya. Airil mengangkat kening apabila Izzati melihat dia.
“ er.. aku mesej kau nanti.”
“ ok. Take care Izzati.” Kata Mia lalu mematikan talian. Izzati menghulurkan iPhone milik Airil kepada tuannya. 
Airil menyambutnya.
“ Thanks.” Kata Izzati.
“ You’re welcome. Btw, tadi kenapa tiba-tiba tengok saya dengan riak tidak tahu segala.” Tanya Airil kepada Izzati.
“ Boleh tak awak mesej nama hospital dengan wad yang saya duduk sekarang dekat nombor saya call tadi?” Tanya Izzati. 
“ Oh ok.” Airil lantas menghantar mesej seperti diminta Izzati. 


*


“ Encik, encik dah call keluarga dia?” doktor lelaki yang merawat Izzati menanyakan soalan kepada Airil. Airil menepuk dahi. Dia betul-betul terlupa.
“ Maaf doktor, saya terlupa. Saya akn minta call keluarga dia sekarang. Sorry doktor.” Ucap Airil dengan nada bersalah. 
“ Tak mengapa. Nanti bila keluarga cik Izzati dah sampai, beritahu nurse yang bertugas dekat kaunter depan ni. Nurse akan bawa mereka berjumpa dengan saya.” Kata doktor itu.
“ Thanks doktor.”
“ Sama-sama” doktor itu berlalu pergi. Airil mengorak langkah ke bilik Izzati. Mia ada bersama Izzati, apa yang diperkatakan pun dia tidak tahu. Sekejap tadi baru sahaja dia menelefon Aidil menyuruh dia balik ke rumah dengan teksi kerana dia masih ada urusan di hospital. Aidil pada mulanya memprotes, tetapi apabila mengingatkan Izzati di hospital, dia mengalah. Airil juga berpesan kepada Aidil supaya tidak memberitahu tentang Izzati kepada Jenny. Aidil berasa pelik namun dia tetap mendengar kata Airil. abang dia kan.
Airil menuju ke arah katil Izzati. Mia hanya memandang Airil yang menuju ke arah mereka.
“ Erm, doktor nak jumpa keluarga awak. so, awak tak bagi saya kasi tahu kak Jenny. Sekarang, awak nak saya buat apa?” tanya Airil kepada Izzati. Izzati merenung anak mata Airil. dia tidak dapat mengetahui apa yang difikirkan lelaki itu. Mia hanya memandang mereka berdua.
“ Er.. Mia kan ada. Dia boleh pergi jumpa doktor. Boleh tak Mia?” Izzati berkata sambil melempar pandang ke arah Mia. Mia mengangkat bahu. 
“ Tak boleh. Doktor nak berjumpa dengan keluarga awak, bukan kawan awak. kalau doktor nak jumpa kawan awak, saya dah pergi jumpa doktor tu.” Airil berkata sebelum sempat Mia membalas kata-kata Izzati. Izzati merenung tajam Airil.
“ Biarlah. Mia pun dikira ahli keluarga saya tau. Dan sejak bila saya berkawan dengan awak?” ujar Izzati. Kepala mula berdenyut kembali. 
“ Awak ni memang tak tahu berterima kasih kan? Saya tolong awak penat-penat, nak naik suara dengan saya.” Airil panas hati. Mia dapat merasakan aura panas disekeliling dia. Dia bangun dari duduknya.
“ Dah la korang. Awak, Izzati kan tengah sakit. Jangan cari gaduh boleh tak.” Mia berkata kepada Airil. Airil makin panas. 
“ Cari gaduh apanya. Saya cuba sampaikan pesanan doktor. Doktor nak jumpa keluarga dia bukan kawan dia.” Airil cuba mempertahankan diri walaupun pada hakikatnya, dia yang bersalah.
“ Tapi, cara awak sampaikan pesanan tu salah. Tak payah lah nak perli segala macam.” Sekarang Mia dan Airil berperang mulut. Mia yang ingin meredakan keadaan telah menukarkan kepada yang lebih teruk. Izzati makin tertekan dengan suasana sekarang. Dia menutup kedua belah telinganya lalu menjerit.
“ Arghh.. diamlah” Airil dan Mia terkejut. Mereka dua diam. 
“ Maaf Izzati.” Mia meminta maaf kepada Izzati sambil memegang bahunya.
“ awak baliklah Airil. Mia ada. Saya tak nak tengok awak kat sini.” Izzati berkata sambil memandang Airil. Airil yang berasa tidak dihargai membalas pandangan Izzati tajam.
“ Fine. Kalau itu yang awak nak. Saya tak akan tolong awak lagi kalau awak jadi macam ni lagi.” Airil berkata dengan nada yang keras lalu keluar dari bilik itu. Suasana di dalam bilik itu sunyi. Mia tidak tahu ingin berkata apa.


“ Mia, aku nak pinjam phone kejap.” Kata Izzati kepada Mia. Mia menghulurkan telefonnya. Izzati mendail nombor doktor Kamalia. 


*
Airil memejut laju keretanya di lebuh raya. Hatinya membara apabila niat dan usahanya tidak dihargai. Dia menyumpah-sumpah tindakan Izzati yang menyuruh dia pulang sebegitu rupa. Handphonenya berbunyi namun dibiarkan. Namun, apabila handphone itu tidak mahu berhenti berbunyi, dia terpaksa angkat. 
“ Hello.” Kata Airil dengan nada mengawal kemarahan. 
“ Wei, kau dekat mana ni? Mummy tanya fasal kau ni.” suara Aidil di talian kalut.
“ Kenapa kau kalut sangat ni? ada apa-apa berlaku dekat Mummy ka?” Hati yang membara mula reda mendadak apabila dia khuatir akan keadaan Mummynya.
“ Mummy kalut cari kau ni. Ada Isya dengan dia. Kau tau, Isya tu dah la sakit perut pastu datang sini. Entah apa-apa.” Aidil mula membebel sambil memandang kelibat Isya dan Mummynya di ruang tamu.
“ Argh, aku tau kenapa Mummy cari aku. mesti nak suruh hantar pompuan tu pergi kliniklah, apalah. Last – last nanti pompuan tu ajak aku pergi shopping. Gimik ja lebih pompuan tu.” Aidil bersuara geram di talian. Aidil hanya ketawa.
“ Relax la brother. Kau dekat hospital lagi erk?” Aidil cuba menenangkan kembarnya itu.
“ Tak lah, aku dah nak balik ni. tapi, memandang pompuan tu ada kat rumah, aku nak pergi tempat lain dulu lah.” 
“ Wei, kau nak pergi mana-mana ajaklah aku. kau ni, memang macam ni. aku yang duduk dalam rumah ni macam anak dara tau tak? Terperuk ja 24 jam dalam rumah.” Aidil membebel. 
“ Keluarlah, siapa suruh kau duduk ja dekat rumah tu.” 
“ Aku malas nak drive la..” Aidil bersuara dengan membuat nada yang malas.
“ Dah malas, duduk lah rumah.” Airil berkata senang. 
“ Kau ni! hey, bro. Kau ambil la aku kat rumah. Kau tunggu aku dekat pintu belakang. Ok?” Aidil memberi cadangan.
“ Apehal aku kena ambil kau pulak?” Airil sedikit memberontak.
“ Ala.. datang saja lah ye ye ye? “ Aidil seperti memujuk.
“ Fine. Aku pun nak dekat dah dengan rumah ni. Cepat sikit.” Kata Airil lalu mematikan talian. 
“ Eh, dia tutup macam tu ja? Tak bagi salam pun. Apelah punya kembar.” Airil berkata seorang diri lalu bergegas naik ke biliknya sambil bernyanyi-nyayi riang.


*


Doktor Kamalia keluar dapur dan menuju ke sofa di ruang tamu sambil menatang dulang yang berisi segelas air kosong bersama dengan ubat. Izzati terbaring di sofa itu sambil menutup mata. Doktor Kamalia melabuhkan punggung disebelah Izzati lalu mengoyang bahunya lembut.
“ Izzati, makan ubat. Pastu berehat dekat atas.” Kata Doktor Kamalia lembut. Izzati membuka mata dengan perlahan-lahan lalu memperbetulkan duduknya. Dia mengambil ubat yang disuakan Doktor Kamalia lalu meneguk air. 
“ Terima kasih doktor.” Kata Izzati perlahan. Doktor Kamalia hanya tersenyum.
“ Tak apa. Dah la, pergi naik. Izzati masuk bilik yang berhadapan dengan pintu tu tau. Rehat cukup-cukup, jangan fikir apa-apa dah.” Nasihat Doktor Kamalia kepada Izzati. Izzati hanya mengangguk dan berlalu pergi. 
“ Eh, Izzati kejap.” Izzati menoleh ke arah Doktor Kamalia dan dia memberhentikan langkahnya.
“ Doktor nak pergi ke hospital, Izzati duduk rumah elok-elok tau.” 
Izzati membalas dengan anggukan lagi. Doktor Kamalia tersenyum lalu menyuruh Izzati berehat. Selepas mendengar bunyi pintu ditutup, Doktor Kamalia melangkah keluar dari rumah dan menuju ke hospital semula.  


Dia sudah menelefon Jenny untuk memberitahu bahawa Izzati akan menginap di rumahnya malam itu. Walaupun Jenny sukar untuk membenarkannya, namun dia merelakannya. Doktor Kamalia memberitahu bahawa Izzati mahu berjumpa dengan kucing Doktor Kamalia. Izzati memang sayangkan kucing Doktor Kamalia kerana kucing itu seperti faham apa yang dia cakapkan. Namun, Jenny bingung Izzati boleh menjenguk kucing itu lalu boleh pulang ke rumah. tetapi, kenapa dia harus menginap di rumah Doktor Kamalia. Dia ditinggalkan dengan persoalan yang membelenggu di fikiran.


OLDER POST / NEWER POST