The Fairytales

Home about Linkies Stuff
Be Mine 6
Khamis, 23 Februari 2012 | 7:47 PTG | 0 Bubles

Pagi ini aku dengan Mia pergi jogging dekat taman dekat dengan rumah kami. Kami bertolak seawal 6.30 pagi ke sana. Aku nak menghirup udara segar pagi-pagi ini. Tetapi, udara segar ka sekarang? Zaman globalisasi ni membuatkan bumi sengsara dengan asap dan pelbagai lagi benda-benda yang membawa kemusnahan. Tapi, sekurang-kurangnya, taman ni ada banyak pokok, bolehlah hirup udara yang betul-betul segar.
Kami memanaskan badan terlebih dahulu. Orang tak begitu ramai, orang pun tak ada lagi agaknya. Aku tidak melihat orang lain kecuali kami. Setelah itu, kami berjoging di kawasan yang ada cahaya lampu. Takut jugak, keadaan tak cerah lagi, takut sesuatu yang tak dikehendaki terjadi. Tiba-tiba, kejadian beberapa tahun yang lalu kembali menerpa. Kaki aku berhenti berjogging. Mia tidak perasan bahawa aku berhenti kerana dia berjogging sambil mendengar lagu menggunakan earphone. Dan tanpa aku sedar, Mia telah meninggalkan dan aku kini sendiri. seorang. Aku takut. Peristiwa dulu kembali menghantui aku, badan aku mula menggelentar. Aku ketakutan. Aku dapat merasakan badan aku sejuk, sangat sejuk, tangan aku bergetar-getar.
Otak aku sedang memutarkan kejadian dulu. Kejadian yang telah membuatkan aku ditempatkan di rumah sakit jiwa. Kejadian yang telah meragut kebahagiaan aku.Kejadian yang berlaku di taman, tetapi bukan disini pada waktu yang sama tetapi bukan pada tarikh ini. Aku masih berdiri kaku disitu. Entah berapa lama aku di sini. Aku seperti dapat melihat kembali peristiwa itu, aku berjogging bersendirian pada pagi-pagi buta kerana inginkan ketenangan. Aku berhenti berjogging apabila telefon bimbit aku berbunyi, aku tersenyum apabila yang menelefon aku ialah Si Dia. Apabila aku mengingatkan kembali peristiwa itu, aku sedih, geram, terluka, aku ingin balas dendam!
Apabila wajah Si Dia menerpa di depan mata aku, aku menjerit seperti orang gila. Si Dia sedang ketawakan aku dengan nada yang jahat. Aku jatuh terduduk. Aku memeluk lutut aku, aku menjerit menyuruh dia pergi tetapi ketawanya semakin kuat. Aku menyeluk poket seluarku dan dengan automatiknya aku membawa keluar telefon dan membalingnya. Berkecai.Tiba-tiba, aku merasakan ada tangan lembut yang memegang bahu aku. lantas dia memeluk aku. aku terkejut. Aku mengangkat muka aku, Mia! Bayangan Si Dia sudah lenyap. Seperti ditiup angin. Aku menghamburkan tangis semahu-mahunya. Mia lantas memeluk aku sambil menanyakan kenapa.
“Izzati, kau kenapa? kau kenapa ni? kau ok tak?” tanya Mia kalut. Dia kelihatan begitu risau sekali dengan tingkah aku. aku hanya menggelengkan kepala, suara aku seperti tidak mampi keluar. Aku hanya mampu menangis. Dia mengusap belakang aku perlahan tanpa melepaskan pelukan.
“ Aku terkejut bila aku tengok kau tak ada dengan aku masa aku jogging tadi. Aku lari patah balik cari kau. Lepastu aku nampak kau jerit macam nampak hantu, siap baling phone kau lagi. Kau kenapa Izzati? Kau ok tak ni? aku risau dengan kau. Kita balik jom.” Mia berkata. Selepas mendengar perkataan balik, aku melepaskan pelukan. Dia terkejut.
“ Ak.. ak.. aku tak nak balik lagi. Nanti kak Jenny tahu aku macam ni. aku tak nak dia risau. Aku tak nak.” Kata aku perlahan. Air mata masih membasahi pipi. Mia mengusap air mata aku.
“ Kenapa kak Jenny tak boleh tahu? Kau ada sesuatu yang kau sorokkan daripada aku ke?” tanya Mia mencari kebenaran. Aku hanya menggelengkan kepala.
“ Tak. Aku tak sorokkan apa-apa.” Kata aku perlahan namun dia boleh mendengarnya. Dia seperti tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan.
“ Kalau kau tak sorokkan apa-apa. Jom balik. Aku tak mahu...”
“ Aku tak nak balik! Faham tak?!” belum sempat Mia menyambung ayatnya, Izzati berkata kuat. Mia tersentak.
“ O..ok. fine.” Mia mati kata. Dia tak tahu nak kata apa. Izzati bangun dari duduknya dan berjalan menuju entah ke mana. Mia mengikut dari arah belakang. Izzati mula berjogging, dia ingin melepaskan segala perasaannya. Langkahnya makin lama, makin laju. Boleh ditakrifkan sebagai berlari ni. Mia yang mengikut dari belakang terpaksa berlari juga.
Izzati berlari tanpa memandang hadapan, dia hanya memandang ke bawah. Air mata masih membasahi wajahnya. Kenapa dia pergi ke taman pagi ni? kenapa dia tidak ingat pesan Dr. Kamalia? Dr. Kamalia kan pernah bagi tahu kepadanya supaya jangan pergi ke tempat yang boleh menginngatkan dia kepada peristiwa dulu. Dia lupa. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang di hadapannya. Orang itu terdorong kehadapan. Dia berhenti melangkah. Lalu diangkat mukanya untuk melihat orang yang dilanggarnya. Dia tergamam. Airil? Dia boleh tahu dengan hanya melihat belakang lelaki itu. Airil memusingkan badannya dan melihat orang yang pernah melanggarnya dulu. Hati dia mula panas apabila dia dilanggar tadi, tapi apabila dia melihat wajah gadis itu dibasahi air mata, dia terkejut.

Izzati cepat-cepat mengelap air matanya. Mia sudah berada di sisinya.
“ Ma...maaf. saya tak sengaja.” Kata Izzati sambil menundukkan kepala. Mia hanya jadi pemerhati.
“ Herm....” itu sahaja yang mampu Airil katakan. Izzati tidak mampu menahankan air matanya, dia lalu melangkah pergi. Mia yang melihat Izzatti pergi terpaksa mengikutinya lagi.
“ Maaf encik, kawan saya tengah ada masalah. Maaf sekali lagi sebab kawan saya langgar encik. Saya harap encik tak marahkan kawan saya. Saya minta diri dulu.” Kata Mia lalu meninggalkan Airil sendiri. Airil hanya mampu memandang mereka pergi. Airil bingung kenapa dia menangis?
Mia mengejar Izzati lalu menarik tangan Izzati supaya berhenti. Izzati berhenti, berdiri kaku di situ. Mia memegang bahu Izzati lalu mengalihkan badanya supaya memandang dia. Izzati akur, air mata masih berjujuran. Mia mengeluh perlahan.
“ Izzati, aku tak tahu apa masalah kau. Kau kena bagi tahu aku, supaya aku tahu. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.” kata Mia. Izzati dengan keadaan kepala tertunduk menggeleng lemah.
“ Kau tak payah buat apa-apa. Leave me alone.” Kata Izzati lemah. Mia menedengus lagi.
“ Tak. Aku tak akan tinggalkan kau sorang-sorang. Tadi pun, aku tertinggal kau, kau jadi macam ni. ni aku nak tinggalkan kau lagi.. no way!” bentak Mia. Izzati mengangkat muka dan memandang Mia lemah.
“ Please... leave me alone.. please..” Izzati berkata dengan nada yang begitu berharap. Air mata masih menitik. Mia tidak sampai hati melihat Izzati terus begini. Dia memegang lengan Izzati.
“ Ok, aku tinggalkan kau dekat playground tuh. Dekat situ, ada budak-budak dengan parents diorang.” Kata Mia sambil memuncungkan mulut menunjukkan ke arah playground. Izzati hanya mengangguk. Mereka berdua menuju ke arah playground itu, terdengar keriuhan suara kanak-kanak di pagi hari ini. Biasalah, weekend.
Izzati duduk di bangku berhampiran dengan sepohon pokok. Dia membenamkan kepalanya di atas meja beralaskan kedua tangannya. Mia duduk disebelah Izzati.
“ Mia, aku nak sendiri.” kata Izzati perlahan tetapi masih boleh didengar Mia. Mia mendengus, dia melihat Izzati sambil menggelengkan kepala.
“ Tapi, aku tak...”
“ Please.. aku ok. Aku nak tenangkan diri aku.” kata Izzati sebelum sempat Mia menghabiskan kata-katanya.
“ Ok. Aku jogging lagi dua round then, aku singgah beli aiskrim dekat depan. Ok?”
“ Ok.”
“ Jangan pergi mana-mana tau. Stay here.” Kata Mia sambil bangun.
“ Fine. Go.” Kata Izzati dengan nada sedikit keras.  Mia berlalu pergi membiarkan Izzati seorang diri di situ. Dia pun tidak tahu apa yang membuatkan temannya itu jadi seperti orang gila sebentar tadi. tempoh perkenalan mereka yang singkat membuatkan Mia tidak tahu kisah silam Izzati.

*

“ Airil, dah la tu. Aku penat dah ni. jom lah berehat.” Ujar Aidil kepada Airil yang masih berjogging itu. Airil memberhentikan langkah joggingnnya dan memandang Aidil yang sudah mencangkung beberapa tapak di belakang. Airil berjogging setempat dan berjogging kebelakang sehingga bersebelahan dengan Aidil. Airil melihat Aidil yang sudah tercungap-cungap itu.
“ Kau ni. baru lima round kau dah penat. Apa ni bro? Macam perempuan lah.” kata Airil kepada Aidil. Aidil mencebik.
“ Hek eleh Ril, kau eksyen pulak eh? Mentang-mentang kau punya stamina power, kau nak hentam berapa round? Sepuluh? Dua puluh? Seratus? Infinity?” balas Aidil sambil membuat riak muka tak menyampah.
“ Amboi kau, sedap perli aku. aku nak buat lima belas round jelah. Come on la bro, 15 je bukan 50.” Kata Airil lagi. Tenaga dia masih berbekal lagi. Dia harus menreleasekan tensionnya dengan masalah yang dia ada.
“ 15 Ril? Mau tercabut lutut aku ni. kau pergi lah jogging, aku nak pergi kedai mamak seberang jalan ni. kau teruskanlah ya jogging kau ni.” kata Aidil lalu bangun dan mengibas-kibas belakang seluarnya.
“ Wei, kau nak tinggalkan aku ke?” tanya Airil sambil menepuk bahu Aidil. Aidil mengosok perlahan bahunya.
“ Sakitlah ngok! Kau ni, ya lah. nanti kau call aku lah bila dah habis. Da bro!” kata Aidil lalu berjalan sambil melambaikan tangan ke arah Airil. Airil mencebik geram.
“ Tak guna punya kembar. Berani kau tinggalkan kembar kau ya! Siap kau nanti.” Kata Airil lalu meneruskan jogging.

*

Air mata masih membasahi pipi. Aku mengangkat muka dan merehatkan kepala di tangan kanan yang berada di atas meja. Aku mendengus perlahan dan berkali-kali.
‘ Kenapa aku jadi macam ni?’ hati aku berbicara sendiri.
‘ Aku tak patut datang sini. Tak patut! Kenapa peristiwa dulu harus menerpa aku? kenapa? apa salah aku? aku tak bersalah! Dia yang salah! Kenapa perlu jadi macam ni? kenapa? kenapa?!’ bentak hati aku. tangan aku menghentak meja. Tangan aku terasa pedih, lebih pedih jiwaku.
Air mata seperti tidak boleh berhenti. Aku membiarkannya mengalir. Kicauan burung membuatkan aku tenang sedikit. Lantas aku beristihgfar, banyak-banyak kali. Kemudian, aku mengelap air mata aku.
“ Aku tak boleh lemah. Aku kena kuat. Ok, aku kuat! Aku kuat!” kata aku kepada diri sendiri.

*
“ Ouch, apa ni?” Airil mencangkung dan mengambil benda yang dia tersepak semasa berjogging. Dia membelek-belek benda itu.
“Eh, ni bateri telefon ni. nampak macam baru kena buang ja. Siapalah yang bagus sangat buang phone dia ni?” Airil berkata sendiri sambil mengutip badan telefon bimbit itu. dia berdiri lalu berjalan sambil berusaha mencantumkan telefon bimbit itu kembali.

Airil berjalan sehingga sampai di playground, tempat di mana Izzati berada. Airil berjalan sambil memandang ke bawah, dan apabila dia mendengar keriuhan kanak-kanak yang bermain, dia mengangkat muka memandang sekeliling.
“ Eh, dekat playground? Macam mana boleh aku datang sini? Sepatutnya aku belok kanan tadi, bukan jalan terus.. haihh, Airil airil..” omel Airil sendiri. Semasa dia memusingkan badannya untuk ke kanan, mata dia tertacap kepada susuk tubuk sesorang. Perempuan tadi!
Airil melangkah menuju ke arah Izzati yang sedang berada di meja di bawah pohon itu. tangan Airil masih bermain untuk cuba memperbetulkan handset itu. mata dia hanya tertumpu kepada gadis itu. di minda dia, banyak persoalan yang muncul. ‘buat apa dia sesorang kat sini? Mana pergi kawan dia tadi?’
Izzati bangun dari duduknya dan berdiri untuk seketika. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Sakit sekali kepalanya, dia duduk kembali lalu memegang kepalanya sambil memicitnya. Airil mempercepatkan langkahnya apabila dia merasakan yang ada sesuatu yang tidak kena.
Setibanya di meja yang Izzati duduk, Airil berdehem, namun Izzati seperti tidak mendengarnya. Airil berdehem tetapi dikuatkan lagi. Izzati dapat menangkap deheman seseorang, dia menoleh ke arah deheman itu, lalu memandang wajah si pendehem. Airil! Wajahnya terkejut namun tidak nampak ketara kerana kepalanya sakit. Tangan masih di kepala. Airil duduk di hadapan Izzati. Izzati membenamkan muka ke meja lalu menutup matanya. Airil pelik.
“ Ermm, awak ok ke?” Tanya Airil senada. Tiada reaksi. Airil tanya buat kedua kalinya, ketiga kalinya, namun masih tiada jawapan mahupun tindak balas. Hatinya makin panas.
“ Haih, orang tanya tak jawab. Bisu agaknya.” Ujar Airil sinis. Izzati yang mendengar lantas mengangkat mukanya dan memandang Airil tajam. Tetapi, wajahnya kelihatan begitu pucat sekali. Airil terkejut melihat wajah Izzati yang pucat itu tetapi tidak menunjukkan sebarang reaksi.
“ Apa masalah awak ni hah? Datang tak dijemput. Tiba-tiba nak marah orang pulak ni? saya ada buat salah kat awak ke hah?” kata Izzati marah dengan suara yang bergetar-getar.
“ Ya lah, awak tak jawab bila saya tanya. Atleast, bagilah reaksi.” Bidas Airil. Handset di tangannya itu nampaknya tidak boleh dicantumkan. Dia meletakkan telefon itu di atas meja, Izzati melihat telefon itu. mata dia terbuntang.
“ Eh, tu.. tu tele..telefon...”
Airil memandang Izzati dengan hairan. Dia memandang Izzati lalu memandang telefon yang itu pula.
“ Oh, ni telefon awak ke? saya jumpa dekat tengah jalan tadi. ingatkan orang kaya yang buang. Ya lah, boleh beli baru katakan.” Kata Airil. Izzati geram, kepalanya makin berdenyut-denyut.
“ Ya. Tu telefon saya.so what? Suka hati sayalah nak buang ke, goreng ke. tu hak saya, bukan awak!” bentak Izzati lalu mencapai handsetnya. Lalu dibelek-belek handsetnya itu, dia cuba untuk mencantumkan semula tetapi gagal. Airil tersenyum sinis.
“ Dah rosak dah pun. Beli barulah. Handset murah ja tu. Tu lah, siapa suruh buang, kan dah rosak.” Kata Airil lagi. Izzati semakin geram lalu bangun dan menghentakkan handphone itu di atas meja. Airil tersenyum sinis lagi.
“ Just go away la encik Airil. Jangan nak sakitkan hati saya dengan kata-kata awak. Awak sama ja dengan..”  Izzati tidak dapat menyambung katanya. Badanya menggigil. Airil masih disitu. Hanya memerhati. Cuma, dia ingin tahu, siapa yang dia maksudkan itu.
Izzati berjalan perlahan-lahan menuju ke track jogging, tetapi dia pengsan dan terjatuh di atas rumput. Airil terkejut. Dia lantas bangun dan menuju ke arah Izzati. Ditepuk tangan Izzati tetapi tiada reaksi. Dia cemas. Patutlah, dia nampak pucat tadi. Airil lantas memapah Izzati ke keretanya. Dan mereka menuju ke hospital berdekatan.



OLDER POST / NEWER POST