The Fairytales

Home about Linkies Stuff
Be Mine 10
Sabtu, 10 Mac 2012 | 4:14 PG | 0 Bubles


Aku menghempas badan ke atas sofa di ruang tamu. Melepaskan penat selepas 'menemankan' pak cik misteri itu ke pasar raya. Mata dipejamkan dan otak mengimbas kembali apa yang diperkatakan oleh Airil. Sememangnya otak ini tidak dapat mentafsir apa-apa kerana badan terlalu letih. Mata dicelikkan dan memaksa badan untuk bangun dan menuju ke dalam bilik untuk mandi, segarkan badan. 

*

"Wah, segarnya.." ujar Izzati kuat setelah selesai mandi. dia menuju ke almari pakaian dan membawa keluar seluar track dan t-shirt berlengan panjang dan menyarungnya ke badan. Setelah itu, rambutnya yang lurus paras bahu itu disikat kemas dan dia menyapukan bedak di mukanya. dia tersenyum lalu mengambil telefon yang berada di atas meja soleknya itu. Dia mencari nombor telefon Dr. Kamalia dan selepas menjumpai nombor itu dia menekan butang 'call'. Talian bersambut.

" Assalamualaikum doktor." Izzati memulakan bicara setelah talian disambut.

" Waalaikummussalam Izzati. Izzati dah balik?" tanya Dr. Kamalia.

" A'ah. Izzati dah balik tadi. Kawan kak Jenny yang tolong hantarkan. Dia terus hantarkan ke rumah kak Jenny. Maaf ya doktor sebab tak balik rumah doktor." balas Izzati dengan nada yang bersalah.

" Eh, kenapa nak mintak maaf pula. Baguslah Izzati balik terus rumah kak Jenny. Senang sikit hati kak Jenny tu." kata Dr. Kamalia lembut.

" Herm, sekarang Izzati rasa macam doktor pulak tak suka Izzati duduk rumah doktor." katta Izzati lemah. Dr. Kamalia tergelak. Izzati menjadi bingung. " Kenapa doktor gelak pulak?"

" Ish budak ni. Takkan lah doktor tak suka Izzati duduk rumah doktor. Kalau doktor tak suka dah lama doktor 'halau' Izzati tau." kata Dr. Kamalia kemudian dia ketawa lagi. Izzati tersenyum.

" Sampai hati doktor nak halau Izzati." kata Izzati berpura-pura sadis.

" Eh, doktor main-main je lah." balas Dr. Kamalia cuak.

" Hahahhaa. Izzati tahu." balas Izzati dengan tawanya.

" Ish, nak kena ni." Dr. Kamalia membuat nada geram lalu menghemburkan tawa. Dalam hatinya, dia amat gembira mendengar suara Izzati yang gembira itu. Harap-harap kegembiraan ini berkekalan.

" Lalalallaa.."

" Eh, Izzati. doktor dah kena pergi ni. Take care tau. Assalamualaikum."  ujar Dr. Kamalia apabila dia dipanggil seorang jururawat.

" Oh ok. thanks. Waalaikumussalam." balas Izzati lalu mematikan talian telefon.

Izzati mendail nombor kak Jenny pula untuk memberitahu bahawa dia sudah pulang ke rumah. kak Jenny amat gembira sekali lalu terus pulang ke rumah apabila waktu rehat tiba. Semasa mereka menjamah makanan,  kak Jenny menanyakan jika ada apa-apa perkara yang berlaku kepada Izzati pada hari dia pulang ke rumah Dr. Kamalia. Izzati melihat kak Jenny dengan muka blurnya dan menggelengkan kepala menandakan tiada apa yang terjadi kepadanya. Walaupun pada hakikatnya, ada perkara yang berlaku namun, dia tidak mahu kak Jenny bertambah risau dengan keadaan dirinya itu. Sudah cukuplah selama ini, kak Jenny merisaukan dirinya.

Belum sempat kak Jenny menanyakan pertanyaan lain buat Izzati, telefon bimbit kak Jenny berbunyi. Kak Jenny bangun dari duduknya dan pergi membasuh tangan sebelum menjawab panggilan itu.

" Oh Aidil. Ada apa awak telefon ni.?" tanya kak Jenny selepas mendapat tahu bahawa yang membuat panggilan itu ialah Aidil.

" Eh, tak naklah. Saya bukan ada pertalian pun dengan keluarga awak. seganlah." balas kak Jenny apabila Aidil membuat permintaan. Izzati hanya memerhati dan memasang telinga sahaja.

" Hah? balas budi? bila masa pulak Izzati temankan Airil pergi membeli-belah?" kata kak Jenny kepada Aidil di talian. Izzati yang mendengar namanya disebut, tersedak. Kak Jenny mendapatkan Izzati dan mengurut belakangnya sambil mendengar jawapan Aidil di talian. Izzati meneguk air dan mengurut dadanya perlahan.

" Tengoklah dulu. Kalau saya ada masa, saya datang." balas Kak Jenny. Namun, jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati Aidil.

" Fine. Saya datang. Tapi, kalau Izzati tak nak pergi, saya tak nak pergi jugak." ujar kak Jenny lagi. Izzati yang mendengar namanya disebut lagi mengangkat sebelah keningnya. Apa pula kaitannya dengan mereka berdua ni?

" Fine fine fine. Saya paksa jugak dia datang. Puas?" setelah itu. Talian dimatikan. Kak Jenny mendengus lemah dan Izzati hanya melihat.

" Er, Kak Jenny nak paksa siapa?" tanya Izzati setelah kak Jenny menyambung makan. kak Jenny mengangkat muka dan tersenyum.

" Izzati." pendek sahaja jawapannya lalu kak Jenny meneruskan lagi makan. Terlopong mulut Izzati setelah mendengar jawapan itu.

" Nak paksa Izzati pergi mana?" tanya Izzati lagi. Makanan di dalam pinggan tinggal sedikit dan dia memaksa dirinya untuk menghabiskannya walaupun seleranya seperti sudah hilang.

" Pergi makan malam dengan rumah Aidil. Mummy dia ajak sebab terhutang budi katanya." jawab kak Jenny lagi.

" Terhutang budi? sejak bila pulak Izzati menabur budi pulak ni sampai perlu terhutang segala?" tanya Izzati dengan dahi yang dikerutkan. kak Jenny memandang Izzati dan tersenyum dengan penuh misteri. Izzati naik seram melihat senyuman kak Jenny seperti itu.

" Hek elehh, buat-buat lupa pulak adik ni. Dia pergi temankan Airil belikan barang dapur, tak ingat?" kata Kak Jenny dengan nada seperti memerli. Izzati menelan air liur dan wajahnya kelat.

" Eh, kejap. Sejak bila pulak Izzati rapat dengan Airil ni? oh, Izzati bercinta dengan Airil eh?" kata kak Jenny lagi. Izzati terlopong buat kali kedua. Dia menggelengkan kepalanya.

" Tak lah. Izzati terserempak dia pastu dia nak tumpangkan Izzati. Pastu dia 'paksa' Izzati teman dia." jawab Izzati. Dia pun kurang yakin dengan jawapan yang diberikan. Sudahlah dia menokok tambahkan jawapan itu. kak Jenny hanya mengangguk.

" Oh, kalau macam tu, Izzati bolehlah jumpa dengan Airil lagi malam ni." kata kak Jenny lalu tersenyum penuh makna ke arah Izzati.

" Eeeee kak Jenny. Izzati tak nak jumpa dia." kata Izzati lalu bangun dan membawa pinggannya untuk dibasuh. kak Jenny hanya tersenyum lalu meneruskan makan.

Izzati membentak dalam hati. Kenapalah Airil perlu memberitahu mummynya dan kembarnya tentang aku yang temankan dia. Mesti ada sesuatu di sebalik semua ini. Mesti ada. Aku yakin there's something will happen tonight. Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini. Kenapa hati aku gelisah lagi ni? Takkanlah ada perkara buruk yang akan berlaku lagi?

*

Izzati dan kak Jenny sudah tiba di hadapan rumah Aidil. Kak Jenny memaksa Izzati datang ke sini kerana sudah berjanji dengan Aidil dan Aidil pula sudah berjanji dengan mummynya. Tetapi, kenapa Aidil yang membuat janji? kenapa bukan Airil? Mereka melangkah masuk ke rumah agam itu dan dipelawa masuk oleh mummy Airil dann Aidil sendiri. Izzati dan kak Jenny bersalaman dengan mummy si kembar itu ataupun mesra dipanggil Auntie Mas.

" Awalnya Jenny dengan Izzati datang. Tak sabar nak makan ke?" kata Auntie Mas sambil ketawa.

" Haahahha. kami saja datang awal. Takkan lah nak biarkan Auntie sorang-sorang masakkan. Nampak macam kejam je." Ujar kak Jenny kepada Auntie Mas. Izzati hanya tersenyum sambil mengangguk.

" Eh, apa pulak yang kejamnya. Dekat rumah ni ada pembantu yang boleh tolong Auntie. Susahkan kamu berdua saja datang awal ke sini." kata Auntie Mas sambil mengajak mereka ke ruang tamu.

" Tak ada yang susahlah auntie." kata kak Jenny lagi. Auntie Mas hanya tersenyum lalu memanggil pembantu rumahnya.

" Bik, tolong buatkan air untuk tetamu kita." Ujar Auntie Mas kepada pembantunya yang berwarganegara Indon itu.

*

" Erm Auntie, Izzati nak solat kat mana ya?" tanya Izzati sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang. Auntie Mas tersenyum ke arah Izzati dan memegang bahunya.

" Izzati boleh ambil air sembahyang dekat bawah. Pastu, Izzati naik ke ruang tamu atas. Nanti, kita berjemaah bersama-sama. Hari ini giliran Airil jadi imam." ujar Auntie Mas ramah. Izzati hanya mengangguk dan pergi berlalu untuk mengambil wuduk di bilik air bawah.

 Usai sahaja dia mengambil wuduk, dia melangkah naik ke ruang tamu atas seperti diberitahu Auntie Mas. Dia melihat seorang lelaki  yang sedang membentangkan sejadah di ruang tamu itu. Izzati mendekati lelaki itu dan lelaki itu menoleh ke arah Izzati. Airil. Airil berdiri tegak dan mengangkat sebelah keningnya apabila melihat Izzati. Hobi dia memang suka angkat kening sebelah eh?

" Kenapa kau nampak takut? Kau nampak hantu ke?" tanya Airil apabila melihat Izzati yang berdiri kaku dengan wajah takut itu.

Izzati menggelengkan kepala lalu bergerak menuju ke sejadah yang telah dibentangkan dan membawa keluar kain telekungnya. Airil pula berlalu untuk memanggil Aidil dan mummynya untuk bersama-sama solat berjemaah.  Kak Jenny pula berada di ruang dapur membantu bibik apa yang patut kerana dia bukan beragama Islam. Walaupun kadang-kadang hatinya terdetik ingin mengenali agam Islam lebih dekat, dia masih ragu-ragu dengan hasratnya itu.

Auntie Mas naik ke ruang tamu di tingkat atas dengan muka yang gelisah. Airil yang perasan mummynya yang kelihatan gelisah itu membuka mulut menanyakan hal sebenar.

" kenapa mummy nampak gelisah ni?" sapa Airil. Mummynya kadang-kadang mengalihkan pandangan ke arah tangga dan kembali ke muka Airil.

" Farah tak datang lagi ni. Dia kata nak berjemaah bersama-sama kita jugak. Tapi, dia tak sampai lagi ni. Kita tunggu dia sekejap ya?"

" Huh, mummy.. kita sembahyanglah dulu. Tak payahlah tunggu dia. Kan tak baik lewatkan sembahyang. Entah-entah dia dah sembahyang dekat rumah dia." ujar Airil.

" Herm. oklah. jomlah mula." Akhirnya mummy Airil bersetuju untuk meneruskan solat berjemaah tanpa Farah di situ. Izzati hanya memberi senyuman kepada Auntie Mas apabila mata mereka bertembung.

*

Loceng rumah berbunyi beberapa kali menandakan ada orang yang berada di luar rumah meminta untuk masuk. Auntie Mas mengarahkan bibiknya untuk pergi membuka pintu. Seketika kemudian, Farah masuk dengan dress labuh berwarna kelabu yang dihiasi manik halus di bahagian lengan dan dada baju. Nampak ringkas dan anggun sekali pada pandangan mata. Farah terus berjalan menuju ke ruang makan kerana pasti Auntie Mas ada di situ.

" Assalamualaikum auntie. Sorry Farah tak datang awal, Farah ada hal sikit tadi. Maafkan Farah ya Auntie." kata Farah sejurus bersalaman dengan Auntie Mas.

" Waalaikumussalam. Tak pa Farah, auntie faham." kata Auntie Mas apabila melihat riak wajah Farah yang bersalah itu.

" Erm, auntie tengah buat apa?" tanya Farah lagi sambil meletakkan tas tangannya di atas meja makan.

" Auntie nak pergi tolong Jenny dengan Izzati kat dapur tu." Kata Auntie Ma lagi. Isha terpaksa menahan geramnya di depan Auntie Mas. Dia mengukir senyuman paksa.

" Oh, kawan Aidil tu eh.. marilah Farah tolong mereka jugak. Jom Auntie." kata Farah lalu menarik lembut tangan Auntie Mas ke dapur. Auntie Mas hanya menurut dengan senyuman di bibir.

Izzati terkejut apabila dia melihat Farah menuju ke dapur bersama-sama dengan Auntie Mas. Dia tidak tahu ingin melakukan apa apabila bertemu dengan Farah nanti. Pesan Airil masih segar di ingatannya. Tetapi apabila difikirkan lagi, Airil menyuruhnya tidak rapat sangat bukan tidak rapat langsung. Lagipun, mengapa dia harus mengikut cakap Airil.

Izzati dan Farah bersalaman dan begitu juga  Farah  dengan Jenny.  Farah  tersenyum ke arah Izzati. Semasa Jenny dan Auntie Mas berada di ruang makan, dan hanya  Farah  dan Izzati sahaja di dapur, Izzati menjadi gugup. Dia tidak tahu ingin membuat apa. Izzati lalu menyendokkan tomyam yang baru selesai dimasak ke dalam mangkuk yang sederhana besar.  Farah  tersenyum lalu mendekati Izzati.

" Mari saya tolong awak." Kata  Farah  kepada Izzati sambil ingin memegang senduk yang dipegang oleh Izzati namun Izzati menghalang.

" Eh, tak apalah, biar saya yang buat. Sekejap saja ni." Kata Izzati dengan lembut kepada  Farah .  Farah  mencebik namun dia masih ingin memegang senduk itu. Tanpa mereka sedari, gelagat mereka diperhatikan oleh Airil.

" Ala.. biarlah saya tolong." kata  Farah  lagi. Namun, Izzati tidak membenarkannya.  Farah  makin geram. Dia ingin melanggar bahu Izzati supaya Izzati terdorong ke hadapan dan terkena periuk berisi tomyam yang masih panas itu. Namun, niat  Farah  itu hampa apabila Airil berdehem kuat di muka pintu. Izzati dan  Farah  menoleh ke belakang serentak. Mereka berdua terkejut melihat Airil yang berdiri di situ.

' Kau selamat kali ni Izzati.' kata  Farah  dalam hati.

" Lama lagi ke Tomyam tu nak masak? Orang dah lapar ni." Kata Airil kepada mereka berdua.  Farah  cepat menjawab, tidak membenarkan Izzati menjawabnya.

" Siap dah Airil. Tinggal untuk letak dalam mangkuk saja." kata  Farah lembut. Izzati terus menyambung mencedokkan tomyam ke dalam mangkuk. Selepas siap, Izzati membawa mangkuk yang berisi tomyam itu dengan berhati-hati ke ruang makan. dia perjalan perlahan-lahan kerana takut tomyam itu tertumpah. Airil yang melihat Izzati jalan perlahan-lahan itu terus pergi ke arah Izzati.  Farah  yang melihat menjadi semakin geram. Izzati berhenti apabila Airil menghalang jalannya. Izzati mendongak ke atas dengan wajah yang tak puas hati.

" Janganlah halang jalan saya. panas tau tak mangkuk ni." kata Izzati kepada Airil lalu berjalan ke tepi.

" Mari sini saya bawakkan mangkuk tu." kata Airil lalu terus mengambil mangkuk itu di tangan Izzati. Izzati hanya mencebik.

" Awak ni lembab tau tak." Bisik Airil di telinga Izzati sebelum dia berlalu ke ruang makan. Izzati mencebik marah.  Farah  hanya memerhati dengan hati yang panas.



OLDER POST / NEWER POST